Wednesday, December 30, 2009

2009 comes to its end

2009 hampir menutup tirai
Terasa masa terlalu pantas berlalu
Apa yang aku buat tahun ni, aku pon tak tahu, yang pasti 6 bulan dah aku habiskan dengan kerja2 tak berapa berfaedah, n the other 6 months aku membelitkan otak aku dengan IB, keje2 CAS n watsoeve....

Biasanya bila datang tahun baru, orang mula pasang azam baru. Aku?


Memerah keringat sekuat mungkin sehabis daya untuk merealisasikan misi IB


then?

FLY !!!

InsyaAllah, semoga Allah memudahkan perjalanan hidupkan

Thursday, December 17, 2009

1431 is here....


bumi mekah seakan menghimpit
mengancam nyawa risalah langit
ketika itu turun perintah
untuk berhijrah ke kota harapan

pergi bukan bererti mundur
tapi menyusun langkah teratur
demi mencapai matlamat agung
membawa rahmat ke seluruh alam


satu muharam detik bersejarah
dimasa umat telah berhijrah
dari kota mekah ke kota madinah
tinggal segala harta keluarga

sahabat handai dan yang tercinta

tiada yang lebih berharga
selain iman yang sejahtera

kerananya sanggup berkorban
harta dan nyawa watan tercinta

kerana ikatan ukhuwah fillah
mengatasi ikatan saudara
kaum ansar mendakap rasul
dan muhajirin sujud bersyukur


disinilah ketabahan
umat islam diuji....

Semoga tahun baru ini menjanjikan lembaran hidup yang baru yang lebih baik bagi seluruh umat Islam...
Semoga sirah Nabi bersejarah sentiasa dijunjung mulia
InsyaAllah

Tuesday, December 15, 2009

kejadian itu ...

Polis kenal pasti dua suspek kejadian ragut semalam

KUALA LUMPUR: Dua suspek kes ragut yang berjaya melarikan diri ke kawasan ladang kelapa sawit di Seri Kembangan, semalam akan ditangkap dalam masa terdekat ini kerana polis telah mengenalpasti identiti mereka.

Ketua Polis Selangor Datuk Khalid Abu Bakar berkata pihaknya kini hanya menunggu masa yang sesuai untuk menahan kedua-dua suspek yang berumur 20an itu.

"Kami yakin dapat memberkas kedua-duanya dalam masa terdekat setelah seorang lagi daripada mereka berjaya ditahan semalam. Mereka mempunyai rekod lampau atas pelbagai kesalahan termasuk samun dan ragut di sekitar Seri Kembangan," katanya kepada pemberita selepas Pelancaran Kempen Cegah Jenayah di Plaza Tol Kota Damansara di sini hari ini.

Dalam kejadian pada kira-kira pukul 12.15 tengah hari semalam, seorang anggota polis yang sedang meronda di kawasan itu terserempak dengan kejadian ragut beg tangan seorang wanita di stesen pam minyak Seri Kembangan.

"Semasa melarikan diri, kereta suspek melanggar pembahagi jalan ketika cuba untuk melencong ke arah jalan bertentangan menyebabkan kereta peronda polis yang mengekori mereka melanggar bahagian belakang kereta suspek," katanya.

Dua suspek melarikan diri ke arah kawasan belukar berhampiran sementara seorang lagi dapat ditangkap selepas cedera di paha akibat terkena tembakan polis dan dimasukkan ke Hospital Serdang.

Dalam ucapannya pada majlis itu, Khalid menasihati orang ramai agar lebih berhatihati tidak kira di mana juga mereka berada memandangkan kejadian jenayah ragut sering berlaku.

Khalid juga menasihatkan orang ramai berhatihati dalam insiden kereta mereka dilanggar dari arah belakang kerana taktik penjenayah sekarang sengaja melanggar kereta mangsa untuk menyamun mereka.

"Pemandu yang berada dalam situasi ini dinasihatkan agar terus memandu ke arah balai polis berhampiran," katanya.

Sementara itu, Timbalan Menteri Wilayah Persekutuan Datuk Wira Abu Seman Yusuf melancarkan Kempen Keselamatan Jalan Raya sempena sambutan perayaan Tahun Baru Cina di Plaza Tol Plus Sungai Besi di sini.

Katanya pada tahun lepas terdapat 49,193 kes kemalangan dengan 240 kematian dilaporkan di Kuala Lumpur dan angka terbesar adalah kalangan penunggang dan pembonceng motosikal. BERNAMA


Selama ni, aku baca dan dengar jek kejadian ragut yang semakin menjadi-jadi di Malaysia. Tapi hari ini, tanggal 16 Disember 2009, aku sendiri yang berhadapan dengan peristiwa tu. Unbelievable!!! That's the single word aku boleh cakap. Tak sangka, nak kata trauma tak pun sebab handbag aku dengan senang meluncur beralih ke tangan peragut yang 'berhati mulia' tu. Geram!!!

Kejadian tu bermula masa aku baru je keluar dari perut kereta menuju ke HTAA untuk aktiviti CAS aku kat sana. Aku sedang menggunakan telefon. Tu lah salah aku, parking kat tempat terpencil, guna telefon masa berjalan sambil menginjit beg. Huwa....menyesal. Alhamdulillah, handset ngan kunci kereta aku pegang. Dalam beg yang aku kira dah lama usianya, (nasib baik beg buruk...hehe) ada purse n botol air. Nasib ngko la peragut, ada RM20 je, beberapa keping syiling n botol mineral, boleh gak ngko gune beli kopi, takpun minum jek air mineral aku tu.

Cuma yang aku terkilan nye, aku dah kehilangan :

- IC
- Bank card
- Driving license

Then, aku terpaksa susahkan mak ayah aku pergi report kat balai polis, blok kad kat Bank Islam, report lesen hilang kat JPJ n buat IC baru. *&^5$%#@ pnye peragut, takde keje lain ke, ee geram aku. Takpe2 setiap kejadian ade hikmahnya, boleh beli beg baru n buat ic baru dengan gambar yang better...hue3. Pada peragut2 sekalian di luar sana, tolonglah faham, janganlah buat benda2 yang tak halal macam ni.


Dari Ibnu ‘Umar r.a katanya:”Aku mendengar Rasulullah s.a.w bersabda:”Tidak diterima solat seseorang tanpa suci dan tidak diterima sedekah yang berasal daripada kejahatan (seperti mencuri, menipu, menggelapkan wang, merompak, judi dan sebagainya)”
(Muslim)
So, pada semua golongan wanita yang sedang membaca, silalah jaga keselamatan diri kita dan harta benda kita. Set up the precautionary methods properly bagi tidak menggalakkan lagi peragut2 yang ;berhati mulia' semakin aktif dengan aktiviti diorang.

Allahua'lam


Friday, December 11, 2009

Uwais Al-Qarni - model anak soleh

Siapakah Uwais Al-Qarni?

Asalnya berpenyakit sopak, badannya putih, putih penyakit yang tidak digemari. Walaupun dia seorang berpenyakit sopak tetapi dia seorang yang soleh, terlalu mengambil berat tentang ibunya yang uzur dan lumpuh. Dia telah begitu tekun untuk mendapatkan keredhaan ibunya. Bapa dia meninggal dunia ketika dia masih kecil lagi. Dia sopak sejak dilahirkan dan ibunya menjaga dia sampai dia dewasa.

Suatu hari ibunya memberitahu kepada Uwais bahawa dia ingin sangat untuk pergi mengerjakan haji. Dia menyuruh Uwais supaya mengikhtiarkan dan mengusahakan agar dia dapat dibawa ke Mekah untuk menunaikan haji. Sebagai seorang yang miskin, Uwais tidak berdaya untuk mencari perbelanjaan untuk ibunya kerana pada zaman itu kebanyakan orang untuk pergi haji dari Yaman ke Mekah mereka menyediakan beberapa ekor unta yang dipasang di atasnya “ Haudat ”. Haudat ini seperti rumah kecil yang diletakkan di atas unta untuk melindungi panas matahari dan hujan, selesa dan perbelanjaannya mahal. Uwais tidak mampu untuk menyediakan yang demikian, unta pun dia tidak ada, nak sewa pun tidak mampu.
Ibu Uwais semakin uzur hari demi hari dan berkata kepada anaknya pada suatu hari : “ Anakku, mungkin ibu dah tak lama lagi akan bersama dengan kamu, ikhtiarkanlah agar ibu dapat mengerjakan haji. ”

Uwais mendapat suatu ilham. Dia membeli seekor anak lembu yang baru lahir dan sudah habis menyusu. Dia membuat sebuah rumah kecil (pondok) di atas sebuah “Tilal” iaitu sebuah tanah tinggi (rumah untuk lembu itu di atas bukit). Apa yang dia lakukan, pada petang hari dia dukung anak lembu untuk naik ke atas “Tilal”. Pagi esoknya dia dukung lembu itu turun dari “Tilal” untuk diberi makan. Itulah yang dilakukannya setiap hari. Ada ketikanya dia mendukung lembu itu mengelilingi bukit tempat dia beri lembu itu makan. Perbuatan yang dilakukannya ini menyebabkan orang kata dirinya gila. Memang pelik, membuatkan rumah untuk lembu di atas bukit, kemudian setiap hari mengusung lembu, petang bawa naik, pagi bawa turun bukit. Namun sebenarnya jika dilihat di sebaliknya, Uwais seorang yang bijak. Lembu yang asalnya hanya 20kg, selepas enam bulan lembu itu sudah menjadi 100kg.

Otot-otot tangan dan badan Uwais pula menjadi kuat hinggakan dengan mudah mengangkat lembu seberat 100kg turun dan naik bukit setiap hari.Selepas lapan bulan, telah sampai musim haji, rupa-rupanya perbuatannya itu adalah satu persediaan untuk dia membawa ibunya mengerjakan haji. Dia telah memangku ibunya dari Yaman sampai ke Mekkah dengan kedua tangannya. Di belakangnya dia meletakkan barang-barang keperluan seperti air, roti dan sebagainya. Lembu yang beratnya 100kg boleh didukung dan dipangku inikan pula ibunya yang berat sekitar 50kg. Dia membawa (mendukung dan memangku) ibunya dengan kedua tangannya dari Yaman ke Mekah, mengerjakan Tawaf, Saie dan di Padang Arafah dengan senang sahaja. Dan dia juga memangku ibunya dengan kedua tangannya pulang semula ke Yaman dari Mekah.

Monday, December 7, 2009

M.A.K. Daerah Pekan

Tanggal 7 Disember, PPD Pekan menganjurkan Majlis Anugerah Kecemerlangan bagi pencapaian sepanjang tahun 2008.



Special thanks to both backbones of mine, dad n mom...I luv u so much for this sorta achievement as well as all teachers for the great assistance....thanks thanks thanks


Aku n Ckg Azu, my phy teacher

Congrates 2 all SBPIP teachers who've been awarded Anugerah Guru Cemerlang, n all others awards gained by SBPIP
We got da 1st place for SPM in Pekan
Congrates!!!
Keep the great job up!!!

Sunday, December 6, 2009

Fatine's love story sparks hate back home

Malaysian transsexual Fatine's UK love story has sparked so much hate back home that she fears to return.

"I am so frightened to go back. I am worried for my safety," she said in response to what she claimed was a Malay tabloid's wrongful portrayal of her love and civil partnership marriage to a Briton.

She said she had been receiving many emails and comments from people condemning and accusing her of insulting the Malaysian government.

Wedding bliss...Fatine and Ian on the day of their marriage

Wedding bliss...Fatine and Ian on the day of their marriage

Fatine, who was born Mohammed Fazdil Min Bahari said it was frustrating that people didn’t understand that she came to the UK because she wanted to be with Ian Young, the man she loved.

The 36-year old make-up artist, said she could not do that in Malaysia, adding that people only seemed to be taking a religious point of view over the matter.

Speaking up for the first time after The Sun newspaper in London broke the story, Fatine said she did not know what to do as her family had already disowned her.

"I’ve spent hours on the phone asking for forgiveness. I love them although but I can’t change what has happened," she said.

Fatine said it was a shame that the Malay tabloid had "twisted" their story, stressing that as it was never their intention to insult the Malay community.

"They also put my father’s name in it, which was unnecessary and my mother has been left frightened to leave the house," he added.

Fatine said she regretted that the community was taking it personally.

She said she appreciated that the Malays are very traditional and "people like me aren’t acceptable" and hoped that things would cool down eventually.

Fatine, who married Young in a civil partnership in May, faces deportation after her Leave to Remain visa was rejected by UK's Home Office over an "incorrect" photograph.

A second application with a passport photograph with a white background as required, instead of blue, was submitted for reconsideration but it was also thrown out in October.

Fatine and Ian fear that they would be in danger if they return to Malaysia

Fatine and Ian fear that they would be in danger if they return to Malaysia

The couple have since submitted their third application for a Right to Family Life under the Human Rights Act in Britain.

On Monday, Immigration director-general Datuk Abdul Rahman Othman said the department might take action against Fatine when she returns home as it views problems like overstaying seriously.

Young, 30, who runs a property maintenance company, however, said Fatine’s application was still being processed by the UK Border Agency and she should not be classified as an overstayer.

He also claimed that as a result of the "misleading" article, everyone was misreading their story as an insult to Islam which it was never intended to be.

"All we want is to be married, be happy and living together. The only way we can do this is over here in the UK," he said.

He said the article made it sound like they were trying to make a mockery of Islamic laws, which was never their intention.

"As a result of the way we have been portrayed, I feel that we would be in more danger than ever if we were to try and live in Malaysia," he said.

Friday, December 4, 2009

Monday, November 30, 2009

when holiday comes

salam alaik

When holiday comes, hati gembira sebab boleh jumpa keluarga yang hampir sebulan tak ketemu. Tapi kadang-kala hati sayu sebab hanya TV dan streamyx yang menemani hati. Tiada lagi usrah mingguan, talk daripada senior2 ex-KMS n tazkirah2 di surau. (paling tak boleh lupa tazkirah Ckg Jowel). Kata orang hati manusia ni liar, bila dah lama ditinggalkan dan tak dididik, lama2 susah untuk kita jaga hati daripada penyakit2 hati, riak, takabbur etc. Mungkin ada yang memandang perkara ni sebelah mata tapi hatilah yang menentukan buruk baiknya seseorang.

Rasulullah s.a.w bersabda yang maksudnya:”Ketahuilah bahawa dalam jasad manusia ada seketul daging (segumpal darah), jika baik maka baiklah seluruh anggota dan jika rosak maka rosaklah seluruh anggota, itulah hati.”
Bukhari dan Muslim

Aku risau. Aku rindukan sahabat2 yang sentiasa ringan mulut memberi aku peringatan saban hari. Manusia makhluk yang mudah leka plus hati yang susah dipelihara, tak terkecuali aku. Bila mata dah melekat kat depan skrin laptop susah nak dialih, kalau bukak web berfaedah takpe ni web novel la cerpen la, melalaikan. Susah2.

Rasulullah s.a.w bersabda yang maksudnya:” Sebilangan manusia yang dinaungi Allah di bawah naungan-Nya pada hari kiamat iaitu hari yang tidak ada sebarang naungan padanya selain daripada naungan Allah; di antaranya ialah: Pemerintah yang adil, pemuda yang hidupnya sentiasa dalam mengerjakan ibadah kepada tuhannya, orang yang hatinya sentiasa terikat dengan masjid, dua orang yang berkasih sayang kerana Allah di mana kedua-duanya berkumpul dan berpisah untuk mendapat keredaan Allah, orang yang dipujuk oleh perempuan yang kaya lagi rupawan untuk bersatu dengannya lalu ia menolak dengan berkata:” Aku takut kepada Allah!”, orang yang bersedekah secara bersembunyi sehingga tangan kirinya tidak mengetahui apa yang diberi oleh tangan kanannya, dan orang yang menyebut atau mengingat Allah dengan keadaan tidak ada dalam ingatannya perkara lain, lalu menitis air matanya kerana mengingatkan sifat Jalal dan sifat Jamal Allah.”
Riwayat Abu Daud dan Ibnu Majah
Aku berharap semoga holiday ni memberi aku seribu satu pengertiaan dan mengajar aku supaya pandai memelihara hati....insyaAllah

Friday, November 20, 2009

hormat tetamu

Dikisahkan bahawa semasa berlakunya kekurangan makanan dalam kalangan Bani Israel, maka lalulah seorang fakir menghampiri rumah seorang kaya dengan berkata, "Sedekahlah kamu kepadaku dengan sepotong roti dengan ikhlas kerana Allah SWT". Setelah fakir miskin itu berkata demikian maka keluarlah anak gadis orang kaya, lalu memberikan roti yang masih panas kepadanya. Sebaik sahaja gadis itu memberikan roti tersebut maka keluarlah bapa gadis tersebut yang bakhil itu terus memotong tangan kanan anak gadisnya sehingga putus.

Semenjak dari peristiwa itu maka Allah SWT pun mengubah kehidupan orang kaya tersebut dengan menarik kembali harta kekayaannya sehinnga menjadi seorang fakir miskin dan akhirnya dia meninggal dunia dalam keadaan yang hina. Anak gadis itu menjadi pengemis dan meminta-minta dari rumah ke rumah.

Pada suatu hari anak gadis itu menghampiri rumah seorang kaya sambil meminta sedekah, maka keluarlah seorang ibu daripada rumah tersebut. Ibu tersebut amat kagum dengan kecantikkan gadis tersebut lalu memperlawanya masuk kedalam rumahnya. Oleh kerana kagum dengan kecantikkannya, si ibu berhajat untuk mengahwinkan anaknya dengan gadis tersebut. Setelah selesai perkahwinan, si ibu memberikan pakaian dan perhiasan bagi menggantikan pakaiannya.

Pada suatu malam, semasa waktu makan malam, gadis tersebut makan bersama suaminya. Oleh kerana kudung yang tidak diketahui si suami kerana ibunya merahsiakannya si gadis tersebut makan menggunakan tangan kiri. Apabila si suami melihat keadaan isterinya itu, maka disuruhnya gadis tersebut makan dengan tangan kanan. Si isteri tetap makan dengan tangan kiri meski suaminya berulang-ulang kali menyuruh menggunakan tangan kanan. Dengan tiba-tiba terdengar suara dari sebelah pintu "Keluarkanlah tangan kananmu wahai hamba Allah, sesungguhnya kamu telah mendermakan sepotong roti dengan ikhlas keranaKu, maka tiada halangan bagiKu untuk mengembalikan kembali tanganmu itu." Setelah gadis itu mendengar, maka dia pun mengeluarkan tangan kanannya berada dalam keadaan asal.

Hendaklah kita menghormati tetamu kita, walaupun dia fakir miskin. Apabila dia datang kerumah kita maka sesungguhnya dia adalah tetamu kita. Rasulullah SAW telah bersabda yang bermaksud, "Barangsiapa menghormati tetamu, maka sesungguhnya dia telah menghormatiku, dan barangsiapa menghormatiku, maka sesungguhnya dia telah memuliakan Allah SWT. Dan barangsiapa telah menjadi kemarahan tetamu, dia telah menjadi kemarahanku, dan barangsiapa menjadikan kemarahanku, sesungguhnya dia telah menjadikan murka Allah SWT".

Sabda Rasulullah SAW, "Sesungguhnya tetamu itu apabila datang ke rumah seseorang mukmin itu, maka dia masuk bersama dengan seribu berkah dan seribu rahmat"

Wednesday, October 21, 2009

study group??

salam alaik...

IBSB organized study group. N I have to involve!!! Everyone has to get involved!!! Frank saying, I do adore study group but I just can't get into it. Since kat INTEP dulu, aku sememangnya malas nak ber'study group' ni, n I do prefer to study lonely. The reason, aku boleh faham certain principles on certain topic with my own way. Just imagine, in a group consisting of few other members which respectively has their own understanding, mix together, blend up and at a point, everything turns messy. But, tu daripada perspektif negatif aku, since there will be a silver lining on each cloud, I take it positively and tu memang sepatutnya. I have to change!!! IB likes people changing...hehe (well, in term of positive way absolutely)
I hope this study group concept is going to help me more and as well as others. InsyaAllah....

p/s: esok balik!!!



Monday, October 5, 2009

usrah yg bes!!!

Salam alaik

Semalam Kak Elly datang KMS sama2 dgn Kak Salmi n Kak Farah

Kak Elly kakak naqibah aku untuk program Liqo Pengukuhan Usrah kat KMS in conjunction with Intelek...She's freshly graduated from U of Sheffield, UK n currently looking for job, eh betul ke?? (mesti Kak Elly bangga cakap psl dia....haha)

Kak Salmi, Kak Elly n others....


Mira, Shira, Ama, Sima, me n Awin

Eating time!!! Masa yang ditungu-tunggu...hehe. Memang terharu dengan akak2 sebab sudi belanja kitorang, plus dapat duit raya pulak tu....



Kitorang buat mini picnic kat playground depan kolej. Start dengan bacaan Ma'thurat n tazkirah pendek. Seronok.....

Thanks to all sis especially to beloved Kak Elly...

Semoga ukhuwah ini mendapat keberkatan-Nya.



Petang tu, after zuhur, aku n few other friends pergi rumah Cikgu Halimahton, my chem's lecturer for rumah terbuka. No photos sebab terlampau rajin tolong cikgu kat dapur...huhu~

In conclusion, hujung mingguku kali ni terasa

Saturday, September 26, 2009

kosong??

KENAPA AKU RASA KEKOSONGAN??!!


Bila sampai jek masa nak balik KMS, jiwa aku rasa kosong.
Sunyi, sepi, takde jiwa, etc
Rasa life is not longer enjoyable
Aku rindu zaman sekolah
Kawan2 yg bes, supportive
Honestly di KMS, aku dah tak rasa semua tu
Mungkin masa akan mengubah semua tu, aku pun tak tahu
Aku sedar aku tak patut fikir macam tu sebab Allah sentiasa ada

Tapi hakikatnya...

Susah, susah, susah

Apa yang patut aku buat??


Erghh!! Jiwa berkecamuk ,fikiran bercelaru....

Ya Allah, tolonglah hamba-MU ini!!!

Hari ini, hari terakhir berada di rumah. Kejap lagi nak bertolak ke Seremban, tumpang sepupu. For the very first time, my parents are not going to send me, dan aku rasa lagi keseorangan. Huwaaa......

terima kasih

Hari ni buat mini open house untuk kawan2

Aku nak khususkan ucapan terima kasihku kepada :

...Kak Siti...

...Aiman...

...Hafiz...

...Adzrul...

...Halim...

...Shah...

...Irfan...

...Razak...


...sebab sudi datang beraya di rumah....

~ To guys, sori sebab tak sembang pun dengan korang even sebenarnya banyak benda nak tanya, segan lor...wewewe.....pape pun, thanks a lot sebab sudi datang!!!

~ To Kak Siti, I enjoy seeing you damn much !!!


SELAMAT HARI RAYA

MAAF ZAHIR DAN BATIN



p/s : terkilan sangan sebab lupe nak bergambar


Friday, September 25, 2009

hepi besday bebz...

Column entry kali ni ditujukan khusus kepada adinda tersayang....cik puan raja tengku NORLISYA...huhu~

Happy Birthday ke ~~~.....

Punya beraya sakan minah seketul ni hari ni. Satu Kuantan kot dia round. "Duet raya kita bahagi yerp, B??" *Blink2*

p/s: malam tadi baru sampai dari kelantan. penat beraya kat dungun

Friday, September 18, 2009

selamat hari raya!!!

Ahad ni raya!!! huhu....
Gembira + sedih...??? Yelah, Ramadan dah nak pergi, entah ada peluang nak ketemu lagi ke tak. Happy sebab nak raya, balik kampung jumpa saudara-mara n dapat duit raya...huhu~~~ Betul ke kalau dah makin besar, makin sikit duit raya yang kita akan dapat. Ohh boleh terima ke tak ek hipotesis tu. Wait n see k.

Okayy kat sini aku nak ambil peluang nak ucapkan SELAMAT HARI RAYA kepada semua yang mengenali....MAAF ZAHIR BATIN.

MAHAR CINTA SYAWAL

Dari medan Ramadan sepenuh perjuangan
Terpamir ketulusan jiwa, kemurnian hati,
kecerdasan fikiran, ketangkasan tindakan…
Ukir semurni tadbir
Tagih sesuci takdir

Dari takbir Syawal seluruh kemuliaan
lambang satu kemenangan
mengatasi kejahatan diri dalaman
menangani angkara musuh luaran
kembali ke fitrah…
kembali kepada Allah!

Hitung syukurmu di istana rahmat-Nya
Renung sukarmu di penjara dosa-dosa
Moga keberkatan Ramadhan…
Agar Kemuliaan Syawal…
Menjadi mahar seorang hamba…
untuk melamar cinta Tuhannya!


Esok after sahur terus bertolak ke Kelantan...tak sabar nye...

Salam....

Tuesday, September 15, 2009

hari2 terakhir

Salam alaik

Sekadar satu persoalan sebagai bahan renungan....

Sejauh mana Ramadan tahun ini mengubah kita??

Kalau tak banyak, at least ada satu perubahan positif yang akan berlaku pada diri kita. Perhaps. Kalau sebelum ni, al-Quran hanya diselak bila rasa nak. ~mungkin??~ Bila datang Ramadan, kalau boleh kita rasa nak berdamping dengan kitab tu jek....~ohh betulkah??~ Hanya kita yang tahu, mungkin tak semua tapi bagi yang sedia maklum betapa banyak kali ganda pahala yang Allah janjikan untuk hamba yang beribadat kepada-Nya pada bulan Ramadan pasti mengejar setiap ganjaran yang Allah turunkan. Jika di bulan biasa, satu huruf diganjarkan dengan 10 pahala, apatah lagi pada bulan Ramadan, pasti berganda-ganda. So guys, sementara masa masih ada dengan kemampuan yang ada, marilah kita bersama mengejar pahala yang still available ni.

Sesungguhnya membaca al-Quran adalah salah satu sifat yang dianjurkan Rasulullah....


Rasulullah s.a.w telah bersabda yang maksudnya, "Didiklah anak-anak kamu atas tiga sifat iaitu: cintakan nabi mereka, cintakan keluarga nabi dan membaca Al-Quran"



Wallahu a'lam....

Monday, September 7, 2009

UIA...

Salam alaik

Jumaat lepas, aku ngan Ou visit Tirah, Pipah, Nureen, Ann, Fariza n budak2 INTEP yang lain kat CFS IIUM PJ. Pelbagai halangan terpaksa aku tempuh...cewah.. semata-mata nak jumpa kawan2 yang teramat dirindui. Plus, komuter n LRT bukan sesuatu yang familiar bagi aku.huhu~ So atas bantuan Ra'an, semua selok-belok transit die bagitahu. Siap peta lagi...Thnz yea Ra'an...

Sampai UIA nak dekat pukul 6.30. Terpaksa menyamar jadi budak UIA kejap. Hehe...sekali-sekala buat keje jahat apa salahnya...Then, terus bergegas nak cari lauk nak berbuka. Huwa... mengimbas masa2 lampau masa kat sekolah. Sekarang, bukan senang nak jumpa korang, Tirah yang mulut banyak, Pipah yang tak penat berceloteh n Nureen yang macam bertih jagung n bukak sama2.. After tarawih kat masjid, Tirah belanja minum kat e-cafe. Boys pon join the club...

Kat bilik, macam2 cerita keluar dari mulut masing2...perghh aku rasa masa ni lah masa segala depression aku terlepas especially sepanjang aku jadi student IB ni...




Ikut plan, nak balik Sabtu tapi tersangkut sampai Ahad. So, petang Sabtu kitorang berbuka kat Mid Valley sama2 budak2 persediaan Jepun dari UM. (takde dlm gambar)

Me, Pipah, Ann, Nureen, Ou n Tirah

Detik pertemuan yang tak mungkin aku lupakan...hehe~


Menunggu masa berbuka....

Korang memang bes!!! Uia pon bes!!! I wonder, kalau lah aku dok kat Uia, instead of KMS...ermmm....sonok3!!! Masa berpisah masa yang paling perit yang aku rasakan. Rasa cam nak dok ngan korang jek....huhu~ Tapi apakan daya, suratan takdir memisahkan kita. Cewah~~~

Lastly, thanks to you guys sebab sudi terima kitorang jadi tetamu UIA untuk 2 malam tu. I enjoy the moment damn much....


Ya Allah, semoga kehidupan rakan-rakanku ni diberkati-Mu....


Sunday, August 30, 2009

ilalliqa'

Selamat Hari Merdeka kepada seluruh rakyat Malaysia. Sambil jariku menaip ni, mataku sekali-sekala terarah ke kaca tv yang sedang menayangkan sambutan hari kemerdekaan di perkarangan bangunan parlimen. 40 minit ke ek?? Ntah, cam lebeh jek

Pape r, asalkan sambutan tu memberi makna kepada seluruh rakyat Malaysia. Dah 52 tahun, suatu tempoh yang bukan mudah untuk dicapai.

K la gotta go...aku nak bertolak ke Seremban dah... Ohh kembali ke alam pengajian esok!!! Berpisah ngan family!! Tak mahu...

Ilalliqa'....assalamualaikum

laz day??

7 days have passed gone. Meaning that today would b the last uftur home... Aku menantikan sesuatu yang istimewa sebagai meraikan hari terakhirku berbuka di rumah memandangkan esok aku akan dihantar pulang ke kolej. Haruskah?? Ohh sepatutnya aku di dapur, =__=. Tapi takpe r. Mom tak kesah kan?? ngee~

We got a quite heavy shop today, simultaneously my money got drown away. Pagi2 dah pergi supermarket n pasar tani nak cari barang dapur. Waa rajinnya Sara... huhu~ Beli tu beli ni plus kelengkapan pulang ke kolej. Huwa....kenapa semua ini perlu?? Tidak, aku sejujurnya tidak sanggup menyebut hari ini hari terakhirku berada di rumah. In my thought, can I just drop my schooling in KMS?? Wat?? Indicating that Sara isn't gonna fly?? Ohh tidak2... Setiap kejayaan pasti ada pengorbanan kan...well kena ingat tu dalam hati okayy....


كُتِبَ عَلَيۡڪُمُ ٱلۡقِتَالُ وَهُوَ كُرۡهٌ۬ لَّكُمۡ‌ۖ وَعَسَىٰٓ أَن تَكۡرَهُواْ شَيۡـًٔ۬ا وَهُوَ خَيۡرٌ۬ لَّڪُمۡ‌ۖ وَعَسَىٰٓ أَن تُحِبُّواْ شَيۡـًٔ۬ا وَهُوَ شَرٌّ۬ لَّكُمۡ‌ۗ وَٱللَّهُ يَعۡلَمُ وَأَنتُمۡ لَا تَعۡلَمُونَ


......blh jd kamu membenci sesuatu padahal ia amat baik bg kamu, dan blh jd pula kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bg kamu, Allah Mengetahui sdg kamu tdk mengetahui.....
~ Al-baqarah:216

InsyaAllah, parents aku akan hantar aku ke Seremban esok. Ni satu hal lagi, kalau boleh aku tak nak susahkan mom n dad aku tapi nak wat cane, mama volunteer n abah pon nak tak nak jek agreed so aku lagi ar suka...huhu~ Manja nye aku?? Ohh tidak3. Sebenarnya aku tak biasa dihantar ke pintu pagar hostel tanpa mama n abah. Hehe susahkan ada anak macam aku?? Olorh sekali sekala apa salahnya.

Finally, selamat berbuka puasa semua!!!

p/s :: tahun ni 40 minit jek peruntukan masa untuk celebrate hari merdeka...SELAMAT MENYAMBUT HARI KEMERDEKAAN MALAYSIA KE-52

Friday, August 28, 2009

woo lumayan2!!!

GANJARAN PAHALA SOLAT TERAWIKH
MALAM 1 :
Dosanya keluar (hilang) bagaikan ia baru lahir di kandungan ibunya
MALAM 2 :
Dosanya diampuni, begitu pula dosa kedua ibubapanya juga diampuni bila keduanya memang orang mukmin
MALAM 3 :
Dipanggil oleh malaikat dari bawah Arasy seraya mengucapkan " Mulailah beramal kamu sebab Allah telah mengampuni dosamu yang telah lalu".
MALAM 4 :
Diberi pahala yang sama dan pahala orang membaca kitab taurat, injil, zabur dan Al-Quran.

MALAM 5 :
Diberi pahala oleh Allah seperti pahala orang yang melakukan sholat di Masjidil Haram (Mekah) di Masjidil Madinah dan di asjidil Aqsa (Palestin)
MALAM 6 :
Diberi pahala oleh Allah seperti pahala orang yang melakukan tawaf di Baitul Makmur dan batu-batu serta pasir-pasir sama-sama memohon ampun.
MALAM 7 :
Seperti orang yang hidup di masa Nabi Musa dan membantu kepadanya hingga dapat mengalahkan fir'aun dan haman.
MALAM 8 :
Diberi pahala oleh Allah dari segala apa yang pernah diberikan kepada Nabi Ibrahim a.s
MALAM 9 :
Seperti pahala beribadat kepada Allah sebagaimana ibadah yg dilakukan oleh Nabi Muhamad SAW
MALAM 10 :
Diberi kebaikan dunia dan akhirat
MALAM 11 :
Keluar dari dunia seperti pada hari ketika dilahirkan dari kandungan ibu iaitu lahirnya bersih dari dosa
MALAM 12 :
Datang pada hari kiamat dengan mukanya bercahaya dan bersinar bagaikan malam bulan purnama
MALAM 13 :
Datang di hari kiamat dengan aman dari segala kejahatan
MALAM 14 :
Disaksikan oleh para Malaikat kalau dia telah melaksanakan sholat tarawih. Maka di hari kiamat dia tidak akan dilaknat oleh Allah SWT
MALAM 15 :
Dimintakan ampun oleh para Malaikat dan Malaikat yang memikul Arasy dan Kursy
MALAM 16 :
Dituliskan bebas dari Neraka dan ditulis masuk ke Syurga
MALAM 17 :
Diberi pahala seperti pahala para Nabi
MALAM 18 :
Dipanggil para Malaikat : Wahai hamba Allah bahawasanya Allah telah redha kepadamu dan kepada kedua orang tuamu
MALAM 19 :
Diangkat darjatnya ke dalam Syurga Firdaus
MALAM 20 :
Diberi pahalanya para Syuhada' dan Salihin
MALAM 21 :
Dibangunkan rumah dari Nur di dalam Syurga
MALAM 22 :
Kelak di hari kiamatdia akan datang dengan aman dari segala kesusahan dan rintihan
MALAM 23 :
Dibangunkan sebuah kota di Syurga
MALAM 24 :
Diberikan pahala berupa 24 permohonan yang dikabulkan
MALAM 25 :
Dihapuskan siksa kubur
MALAM 26 :
Pahalanya diangkat selama 40 tahun
MALAM 27 :
Dalam melintasi Ash Syirath di hari kiamat kelak bagaikan kilat menyambar iaitu tersangat cepatnya
MALAM 28 :
Allah mengangkat baginya 1,000 darjat
MALAM 29 :
Diberikan pahalanya 1,000 haji ang mabrur
MALAM 30 :
Dipanggil dan dipersilakan oleh Allah " Wahai hambaKu, makanlah buah-buahan Syurga dan mandilah dengan air Salsabil serta minumlah dari telaga Al-Kaulsar. Akulah Tuhanmu dan engkaulah hambaKu. "

p/s :: thnx b, i stole dis from u beb....

Tuesday, August 25, 2009

happy besday dude

Huhu...aku ingin dedikasikan column entry kali ni untuk the one n only adik lelakiku, Muhamad Muazz b Muhamad Hanapi...

Happy besday dude.......

yg ke-16

Semoga kamu makin matang yep...
Belajar leklok...
Dgr kata mama abah...

Monday, August 24, 2009

Harapan Ramadan


Ku mengharapkan Ramadhan
Kali ini penuh makna
Agar dapat kulalui
Dengan sempurna

Selangkah demi selangkah
Setahun sudah pun berlalu
Masa yang pantas berlalu
Hingga tak terasa ku berada
Di bulan Ramadhan semula

Puasa satu amalan
Sebagaimana yang diperintahNya
Moga dapat ku lenturkan
Nafsu yang selalu membelenggu diri
Tiada henti-henti

Tak ingin ku biarkan Ramadhan berlalu saja
Tuhan pimpinlah daku yang lemah
Mengharungi segalanya dengan sabar
Kita memohon pada Tuhan diberikan kekuatan
Ku merayu pada Tuhan diterima amalan

Selangkah demi selangkah...
Dengan rahmatMu oh Tuhanku...
Ku tempuh jua



Bila tiba Ramadan, macam2 reaksi ada:

Ahlan wasahlan ya Ramadhan

Alhamdulillah kalau pintu hati kita terbuka untuk mengucapkan syukur dengan kedatangan Ramadan, tapi yang sedihnya:

Alamak ai, puasa dah ke??

Nauzubillahi minzalik

Aku lupa ar, either hadith or potongan Quran ada menyebutkan
(bunyinya lebih kurang camni ar)

Ada golongan yang semasa puasanya pada bulan Ramadhan, dia tidak memperoleh sesuatu manfaat pun bagi dirinya melainkan lapar dan dahaga.

Persoalan:

Adakah kita termasuk dalam golongan ni??
Sejauh manakah penghayatan kita terhadap kedatangan Ramadhan??

Tepuk dada tanya diri kay...

Aku yakin dan percaya, every single of us tahu bahawasnya:

1. Tatkala tibanya Ramadan, segala pintu neraka ditutup dan segala pintu syurga dibuka
2. Orang yang berpuasa pada bulan Ramadan akan memasuki syurga melalui sebuah pintu yang dinamakan Babul Rayyan
3. Setiap amalan baik yang kita lakukan pada bulan Ramadan akan diganjarkan dengan pahala yang berlipat kali ganda.

Tu tak termasuk Lailatul Qadr lagi di mana Allah janjikan ganjaran seumpama melakukan ibadat selama 1000 bulan

Subhanallah betapa besarnya nikmat yang Allah janjikan kepada umat Islam yang benar2 mencari erti keredhaan-Nya di bulan yang mulia ni. So apa tunggu lagi.
Marilah top-up iman kita, bersama berlumba-lumba melakukan ibadat.
Sesungguhnya, Ramadan itu madrasah tarbiah bagi umat Islam.
Bittaufiq wannajah...



Sunday, August 23, 2009

Layakkah kite digelar bersaudara?

“Umi!!!!” Khalid menjerit nyaring.

Sebaris rumah baru sahaja dihancurkan oleh jentolak di hadapan matanya. Khalid yang bersembunyi di sebalik batu-batu yang ada hampir sahaja menjerit ketakutan, mujur suaranya itu tersekat di kerongkong sehinggalah tentera-tentera kejam itu berlalu pergi. Jika tidak, entahkan hidup entahkan tidak lagi dirinya di muka bumi ini.

“Umi!!!” Khalid menjerit lagi.

Kanak-kanak berusia 6 tahun itu berlari-lari di atas serpihan batu-bata, terpaksa memungkinkan bahawa ibunya ada di situ.Cuaca yang panas terik tidak memberhentikan kakinya daripada terus melangkah, berlari ke segenap penjuru mencari insan yang paling dikasihinya.

“Khalid.. Khalid anak umi…” Suara lembut itu membuatkan kepala Khalid menoleh ke arah sisinya.

Wajahnya yang dibasahi peluh tersenyum senang melihat kehadiran Nur Laili, satu-satunya ahli keluarganya yang masih hidup pada saat itu. Khalid berlari ke arah Nur Laili, Nur Laili mendakapnya senang.

“Umi, Khalid ingat umi dah tinggalkan Khalid macam abi...”

* * *

“Khalid... Mari cepat pergi masjid, sekejap lagi azan ni!” Kedengaran suara Salman Al-Farisi memanggil dari luar rumah.

Khalid yang baru sahaja keluar dari bilik air terkedek-kedek lari mendapatkan bapanya.

“Umi, Khalid pergi dulu..” ucapnya seraya melangkah pergi.

“Abi, kenapa kita kena solat kat masjid? Umi tak pergi masjid pun abi...” Khalid bertanya.

Matanya yang bening memandang tepat ke dalam anak mata Salman Al-Farisi. Salman Al-Farisi menarik nafas panjang.

“Kita kan orang Islam sayang, kita lelaki, lelaki kuat, jadi kena solat kat masjid. Umi tak apa solat kat rumah. Lagipun, bila ramai-ramai orang Islam berkumpul kat masjid, orang kafir pun akan gerun, nampaklah orang Islam ni bersatu, bila bersatu,kita kuat kan sayang?”

Salman Al-Farisi cuba menerangkan seringkas mungkin buat kanak-kanak berusia 6 tahun itu.

“Tapi abi....”

“Kenapa Khalid?”

“Kenapa dulu masjid kosong je.. Sekarang ni baru nampak penuh... Bukankah sekarang ni banyak tentera, kat setiap penjuru ada tentera, dulu tak ada tentera kenapa orang tak sibuk ke masjid?” Penuh ketulusan suara itu bertanya.

Salman Al-Farisi termenung jauh. Tangannya yang memimpin tangan Khalid digenggam seerat mungkin. Bagaimanakah cara terbaik untuknya menerangkan keadaan ummah pada masa kini kepada kanak-kanak sekecil Khalid.

“Khalid... Kalau Khalid dapat apa yang Khalid nak, tapi Khalid degil, tak mahu dengar cakap abi. Tiba-tiba satu hari semua tu abi ambil balik , Khalid hidup susah, baru Khalid rasa betapa bermaknanya kesenangan yang lalu kan?”

Khalid angguk.

“Macam tu jugalah keadaan sekarang ni. Dulu, Allah bagi nikmat banyak sangat. Tapi manusia tak mahu bersyukur malah manusia tak nak dengar cakap Allah. Sekarang ni,bila dah susah baru semua tahu betapa pentingnya sesuatu arahan Allah. Mustahil arahan daripadaNya itu sia-sia.”

“Abi, Khalid tak mahu lawan cakap Allah!”
Khalid bersemangat.

“Ye sayang, Khalid kena jadi macam Khalid Al-Walid. Dia seorang panglima perang yang hebat, dia tak pernah gentar dalam mempertahankan Agama Islam bahkan dia rela mati di jalan Allah” Bersemangat Salman Al-Farisi memberi kekuatan buat si anak kecil.

Satu-satunya anak yang masih tinggal untuk bersama-samanya berjuang di jalan Allah.

“Macam abang-abang?” Khalid bertanya lagi.

Terlalu perit kenangan yang lalu itu untuk dikenang. Anak-anaknya semua berjumlah 5 orang. Kelima-limanya adalah lelaki dan 4 orang daripadanya telah pun syahid di jalan Allah. Biarpun perit, namun Salman Al-Farisi tetap bersyukur kerana mempunyai anak-anak yang bergelar mujahid fi sabilillah!

“Abi.....”

Khalid mula menyorok di belakang Salman Al-Farisi. Lamunan Salman Al-Farisi terhenti. Matanya tertancap,melihat objek-objek yang bergerak di hadapannya. Kelihatan beberapa orang tentera berlegar-legar dengan senapang di sisi. Salman Al-Farisi memandang Khalid di sisi yang ketakutan.

"Allah... lindungilah anak yang tidak berdosa ini.."

Salman Al-Farisi mendukung tubuh kecil Khalid dan melangkah gagah menuju ke masjid yang berada beberapa langkah lagi di hadapannya. Khalid menangis semahunya di bahu abi tercinta.

* * *

Pom! Pom!

Bunyi ledakan peluru membantutkan konsentrasi seluruh jemaah yang sedang bersolat. Khalid terpaku melihat beberapa baris jemaah yang telah pun rebah ke bumi akibat ditembak ketika sedang bersolat. Sebentar sahaja, dan tentera-tentera kejam itu pun pergi meninggalkan mayat-mayat bergelimpangan di dalam masjid. Khalid mula tidak keruan. Di mindanya tergambar wajah abi tercinta. Khalid mundar-mandir. Satu persatu wajah para syuhada’ yang berada di lantai masjid di tatapnya. Dan...

“Abi!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!” Khalid meraung.

Wajah insan yang amat disayanginya berada di situ. Kepala Salman Al-Farisi berlubang ditembusi peluru. Darah yang berwarna merah pekat mengalir membasahi separuh mukanya.Mengerikan.

“Abi... Kenapa tinggalkan Khalid...”

Pandangan Khalid mulai kelam dan Khalid rebah di situ.

* * *

“Umi...” Khalid bersuara dalam sendunya yang masih berbaki.

Nur Laili yang asyik mengelamun tersentak.

“Ya sayang..” Tangan yang mampu menggoncang dunia itu mengusap lembut kepala Khalid. Penuh kasih.

“Kenapa negara Islam yang lain tak bantu kita?”

Nur Laili terdiam, terpegun dengan pertanyaan si anak kecil yang dimatangkan dengan kesusahan hidup, kengerian peperangan,melarat tanpa insan bergelar ayah di sisi.

“Mereka bantu sayang, mereka beri duit, makanan..”

“Tapi umi, Khalid nak senjata! Khalid nak lawan tentera-tentera yang zalim tu!”
Nur Laili tersentak sekali lagi.

“Umi...” Perlahan, Khalid memanggil.

“Ya sayang...”

“Adakah mereka mendoakan kita?”

“Siapa?”

“Semua orang Islam. Orang Islam semua bersaudara, kan umi?”
Nur Laili terdiam.

Kepetahan Khalid membuatkan jiwanya bergelora. Ya Allah, adakah kami berada dalam ingatan saudara-saudara kami yang sedang hidup dalam kesenangan sekarang?

“Umi...” Khalid memanggil lagi.

“Ya...”

“Tidak malukah mereka apabila ditanya di Padang Mahsyar nanti apa yang mereka telah lakukan untuk saudara mereka yang berada dalam kesusahan seperti kita?”

“Siapa?”

“Semua orang Islam. Orang Islam semua bersaudara, kan umi?”

Nur Laili diam.

“Umi..”


“Ya nak..”

“Apa yang telah mereka lakukan untuk kita?”


Khalid yang selesa berada dalam pelukan seorang wanita bergelar umi menggenggam erat tangan wanita solehah itu.

“Siapa?”

“Semua orang Islam. Orang Islam semua bersaudara, kan umi?”
Ayat yang sama diulang-ulang oleh anak kecil itu.

Mata Nur Laili mula digenangi air.

“Umi tidak tahu sayang...” Oh Allah... Masihkah kami layak bergelar saudara. Nur Laili berbicara dengan hatinya.

“Umi...”

“Ya sayang...”


Nur Laili mengucup penuh kasih dahi anak kecil itu. Khalid tidak seharusnya merasai suasana seperti ini, terlalu kejam buat dirinya.

“Umi... Abi pernah kata kalau perang, seharusnya mereka berperang dengan tentera sahaja, bukan orang awam macam kita. Betulkah umi?”

“Ya sayang..”


“Jadi mengapa kita digelar pengganas umi?”


Nur Laili tidak mampu lagi menahan air matanya daripada tumpah. Setitik demi setitik, dia tidak tahu mengapa mereka digelar pengganas. Mungkinkah faktor media massa atau apa? Itu semua dia tidak kisah tapi mengapa ada juga segelintir umat Islam yang mengatakan mereka pengganas? Tidakkah mereka tahu keadaan saudara mereka ketika ini.

“Kenapa umi menangis?”

Khalid yang merasa titisan air mata jatuh ke atas kepalanya lantas bangun dan mengelap air mata itu.

“Umi, di padang Mahsyar nanti, air mata ini bakal menjadi saksi buat saudara-saudara kita yang diam, membisu tanpa memberi bantuan,kan umi?”

Nur Laili angguk.

Pom!

Ledakan peluru itu tepat mengenai dada Nur Laili. Khalid terperanjat. Ini merupakan kali kedua insan kesayangannya rebah di hadapan matanya. Khalid menangis. Tangannya yang kecil menggoncang-goncang tubuh Nur Laili yang kaku. Sekejap sahaja, tangannya merah dibasahi darah umi tercinta.

“Umi, siapa lagi yang akan menerangi malam Khalid...”

Tentera-tentera kejam itu mara menghampiri Khalid. Senapang diacukan ke kepala kanak-kanak kecil itu. Khalid memandang dengan perasaan amarah kerana maruah dia dan keluarganya telah dirobek-robek. Dia tidak lagi gentar. Batu di sebelahnya di genggam kemas, dan..

“Aku mahu jadi seperti Khalid Al-Walid. Allahu akbar!!”

Khalid bangun dan melontar batu itu ke arah tentera yang hampir dengannya. Serentak dengan itu juga bunyi ledakan peluru kedengaran lagi,tepat menembusi kepala Khali.Khalid rebah di samping uminya.

“Umi.... Kita dapat jumpa abi dan abang-abang nanti...”

Dan mata Khalid terpejam jua, untuk selamanya.

sumber: iluvislam

Marilah kita bersama-sama renungkan, fikirkan sejenak. Apakah bentuk bantuan yang kita hulurkan kepada mereka. Adakah kita mendoakan kesejahteraan mereka tatkala menadah tangan ke langit memohon bantuan-Nya. Adakah kita layak digelar bersaudara?? Subhanallah.....

Saturday, August 22, 2009

Perkara sunat di bulan Ramadan

1. Menyegerakan berbuka puasa

2. Berdoa ketika berbuka puasa

3. Bersahur dan melewatkan waktunya

4. Memperbanyakkan sedekah dan berbuat kebajikan

5. Meninggalkan perkara keji dan mungkar

6. Memperbanyakkan membaca Al-Quran dan menuntut ilmu

7. Menghidupkan malam Ramadhan dan mendirikan solat Terawikh

8. Memperbanyakkan berdoa kepada Allah SWT

9. Meningkatkan ibadah pada 10 malam terakhir Ramadhan

10. Iktikaf di masjid

Rasulullah S.A.W. sangat menggalakkan sembahyang Tarawih. Abu Hurairah berkata; “Rasulullah S.A.W. sangat menggalakkan sembahyang tarawih sekali pun beliau tidak mewajibkannya.” Beliau bersabda: “Sesiapa yang mengerjakan Qiyamu Ramadan semata-mata kerana iman dan mengharap ganjaran dari Allah, maka diampuni dosa-dosanya yang lampau.” Qiyamu Ramadan ialah menghidupkan malamnya dengan mengerjakan sembahyang.

Aisyah r.a. berkata; “Rasulullah s.a.w mengerjakan sembahyang tarawih di masjid, kemudian ramai sahabat-sahabat yang mengikutnya. Pada malam berikutnya baginda S.A.W. mengerjakannya lagi di masjid, sahabat-sahabat yang datang pun semakin ramai. Pada malam ketiga sahabat-sahabat berkumpul di masjd menunggu kedatangan Rasulullah S.A.W. tetapi beliau tidak hadir. Besok paginya Rasulullah berkata kepada mereka; “Sesungguhnya aku melihat sambutan kamu. Sebenarnya aku tidak datang pada malam itu hanya kerana takut sembahyang itu diwajibkan ke atas kamu.” Dan peristiwa itu terjadi pada bulan Ramadan.


Friday, August 21, 2009

Home is waiting 4 me~

Ahlan wasahlan ya Ramadhan....



1 Ramadhan aq balik rumah!!! 2 kegembiraan yang aq alami sekarang... Menemui Ramadhan sekaligus bertemu dengan keluarga yang amat2 dirindui. Aq di Terminal 2 menunggu kedatangan bas yang akan membawa jiwa dan jasadku ke Kuantan. Balik~

Sesungguhnya terdapat 2 kegembiraan bagi umat Islam yang berpuasa pada bulan Ramadhan:
1. Kegembiraan semasa berbuka
2. Kegembiraan semasa bertemu dengan maha Pencipta

Marilah kita bersama-sama mengisi Ramadhan kali ini dengan ibadat dan pengisian yang lebih baik untuk menjadikan diri kita makhluk-Nya yang lebih baik.

Semoga perjalanan pulangku diberkati-Nya....

Monday, August 3, 2009

Luv uuu....

Ee cam gatal jek tajuk entry ni...EwWw....

Kamu dan kamu...jangan perasan ok....

I want to throw this wish to my luv mama n abah, as well as my bro n sis. Becoz?? Sebab datang melawat orang yang kesepian kat KMS ni....

We went around to Seremban kat Terminal 1, having a heavy shopping kat Parkson...lol got a new shirt, spent a night kat Nilai, rumah Kak Na. Again, had a shopping kat Nilai. Perghh frank saying, I luv the circumstance, buying this n that. Duit melayang sini n sana. Waa.... Sara bukan kedekut lagi. Sebab guna duit abah....sayang abah...muahh

I enjoyed the moment deadly, infinitely, crazily. Thanks to u mom, dad sebab berkorban masa n tenaga to pay me a visit. I appreciate that so much!!!!

Friday, July 31, 2009

Gumbira??

Today we got photographic session... The reason?? I donno...Above are Ra'an, Jian n me. Thinking of look more matured. Well, don't I?? Huhu.... Photographic was at the orange house. Wanna know, search with ur own hand.

Becoming doctors n dentists.....


Doktor n dentist yg bakal menggegarkan dunia....

Why should we be in this way???
Huwa...aq memberontak dalam hati.
Nasib baik gambar aq tak nampak...pheww
Macam kanak2 tadika Tunas Pintar tempat aq keje dulu jek...
Tak mau dahhhh...



Aq gumbira....esok my dad, mom, sis n bro are coming....Counting for the moment

p/s: patutnya nak print kat labcom ni, last2 blogging la...nasib la kan nak wat cane dah terOPPs kat sini...Printer pun satu, ngekngok r...Nak beli my own printer leh?? Boleh laa....

Tuesday, July 21, 2009

Out ....

Lame gile tak update blog...rindu tak tertanggung rasanya...hehe

Last week, aq n batch aq telah dihantar ke Hotel Sri Alam, Gombak for 2 nights untuk satu program jati diri simultaneously dengan English Carnival untuk Kolej-kolej MARA. My college was the host.

Pengalaman, aq tak pandai transform dalam bentuk kata-kata, so photos perhaps can portray everything....
But this is just a piece of the moment, not much sebab tak sempat nak snap...

There's a moment when seniors of IB both from KMB n KMS were called to give talk about their experience. Sangat bes. At night, ada program quite like muhasabah. Perghh mengalir aq kejap...eh kejap je ke?? InsyaAllah, aq akan aplikasikan semua ilmu yang aq dapat daripada program tu...Amiin.....kami bakal doktor...huhu~


me, mai, ra'an n tiqa...

The next day, N9 cuti sebab Israk Mikraj, so aq ambik kesempatan tu untuk jalan2 sekeliling Seremban....jalan kaki beb...


mcm kat overc x??ngeh3

Tuesday, July 7, 2009

A week ago..~

It has been a week this beloved blog of mine isn't updated. And as well, along the period, my family is left home without me. The fundamental reason, NO WIRELESS at hostel of KMS. Hua..... :( Almost killed me, I firstly couldn't imagine how will my life be. Orientation week?? ~Ok tukar bahasa~ Keputusan aq membenci minggu orientasi memang ternyata keputusan yang tepat sebab orientasi KMS bosan!!! Honestly, ada yang ok n ada yang quite boring. But major of it, the second choice. Tapi group 1 sangat gempak...huhu~


Aq ditempatkan di Blok Balkis (formerly known as Burhanudin, used to be boys' lodge) There are 3 of us in a room. Dan blok ni ialah blok yang paling jauh dari bangunan akademik, tapi dekat dengan dewan selera n surau. So kat sini aq nak konklusikan, terdapat 3 kemungkinan bila aq dok kat blok ni. First, spare tyre aq makin bertambah hari ke hari sebab dekat dengan DS. Second, spare tyre berkemungkinan jugak akan susut sebab aq akan exercise sebelum masuk kelas sebab jarak blok dengan bangunan akademik adalah kira2 1 km ~ok tu mengarut~ N lastly, tahap kerajinan untuk ke surau akan insyaAllah akan semakin bertambah sebab lokasi blok dengan surau sangat dekat...Alhamdulillah....

Kat sini, xMRSM sangatlah ramai dan xSBP sangatlah boleh dibilang dengan jari...eh yeke?? That's under my personal observation. Ada orang kata, bila sampai di tempat baru, carilah kawan yang betul. Alhamdulillah aq dikellilingi rakan2 yang insyaAllah dapat membantu sepanjang perjalanan hidup aq di sini.

But after all, KMS sangat bes.......

Doakan aq yerp...

p/s : aq kat library currently, n org lain sme stdy xcept me...huhu~ Esok aq akan memulakan perjalananku sebagai truely IB student, insyaAllah