Sunday, October 6, 2013

Brussels, Belgium '13

Assalamualaikum.

The most recent entry ialah waktu aku memula sampai Malaysia utk summer break. Ni dah masuk 3 minggu balik Olomouc. Haa punya la sekejap jangka masa, terasa macam baru 2 hari tinggal blog ni tak terupdate. Terima kasih Tirah sebab ingatkan. Kahkah padahal takde orang nak baca pun. Ada aku kisah?

Motif entry : Cerita pasal jalan-jalan pergi Brussels
Masa : Baru lepas semayang Asar lepas balik dari lecture Microb.
Suhu : Err agak sejuk di luar dan sedikit berangin.

Selepas Paris haritu, aku dan Syer meronda Brussels which is in Belgium pulak. Brussels ialah lokasi yang paling lama antara 3 negara yang kitorang pergi yakni 4 hari 3 malam. Lebih lama di sana beerti lebih banyak fulus yang dilaburkan.

Bertolak dari Paris pukul 2.30 petang jam Perancis (cis padahal sama je dengan time Czech) perjalanan mengambil masa lebih kurang _____ jam. Blank tanda aku mengalami temporary Alzheimer, lupa lahhh berapa jam perjalanan. Yang pasti naik Euroline, costing 19 euro.

Sepanjang perjalanan, dapat tengok giant windmill tepi-tepi highway. Then masuk area yang mana kitorang terkejut "ehh banyak nya kedai makanan halal" kat sini. Tak sangka Brussels dikira mempunyai ramai penduduk Islam. And for sure immigrants. Lepas tu konon nak ingat nama stop sebab nak naik trem pegi melantak kat area komuniti Islam tu, rupanya agak jauh dari hotel kitorang. 

Dalam tiket tulis, kami akan berhenti kat Bruxelles Nord sekali bas berhenti di Bruxelle-Midi, cuak seketika kot nya jauh dari tempat sebenar, alhamdulillah takde masalah lepas berputar-putar tanya orang itu ini, nasib baik faham English. 

Naik trem menuju Princess Elisabeth untuk cari hotel. Took 20 +/- minutes to sampai. Agak jauh tapi satisfying. Memandangkan kami sampai lewat petang Sabtu, dan Ahad disangkakan tak banyak kedai di centre yang open, Ahad diisi seharian dengan berjalan ke Atomium, satu trademark Brussels. When I mentioned 'berjalan' we really did it. 2 jam berjalan semata untuk jimat 2 euro untuk one-way ride. Tapi hikmah walking on foot, dapat betul-betul menikmati scenery bumi Belgium, melalui highway yang agak kehutanan, dan melalui satu housing area yang comel. Dapat jugak masuk Asian Museum yang pada awalnya tak termasuk dalam list to be visited. 

Muka burnt wehhh panas gila. Atomium tu kira giant atom, you can walk through the structure WITH money. Hari Ahad pun dikira ramai tourists yang datang. Then, area Atomium ni sangat banyak park untuk riadah dan fresh air and semua cantikkk with green grass, serious cantik tapi each and every park tu besar dan kami pun tak larat nak jejak one by one.


On the way balik, kami tersalah laluan, lalu tersesat maka bertanya direction dengan sorang pakcik tengah cuci superbike. Tinggi gilo weh pakcik ni, stok ala-ala Tim Duncan gamaknya, sakit leher teleng ke atas. Dia tahu kitorang dari Malaysia maka haruslah excited sekejap. Maybe Malaysian je kot yang berjimat tahap gaban sanggup jalan on foot ==". Depan-depan dia bukak map gedabak nak tunjuk titik tujuan. Orang-orang sini boleh dikatakan peramah dan helpful, macam pakcik tu pesan jaga barang sambil tunjuk slingbag oren aku supaya jaga elok-elok. Ya pakcik.  


Hari Isnin baru betul-betul jalan di central Brussels. Sesungguhnya memang ramai sangat orang. Ada terserempak dengan a small Malaysian family yang sombong tak tegur langsung kat Hard Rock Cafe masa tengah cari t-shirts parents Syer. 

Grand Place. Macam square. Each lorong will bring you to different destination. Confusing. Time ni ramai budak-budak sekolah buat field trip. Cantik dan klasik. Di setiap bangunan, mesti ada ukiran patung manusia yang differ to each other. Kagum. 

Salah satu lorong ni membawa kami ke area souvenirs, Belgian chocolate, waffle kiosk and the most important is Menneken Pis. 

Menneken Pis. Kejadah tengok kanak-kanak kencing di khalayak ramai ni. Tiap hari akan bertukar custom. There's one time dia pakai suit Kesultanan Melayu Melaka. 


 Belgian chocolate sangatlah famous seantero dunia maka tak sah jejak Belgium tanpa coklat. Tapi coklat di atas hanya hiasan halwa mata kerana terlalu mahal. Kami hanya memborong 6 kotak coklat berharga 9.90 euro untuk dibawa pulang untuk orang-orang kampung XD. Tapi seriously memang superb la coklat diorang ni, deco saje dah meleleh aku menengok nya. 

Belgium and it's waffles juga berpisah tiada. Tapi takde la sedap sangat. Naked one sprinkled with a pinch of granulated sugar costs you 1 euro. Tambah chocolate topping and berries sikit terus naik 5.50 euro. Mak aih tu belum letak buah durian lagi. Sebenarnya waffle Tunas Manja Sg Isap lagi sedap lah. 

Ni gambar salam perantauan aku akan hantar raya tahun depan. Depan Coudenberg. 

Model : Syahira Atiqah
Agency : Anakku Group
Venue : ____ tak ingat. For sure dekat park which is sangat indah.

Tempat-tempat lain yang kami jejak ; Royal Saint Hubert Galleries, Sablon dan sebagainya. Photo tak boleh dikepilkan sekali kerana celaru nama tempat lupa mana satu.

Then bertolak pergi Amsterdam hari Selasa. In conclusion, Brussels sangat classical dan cantik TAPI suggested only maximum 2 days. More than that, I'd suggest you untuk jalan-jalan luar Brussels, for instance Bruges which ada one site of UNESCO recognition. Typical European cities, 2 hari cukup je untuk fully utilize.

Sekian entry Brussels. Semoga terhibur.