Wednesday, December 14, 2011

Mereng

Biology Chemistry Anatomy

Biology Chemistry Anatomy

Biology Chemistry Anatomy

Fullstop !

Jom belajar Czech ...
  • Jmenuju se Sára (menuyu se Saaaara) = My name is Sara.
  • Jsem z Malajsie (semz Malaysie) = I'm from Malaysia.
  • Ty jsi taky z Malajsie? (ti si takiz Malaysie) = Are you also from Malaysia?
  • Ano, jsem taky (ano, sem taki) = Yes, me too. 
  • Bydlím  v Olomouci (bidliiim v Olomoutsi) = I live in Olomouc
  • Jsem studentka. Studuju medicínu na lékařské fakulté v Univerzity Palackého.(sem studentka. studuyu meditsinu na lekarjhke fakulke v univerziti palatskeho) = I'm a student. I study medicine in the faculty of medicine in Palacky University.  

 
** Tanda hook atas huruf vokal maksudnya anda kena panjangkan sebutan huruf tu. Eg : Sára : Saaara, harakat tak tanya la pulak berapa kat Miss Hrabalová. Huruf 'j' disebut 'y'. And sebutan 'e' macam sebut 'pen' bukan macam sebut 'emak'. Ehhh aku bukan suruh kau tak sebut mak. Marah Mak Senah.

One more, surname juga akan berubah mengikut gender. 
Eg : Mr. Hrabalov + Mrs. Hrabalová. Mr. Divoký + Mrs. Divoká

So, Sára Hanapí nebo Hanapá nebo Hanapová?  Haa sila teka. 

Ok dah siap second entry untuk Disember, bagi siapa yang baca entry ni, diwajibkan ke atas kamu untuk menghafal words yang telah saya paparkan dengan susah-payahnya di atas. Nantikan entry seterusnya yang lebih menarik, kerana saya pasti akan update event2 yang menarik sahaja. *sedang mengeluarkan janji palsu* Jumpa lagi di rancangannnn pooooppp kuiz! Salam satu Malaysia.

*Kepala tingtong lepas kelas Anat* 

Friday, December 9, 2011

Cantik

Islam is beautiful, all will look beautiful when Islam is there. Sebuah persahabatan kerana Allah akan nampak lebih cantik dan best berbanding bersahabat hanya untuk bergosip dan berbual kosong. So adakah kita berkawan dengan kawan-kawan kita sekarang kerana DIA? 

Teman yang paling baik adalah apabila kamu melihat wajahnya, kamu teringat akan Allah, mendengar kata-katanya menambahkan ilmu agama, melihat gerak-gerinya teringat mati.”

Wah kalau macam ni, let's check ourselves. Adakah setiap kata-kata yang keluar dari mulut kita masa sembang-sembang dengan  kawan-kawan mendatangkan sesuatu yang positif kepada mereka? Atau kita yang jadi penarik mereka supaya lebih lalai dan lupa? Kata-kata peringatan untuk diri-sendiri sebenarnya. Kalau dah sembang tu, memang semua benda keluar, gosip artis lah, mamat strawberi sembahyang kat mana lah, gadis arab peluk jejaka induk. *mak aih gadis* Ehh terkeluar track. 

 vs 


Maka kalau kawan yang baik, dia akan pimpin kawan dia yang lose track ini back to neutrality. Kalau dibiarkan, memang habis satu khazanah alam dia gembar-gemburkan. Haishh mulut ini

Bukak sirah sahabat. How a strong bond between sahabat and Rasul was created. Dengan adanya ukhuwah kerana Allah dan puncanya satu. Akidah. 

Berkumpulnya semut kerana gula. Bersatunya umat Islam kerana akidah. 


Nah, hadiah untuk anda-anda. *marah mak aku pakai word ni*

Sunday, November 20, 2011

Hilton

Kalau setakat jumpa Paris Hilton di tepi-tepi jalan kota metropolitan Praha tak perlu rasanya aku post entry ni. Tapi tapi, yang menjadi perkara yang mengujakan adalah apabila MARA organized satu Program Pembangunan Pelajar di Hilton Hotel Prague. (Guna 'adalah' ye kerana 'apabila' ialah kata sendi, heh) Ya untuk kami, pelajar MARA di seluruh Czech Rep meliputi Prague, Olomouc dan Hradec Kralove. 


Apakah tentatif program tersebut?

1.00 pm : Lunch
3.00 pm : Coffee break
6.30 pm : Dinner

Maka tentatif dasarnya ialah makan. Maka, tahun depan, aku nak suggestkan kepada pihak MARA supaya tukar nama program kepada Program Per'kembang'an Pelajar, tetapi masih di Hilton Prague. Taknak Gemo Hotel Olomouc. Nehi. 

Habis hancur berkecai niat murni aku nak menjalani carbohydrate diet, haish. Ditambah lagi apabila duduk semeja dengan naga-naga yang bermuka manusia berperut tempayan. Habis segala kek, pastri, pasta, nasi, mee, roti dan sebagainya dihangkut ke meja. *Geleng kepala 2 kali*


Terima kasih MARA. Melalui program ini, we've been united as a big Malaysian community from all three localities. At least, it successfully reduced our study distress, mana tak, service terbaik punyaaa.

Alhamdulillah~

Tuesday, November 15, 2011

berjuang

Omaigod! Blog terbiar bersawang, kesian peminat2 ai, errr.

Sedang berjuang, maka tak boleh nak update sangat lagipun kalau update pun, takde orang nak baca pun, maka seolah-olah bercakap dengan diri-sendiri. Orang kata, bila bercakap dengan diri-sendiri ni makhruh hukumnya, orang la yang kata, ulamak tak kata pun. Ulamak bukan orang? Tett...

Baru habis I-Games di Prague. Yahhoo Olomouc menang lagi. Lepas I-Games, sibuk dengan credit tests bagai. Gosh, this is the real time I feel being a true student. Anat test menanti selepas baru selesai Bio, Biophy and Chem test. Minggu depan, Czech pulak. Memang terbaik. Latin taknak test Miss Petra? 

Rasulullah s.a.w bersabda: "Sesungguhnya Malaikat-malaikat sentiasa menurunkan sayapnya (sebagai memuliakan dan menghormati) penuntut ilmu agama, kerana mereka suka dan bersetuju dengan apa yang penuntut itu lakukan."
 
Abu ad-Darda' r.a
Ilmu agama tu luas, tak semesti belajar Syariah, Quran dan Sunnah saja. Anat, bio n others insyaAllah mendekatkan kita kepada-NYA. 

Ok nak sambung study anat. Semoga dipermudah segala oleh-NYA. Nashle!

Thursday, November 3, 2011

...

Eh bila nak update blog ni?

2 3 minggu ni agak busy. Entah busy apa. I-Games plus study setentunya. Tapi kehidupan di universiti ni aku tak rasa sesibuk kehidupan di zaman IB dulu, syukurlah aku dah terbiasa. Terima kasih IB kerana mendidik aku, ewah. 

Untuk I-Games, aku join basketball and table tennis. Geram rasa nak join netball and futsal sekaligus tapi events tu clash lah pulak lagipun jangan tamak sangat, nanti yang dikejar tak dapat, yang dikendong berciciran. Mak aih betul ke peribahasa ni? 

4 hari yang lepas, Olomouc tenggelam dalam kabus. Bahaya. Ada accident siap. The weather is pretty unpredictable. Tapi alhamdulillah, setakat ni, aku dan kawan-kawan masih mampu bernafas dengan sempurna. 


Gegas gegas. That's all. Short entry. Nashle !

Tuesday, October 18, 2011

belajar belajar belajar

Bismillahi rahmani rahim

Saja nak menulis apabila tiba-tiba ilham jatuh ke kepala. 

Aku seorang pelajar. Kamu yang membaca mungkin juga seorang pelajar. Adakah tugas pelajar hanya untuk menghadap buku? Baca, hafal, kemudian aplikasi dalam kelas. Memang takde kerja lain selain belajar?

Mungkin betul definisi sesetengah pihak bahawa pelajar ialah orang yang belajar. Cuma kita kena perluaskan lagi skop perkataan 'belajar' tu. Belajar mengenal alam sekeliling dan manusia melalui pergaulan dan aktiviti sosial juga satu metodologi menimba ilmu. Bukan sekadar menghadap buku 24 jam. Perkataan 'belajar' tu perlu diterjemah secara konseptual bukan sekadar literalnya. 
Tetiba rindu debate team sekolah




Probably being trained in an IB system did develop me to an all-rounded thinker who doesn't easily jump into a generalization. Maka aku tak mudah untuk menerima perkataan 'pelajar' untuk didefinasikan sebagai 'seorang manusia yang harus cemerlang 100% dalam pelajarannya melalui method menghadap buku 24 jam". Apabila menghadap buku 24 jam dan berjaya dalam exam, maka terhasillah seorang graduan yang amat cemerlang. 

Tapi perkataan 'cemerlang' tu pun kena tengok jugak. Kalau cemerlang teori, praktikal hampeh, nak bercakap dengan orang sekeliling pun terketar-ketar penangan menjadi anti-sosial di universiti dulu pun tak boleh jugak. Kalau jadi doktor yang gila hebat tapi masak air pun hangit, apa kes. Belajar masak pun kira one of the methods topping-up self-value jugak. Kau baca buku 10 kg sehari tapi tak reti goreng ayam pun mati kebulurannya jugak akhirnya kalau stok maggie dah habis lah
Haa ni cakap kat diri-sendiri ke? Hey, aku kat Olomouc ni, ikan salmon pun aku dah pandai sembelih tau. 

Setiap entry pasti ada moral value di sebaliknya. Jadilah seorang yang multi-talented apabila berjauhan dengan keluarga. Belajar segala. Jangan menghadap buku je tahu. Goreng ikan tak tahu. Goreng ikan sampai hangit, tahap kuali merekah tapi tetap buat muka tak bersalah mintak penampar. Pergi bersosial dengan kawan-kawan hatta senior-senior. Kadang-kadang rimas tengok orang yang langsung tak keluar bilik. Amaran : hal ini tiada kaitan dengan roomate aku okay. Full stop.


P/s : Entry ni ditulis gara-gara rindu zaman IB yang super aktif  dan zaman sekolah yang mega aktif. Zaman universiti rasa macam siput sedut lemak tak sedut. Mungkin sekarang. Belum yang akan datang. Tak sabar nak I-Games. Debate dan lompat kijang takde ke kat sini? 

Nashledanou!  <--- sila cari ejaan yang betul.


Saturday, October 15, 2011

Syukur

Bukan Pak Cik Syukur jiran sebelah rumah tu!

Sebulan sudah berlalu. Sekarang, aku betul-betul dapat rasa kebenaran baris kata "semua yang berlaku ada hikmahnya".

Ya Allah, sesungguhnya Kau Maha Adil, Maha Pengasih lagi Penyayang. Subhanallah. Semua dugaan yang Kau berikan pasti ada reason di sebaliknya. 

Bukan sekadar dugaan, nikmat juga satu ujian. Ujian untuk mengukur sejauh mana kita ingat pada Dia apabila berada dalam keadaan senang dan selesa.


Terbuka khazanah terjumpa lagu ni. Enjoy~

Sunday, October 9, 2011

random random

Assalamualaikum
Jawablah!

Rasa tak sedap badan kalau tak post entry ni. Motif entry kali ni untuk mengucapkan terima kasih kepada para sahabat saya di luar sana yang telah bersusah payah menghulurkan pelbagai pemberian sewaktu jamuan kesyukuran di rumah saya tempoh hari kira-kira sebulan yang lalu. *Tirah, Nureen, Shura, Akmal, Adilah dan Makcik Sham buat muka bosan sebab peristiwa lama tapi baru nak ungkit balik* Saya sengaja melambat-lambatkan masa menerbitkan ucapan terima kasih ni bagi mengelakkan ada sesetengah pihak berasa jealous kerana saya telah menerima sekotak mercun pop bersama sebekas cotton bud yang sungguh berharga. Terima kasih Makcik Sham. =.="



Namun demikian, kebanyakan pemberian berikut tidak mampu dibawa bersama berikutan kuota berat luggage yang sungguh mengharukan di samping keperluan lain yang lebih penting seperti 2 kg sardin cap adabi  namun perkara ini juga mengharukan kerana hanya 3 tin sardin sahaja yang berjaya dibawa. Saya bukan nak cakap cotton bud tu tak penting. Ohh cukup penting! Menyesal aku tak bawak aritu, kat sini mahal nak mati.

Menyentuh soal sardin, aku dah nak dekat sebulan tak makan ikan melainkan ikan bilis. Selain faktor mahal, ikan di sini juga kurang menyelerakan anak tekak melayu ni sebab dijual dalam bentuk isi yang warna merah tu je. Untuk 3 ketul ikan, harga yang dipaparkan ialah 80 Kc. Harga tetap. Haa kau convert lah sendiri dalam RM. Nanti aku mengidam ikan tahap nak cukur kepala baru aku akan beli ikan tu kot.

Semalam jalan-jalan. Pergi Prague. Bukan semalam je, hari ni pun jalan-jalan jugak. Bila lah nak berhenti jalan-jalan agaknya. Bila berhenti jalan-jalan, duduk atas kerusi kat meja study, mata automatik jadi layu. Faktor, sejuk! Sejuk nak mati woitt wa cakap lu. Aku tahap terketar-ketar yang macam vibration alarm henfon Nokia 3 seposen cabuk untuk kejut bangun tidur tapi tak bangun-bangun jugak tu. Gila lah. Kalau kat Malaysia, sibuk nak masuk tempat-tempat ber'air-cond' tapi kat sini air-cond wa tak layan dah. Heater mau cari. Wuaaa rindunya Malaysia! Di mana-mana pun, Malaysia tetap terbaik. 

Rindu mama abah abby abe, kawan-kawan dan sedara-mara di Malaysia =(   

Tuesday, October 4, 2011

Gegas

Entry pendek. Sekadar menampakkan Sara masih seorang blogger.

Hidup sibuk kan. Maka semua harus gegas-gegas. Sibuk dengan lecture, kelas, Billa, Globus, Duha beli handbag baru dan macam-macam lagi. Patutlah tidur pun pukul 9. 

Semalam masuk museum fakulti dengan Sher, jenguk scarpal and forearm bones. Maklumlah kami banyak teori, kurang praktikal tak macam di India, which dah banyak kali melawat cadaver. Kena cari inisiatif sendiri untuk pegang tulang and belek-belek and hafal struktur-struktur berkaitan. 

Orang kata, Czech students learn deeper than English do of course due to the language barrier. Maka, semalam aku mengambil kesempatan belajar dengan sorang matsaleh Czech pasal carpal bones. How to distinguish each bone. 

"Excuse me, Do you speak English?". Dia angguk sambil tersenyum manis. 

Mamat tu pun tunjuk satu-satu carpal bones tu and describe significant physical characteristics yang amat senang diingat. Boot lah, moon lah. How to hold the scaphoid to identify which hand the bones are originated. Dan lain-lain. Thrilled.

Anatomy is an exciting part when only we can explore the truth about body system. Teruja. 

Tuesday, September 27, 2011

Belajar = malas

Hey hey jangan nak mengutuk aku malas belajar. Tajuk entry tiada kaitan dengan aku !

Hari ni dah masuk seminggu setengah aku memulakan sesi pembelajaran di UPOL. Alhamdulillah semua berjalan dengan lancar. Berkat doa mama abah, saudara-mara, cikgu-cikgu, kawan-kawan. Terima kasih.

Bak kata Kak Bong yakni housemate aku, bila kat negara orang, kita akan jadi seorang yang multi-talented. Aku since dulu lagi multi-talented. Yang tak pandai masak pun akan jadi chef. Maka dengan bantuan mama via skype, kami sepasukan pelajar Malaysia tahun pertama telah berjaya menyediakan sambal ikan bilis untuk tetamu seramai 120 orang sempena sambutan Hari Raya anjuran kedutaan Malaysia di Czech. Julung-julung kali bertempat di Olomouc.

Bukti ??





Time tu jugak, budak-budak Prague and Hradec Kralove datang. Wah wah wah dapat jumpa Durrah, Julie, Ummu.

Sila abaikan muka yang nampak excited tu.


Orang-orang tua kata bila dah start sekolah, jangan aktif sangat berpersatuan. Eh. Maka subjek yang aku terpaksa ambik tahun ni merupakan :

Latin
Czech language
Biology
Biophysics
Chemistry 
Anatomy 

Pembelajaran kat sini terbahagi kepada lecture dan kelas (tutorial dan laboratory practical). Waktu kelas/lecture tak teratur tak macam di KMS dulu. Of course. Ini universiti bukan sekolah persediaan. Hari yang aku paling suka ialah hari Selasa sebab kelas start pukul 7.30 dan habis pukul 12.15. Pukul 12.45 dah boleh sampai Neredin kalau takde urusan lain seperti shopping barang rumah di Globus or Billa atau ke Ceska Posta atau ke Ceska Sporitelna atau ke dean office atau atau atau ....

Esok public holiday, maka kami tidak bersekolah esok hari. Cuti sempena apa? Aku pun tak tahu. *Saje bagitahu nak suruh kamu-kamu jealous*

One fact, aku rasa seminggu di Olomouc ni, berat badan makin berkurang sebab terlampau banyak berjalan. Ewah ewah. Breakfast hari-hari makan cereal with milk, bread. Lunch pun kadang-kadang pisang je. Ceh padahal baru sekali. Biasa melantak nasi jugak. Siapa masak? AKU lah ! 


Nak bagi entry nampak panjang, haruslah meletakkan gambar sebagai halwa mata.

Sebahagian warga Olomouc + Prague sorang. Yang paling kiri tu roomate aku, namanya Fateen. Kembar dia di Ireland. Saje nak bagitahu sebab macam comel.


Palackeho. Tempat aku shopping jaket, baju. Pemandangan malam, diambil sewaktu keluar malam dengan Meera. Mati aku kalau mama tahu keluar malam 2 orang je. Shhh senyap!

Budak-budak sesat dalam taman lepas dapat duit raya.



Ok bye !

Friday, September 23, 2011

The first week

Olomouc is nice. Sangat sejukkkk. Aku rindu nak panas matahari Malaysia. Dah lama tak berpeluh, in other word, aku sentiasa wangi, in other word, tak mandi pun takpe. Cubalah perkara ini di Malaysia, orang sekeliling anda pasti bahagia.

Suasana malam Holy Trinity Column


Ok nak bercerita pasal Olomouc ni sikit. Meh meh baca. 

Olomouc is not really a big city, lebih kurang macam Seremban. The faculty is quite far away from Neredin (our lodging area). Kalau jalan kaki, memang makan masa jugak la tapi dengan adanya sistem pengangkutan yang sangat efisyen, dalam 10 minit naik trem and bas, dah sampai fakulti. The thing is, their public transportation system is tooo fast and efficient. Ok walaupun baru seminggu kat sini, aku dah ada experience kejar bas sebab nak pergi bank. Mak aih lari kalah Hussin Bolt kot. 

Neredin

Orang kat sini suka sangat bela anjing. Matsaleh kan. Ada satu hari tu, aku and kawan-kawan pergi kedai komputer, tiba-tiba ada seekor anjing tu lari laju macam nak kejar kitorang. Apa lagi, lari macam tak ingat dunia la. Ada sesetengah matsaleh kat sini faham yang orang Islam tak boleh sentuh anjing, ramai yang tak faham so diorang terasa bila kita lari bila tengok anjing diorang. One more thing, diorang sangat teruja (aku pun tak pasti teruja ke terkejut ke pelik) bila tengok kita pakai baju kurung and tudung. Yang paling obvious bila kitorang jalan tepi trem, matsaleh siap panggil kawan dia nak tunjuk kitorang yang tengah pakai kurung ni. Wah terasa famous.  

Lectures are just nice. International students ada 52 orang termasuk yang dari Portugal, UK, Poland, US, EU, Taiwan, Singapore and paling ramai setentunya dari Malaysia. 

Aku tak paham apa yang aku sedang lakukan. Abaikan.


And also, senior-senior kat sini sangat helpful. 




Early days kitorang sampai Olomouc, senior-senior bawak jalan-jalan sekitar Olomouc and masak-masak and organize aktiviti. Terima kasih !!



Rindu mama abah abby abe. =(

Tuesday, September 20, 2011

Alhamdulillah

Alhamdulillah all things went well.

Started with a chaotic atmosphere arisen due to the fear of not getting a GRADS card. My parents rushed to KL central but the office was already closed. So redha jela bawak 20 kg of luggage. Instead of getting extra 3 kg which does not mean much, I opt to stay with 20 kg so that I'm not going to burden myself and friends to help in dragging the luggage from the baggage track later. Tapi last last timbang, net weight 27 kg and after throwing out a few things I considered quite important, the luggage turned out to be 23 kg. Ok lepas !

Ok everything went well, going through a tough time getting separated from family.

A day before actually arriving Olomouc, we stayed in Prague for a night to wait some other JPA students to arrive. And 50 euro is charged !

Hopefully, all iz well ...



Tuesday, September 6, 2011

Nervous nervous

Ada orang tu nervous nak masuk sem baru UIA. Yelah takut skill berhujah dah tumpul gara-gara hanya mengeluarkan suara untuk bebel adik-adik jek. Pastu nervous ingatan tak berapa nak tajam sebab nak menghafal perlembagaan negara. Pastu nervous tulisan cantik sikit je drpd cakar ayam. Pastu nervous muka berjerawat. Pastu nervous kena bahan dengan roommate sebab beli handphone baru colour striking pink. Ok pastu pastu .... nervous bila entah barang dia nak sampai kat Sg Isap. 

Hah aku pulak? Nervous la nak masuk belajar balik. Nervous nak jumpa matsaleh kacak kawan-kawan baru. Nervous nak pegang GDC balik. Eh guna lagi ke keranda bergerak tu? 


Seminggu lagi. Tapi macam takde persediaan. Luggage gedabak beli bulan lepas masa ponteng terawih kosong lagi. Alah biasalah tu, masa nak balik Pekan and Seremban dulu pun, by the day nak balik baru kalut nak sumbat segala barang dalam beg. Tapi tu Pekan and Seremban, ni Perlis. Kalau tertinggal barang, nak pos mahu sebulan baru sampai. Eh apa kaitan dengan Perlis. 

Lepas ni dah susah nak jumpa geng-geng bas sekolah. Kalau sebelum ni, orang call ajak lepak kat town or tepi-tepi jalan or main kejar-kejar kuda, cepat je aku start enjin Savvy biru cabuk tu. Lepas ni, aku suruh diorang pulak datang jumpa aku. Come on, Perlis je. Lepas ni, entah ada tak masa untuk bergosip ala diva dengan makcik yang ada rumah baru kat Batu Pahat tu and makcik therapy Sg Buloh tu. Belum masuk part merapu dengan anak pakcik Kamaluddin di facebook. Ni semua gara-gara tension belajar. Cewah macam busy. Tapi takpe, bak kata anak makcik Sham Sg Isap Murni, jangan asyik fikir tension, fikir yang indah-indah je. 

Lepas ni jugak, memang takkan sekelas dengan geng MD52. 


Yang paling penting, lepas ni jugak, setahun takkan bersua muka dengan keluarga tercinta. 

Mama, Abah, Abe, Abby, Mok, makcik-makcik, pakcik-pakcik, sepupu-sepupu, semua lahh. I'm gonna miss them all !

Lepas ni dah takde orang menjawab cakap Mama and Abah. Lepas ni dah takde orang nak tarik rambut Abby and sepak Abe suruh bangun subuh. Wuish ganasnya aku. Taklah, simbah air je. 

Ok dah penat nervous. Nak makan, bye !


p/s : Entry ni patutnya post hari Isnin minggu depan tapi takut nafsu mengarang dah terbantut masa tu. 

Monday, September 5, 2011

Of Friends and Fly

This was our second convoy.


5 cars joined the day. Omaigod, that was thrilling. Really hope to join the same one next year.







Missing MD52 raya convoy 2010 as well. <3




P/s : A week more to go. Tapi macam taknak pergi. 


Saturday, September 3, 2011

Raya oh Raya


Maaf zahir batin segala salah silap. 


Taw, dah lambat.

Saturday, August 27, 2011

Still Ramadan

Dah 27 hari.

Dan, kita masih di bulan Ramadan. Ada masa lagi untuk kita manfaatkan sisa-sisanya.
Pesanan untuk diri-sendiri, jangan terlalu excited nak tunggu ketibaan Syawal seolah-olah kedatangan Ramadan disambut hanya untuk dinanti pemergiannya.


Abu Huraira related that Rasulullah said: Many people who fast get nothing from their fast except hunger and thirst, and many people who pray at night get nothing from it except wakefulness (Darimi).


Nauzubillahi minzalik, semoga kita bukan dalam kalangan yang hanya berlapar dahaga tapi tak dapat apa2. 





Subhanallah !



Monday, August 22, 2011

Aku dah dewasa

Assalamualaikum !
Alhamdulillah dah masuk 23 Ramadan. Masuk mode kejar Lailatul Qadr and pada masa yang sama masuk mode buat biskut raya. 

Harini, aku dah dewasa, huh. By the way, istilah 'dewasa' hanya boleh digunakan oleh orang-orang yang pandai buat biskut raya sahaja. Maka harini aku dah dewasa sebab dah berjaya menghasilkan sejenis biskut raya bernama tat nenas. 

1/2 cawan mentega
1/2 cawan marjerin
1/4 cawan gula halus


2 biji telur kuning

1/2 cawan tepung kastard
1/2 cawan tepung kek
2 cawan tepung gandum


Mesin penguli yang digunakan.


Adunan akan keluar melalui lubang ni.

Tengok mama potong-potong adunan tu. Yang ni first trial.

Masukkan jem nenas, gulung-gulung, done! 

"As easy as ABC !" kata Sara seorang diri. Beliau berkata dengan yakinnya selepas gagal dalam first trialnya. Punca kegagalan first trial adalah disebabkan beliau telah memasukkan 5 BIJI TELUR TERMASUK TELUR PUTIH. Eh capslock bukan tanda anda harus menggunakan 5 biji telur. Jangan ! 2 biji telur kuning sahaja. 

Lepas TERbubuh 5 biji telur, kena marah dengan mama pastu mogok 2 3 jam taknak tolong mama masak untuk berbuka. Pastu kena marah lagi sebab mogok. Mama garang !

Haih apalah nasib aku asyik kena marah. 

Pastu lepas berbuka puasa, try makan tat first trial tu. Pastu sakit gigi sebab tat first trial keras. GILA ! Pastu aku rasa loser. Pastu aku tekad nak try lagi esoknya. Pastu, harini aku buatlah tat second trial. Pastu, TAT NENAS SECOND TRIAL MENJADI DENGAN JAYANYA. 

Pastu pastu ? 

AKU BANGGA LAH !! Aku dah dewasa rupanya.



***Buat biskut raya ni salah satu faktor nak jadi dewasa. Many other factors contributing. Kalau perah santan pun failed, takyah perasan dewasa. Gulp !

Wednesday, August 17, 2011

Nuzul Quran

Salam Nuzul Quran. - 17 Ramadan

Do we really remember this date atau hanya teringat apabila ada public holiday ?

Jom tanya iman kita.






17 Ramadan tahun 41 keputeraan Nabi Muhammad bukan tarikh sebuah Quran diturunkan tapi tarikh penurunan ayat Quran yang pertama. - Peringatan untuk yang tak ingat, kot kot lah dah lupa. Semak textbook SPM balik.

Quran ialah kitab warisan junjungan Nabi Muhammad SAW, mengandungi ilmu dan panduan hidup yang diturunkan Allah untuk kita. Untuk KITA bukan untuk Rasulullah sahaja. Tapi dalam satu hari, berapa kali kita selak page Quran? Ok kita reduce, dalam satu minggu, berapa kali kita selak page Quran? Kalau seharian tak bukak facebook, kita resah (aku lah tu) adakah kita jugak akan resah apabila seharian tak pegang Quran? Jom tanya iman kita sekali lagi.

Kalau diimbas semula sirah para sahabat, kita dapat tengok betapa tegarnya perjuangan mereka dalam usaha mengumpul dan membukukan Quran. MasyaAllah. 
Tapi kita, ada sesetengahnya tegar biarkan Quran only to be displayed dalam almari-almari perhiasan. Ayat-ayat Quran yang digantung di dinding-dinding sekadar untuk menimbulkan atmosphere rumah orang Islam tapi tak pernah jeling pun ayat apa yang di-display tu. 

“Sesungguhnya orang-orang yang beriman ialah mereka yang bila disebut nama Allah gemetarlah hati mereka, dan apabila dibacakan ayat-ayat-Nya bertambahlah iman mereka (karenanya), dan hanya kepada Tuhanlah mereka bertawakkal. (Yaitu) orang-orang yang mendirikan shalat dan yang menafkahkan sebagian dari rizki yang kami berikan kepada mereka. Itulah orang-orang yang beriman dengan sebenar-benarnya. Mereka akan memperoleh beberapa derajat ketinggian di sisi Tuhannya dan ampunan serta rizki (nikmat) yang mulia.” (QS Al-Anfal [8]: 2-4)

Teringat pesanan Ustaz Radzi di surat al-Furqan, KMS dulu :

"Kalau boleh, takyah lah baca Quran yang kecik-kecik ni (sambil tunjuk-tunjuk kat Quran tafsir kitorang) tapi gunalah Quran yang besar-besar tu, takdelah sakit mata nak baca huruf kecik-kecik. Kemudian, kalau nak pilih Quran kat surau ni, pilih yang agak-agak dah buruk dan baca Quran yang berlainan setiap hari, bertukar-tukar. Jangan dk baca Quran yang sama je. Semakin banyak Quran yang kita baca, semakin banyak bukti kita baca Quran pada hari kiamat nanti. Sama jugak macam solat. Di surau, solatlah di tempat yang berbeza-beza, jangan dok kat tempat yang sama je (favourite spot). Makin banyak bukti kita tunduk menghadap Allah  nanti"   

- Lebih kurang lah kata-kata Ustaz Radzi. 

Terima kasih ustaz. Ohh rindu kelas Quran tu walaupun hanya berkesempatan hadir beberapa kali.


Kata-kata Ustaz Sofi pulak :

"Ustaz nak kamu hafaz surah Yasiin dan Sajdah ni sekadar sebagai bekalan kamu bila di luar begara nanti. At least adalah jugak surah-surah yang panjang sikit yang kamu ingat yang tak perlu bukak Quran apabila nak baca"

Bebelan ustaz masa some of us lambat tasmi'. Hee. Apapon, terima kasih ustaz. Ayat tu memang saya takkan lupa, insyaAllah.


So jom pertingkatkan amalan baca Quran kita !!

Monday, August 15, 2011

Darah B

Aku ekstrak sebahagian daripada entry cik Fab.
Entry ni khusus untuk yang berdarah type B je, haa kau yang bukan darah type B pergi kat link cik Fab. 
Aku tak berani nak menyatakan kesahihan fakta ni, tapi ada jugaklah fakta yang memang terkena batang hidung aku yang mancung ni. 
Jenis Darah B adalah Pemburu (Hunters)
Mereka berdarah B adalah golongan yang periang, memiliki semangat dan aura personaliti yang kuat dan tersendiri. Dalam waktu yang sama, mereka tidak menghiraukan apa orang lain fikir tentang mereka dan liar. Mereka boleh menjadi sangat lemah, pemalas dan kurang sabar. Namun, mereka juga sangat bersungguh-sungguh (passionate) dengan apa yang mereka mahukan.
Peribadi Asas:
Pantas membuat keputusan, boleh menjadi sangat fleksibel, tidak kisah pada peraturan, menghormati penemuan sains dan perkara praktikal.
Kadar Toleransi:
Mengekalkan sepenuh minat pada apa yang mereka lakukan, kelihatan tidak sabar, tidak sukakan kerja yang berulang.

Bagaimana mereka melihat masa hadapan dan masa lampau:
Sukar melupakan hubungan terkini tetapi mudah melupakan kenangan masa silam.
Bagaimana mereka menggambarkan perasaan:
Seorang yang ‘expressive’, ‘cool’ dan bersifat objektif, walaupun selalu bergurau tetapi boleh menjadi sangat pemalu, cepat menukar ‘mood’ seperti cuaca, tidak boleh berhenti merungut apabila mereka kecewa.
Bagaimana mereka bekerja:
Kreatif dan memiliki idea baru, tidak boleh membezakan kerja dan hobi, sukar menerima arahan, tidak gentar mencadangkan perubahan yang inovatif dan tidak takutkan kritikan.
Mereka yang berdarah B juga, adalah Sempoi! Itulah ungkapan yang paling rapat dengan anda. Anda lebih selesa dengan kesederhanaan.

Dalam perhubungan pula anda adalah individu yang terlalu jujur dan lebih gemar berterus terang dalam apa jua perkara. Dalam melaksanakan sesuatu tugasan yang diberikan, anda lebih gemar melaksanakannya dengan cara anda sendiri.

Anda adalah individu yang kreatif dan fleksibel, mudah bagi diri anda untuk meletakkan diri sendiri dalam apa jua situasi mahupun kelompok golongan tertentu.

Anda adalah individu yang bijak bersosial. Namun ada kalanya sikap anda yang gemar berdikari dan tidak gemar meminta bantuan orang lain itu, mampu mendatangkan masalah buat diri anda dan sekali gus memperlihatkan kelemahan pada diri sendiri. Anda harus ingat bahawa, tidak semua perkara kita boleh menyelesaikannya secara bersendirian.

Komen :
Yang aku highlight tu yang paling obvious kot. Yang bab-bab perhubungan @ relationship, sila letak ke tepi sebab aku tak berapa minat nak tahu. Yang lain-lain ada yang betul ada yang macam karut. Apapun, people around yang judge. 
Nak tahu lagi ? Click here

Saturday, August 13, 2011

Sarang tebuan ke ni?

Ingat lelaki je ada fesyen rambut sarang tebuan? Perempuan pun ada.
Haa comel kan makcik ni. 

“Dua golongan di kalangan ahli neraka yang tidakkan aku pandang iaitu kaum yang bersama mereka cemeti seperti ekor lembu yang dengannya digunakan memukul orang lain dan wanita-wanita yang berpakaian bagaikan bertelanjang yang condong kepada maksiat dan menarik orang lain untuk membuat maksiat. Sanggul dikepala mereka ditusuk tinggi-tinggi seperti bonggol unta yang sangat lemah. Mereka ini tidak akan masuk syurga dan tidak akan mencium baunya sedangkan sesungguhnya bau syurga itu sudah boleh dicium dari jarak demikian dan demikian.”(Riwayat Muslim).

Bila nak post entry tu, haruslah ada motif dan pencetus. Maka pencetus entry yang bertuah kali ini ialah :


Wah inilah model Muslimah sejati. Syabas !