Saturday, August 27, 2011

Still Ramadan

Dah 27 hari.

Dan, kita masih di bulan Ramadan. Ada masa lagi untuk kita manfaatkan sisa-sisanya.
Pesanan untuk diri-sendiri, jangan terlalu excited nak tunggu ketibaan Syawal seolah-olah kedatangan Ramadan disambut hanya untuk dinanti pemergiannya.


Abu Huraira related that Rasulullah said: Many people who fast get nothing from their fast except hunger and thirst, and many people who pray at night get nothing from it except wakefulness (Darimi).


Nauzubillahi minzalik, semoga kita bukan dalam kalangan yang hanya berlapar dahaga tapi tak dapat apa2. 





Subhanallah !



Monday, August 22, 2011

Aku dah dewasa

Assalamualaikum !
Alhamdulillah dah masuk 23 Ramadan. Masuk mode kejar Lailatul Qadr and pada masa yang sama masuk mode buat biskut raya. 

Harini, aku dah dewasa, huh. By the way, istilah 'dewasa' hanya boleh digunakan oleh orang-orang yang pandai buat biskut raya sahaja. Maka harini aku dah dewasa sebab dah berjaya menghasilkan sejenis biskut raya bernama tat nenas. 

1/2 cawan mentega
1/2 cawan marjerin
1/4 cawan gula halus


2 biji telur kuning

1/2 cawan tepung kastard
1/2 cawan tepung kek
2 cawan tepung gandum


Mesin penguli yang digunakan.


Adunan akan keluar melalui lubang ni.

Tengok mama potong-potong adunan tu. Yang ni first trial.

Masukkan jem nenas, gulung-gulung, done! 

"As easy as ABC !" kata Sara seorang diri. Beliau berkata dengan yakinnya selepas gagal dalam first trialnya. Punca kegagalan first trial adalah disebabkan beliau telah memasukkan 5 BIJI TELUR TERMASUK TELUR PUTIH. Eh capslock bukan tanda anda harus menggunakan 5 biji telur. Jangan ! 2 biji telur kuning sahaja. 

Lepas TERbubuh 5 biji telur, kena marah dengan mama pastu mogok 2 3 jam taknak tolong mama masak untuk berbuka. Pastu kena marah lagi sebab mogok. Mama garang !

Haih apalah nasib aku asyik kena marah. 

Pastu lepas berbuka puasa, try makan tat first trial tu. Pastu sakit gigi sebab tat first trial keras. GILA ! Pastu aku rasa loser. Pastu aku tekad nak try lagi esoknya. Pastu, harini aku buatlah tat second trial. Pastu, TAT NENAS SECOND TRIAL MENJADI DENGAN JAYANYA. 

Pastu pastu ? 

AKU BANGGA LAH !! Aku dah dewasa rupanya.



***Buat biskut raya ni salah satu faktor nak jadi dewasa. Many other factors contributing. Kalau perah santan pun failed, takyah perasan dewasa. Gulp !

Wednesday, August 17, 2011

Nuzul Quran

Salam Nuzul Quran. - 17 Ramadan

Do we really remember this date atau hanya teringat apabila ada public holiday ?

Jom tanya iman kita.






17 Ramadan tahun 41 keputeraan Nabi Muhammad bukan tarikh sebuah Quran diturunkan tapi tarikh penurunan ayat Quran yang pertama. - Peringatan untuk yang tak ingat, kot kot lah dah lupa. Semak textbook SPM balik.

Quran ialah kitab warisan junjungan Nabi Muhammad SAW, mengandungi ilmu dan panduan hidup yang diturunkan Allah untuk kita. Untuk KITA bukan untuk Rasulullah sahaja. Tapi dalam satu hari, berapa kali kita selak page Quran? Ok kita reduce, dalam satu minggu, berapa kali kita selak page Quran? Kalau seharian tak bukak facebook, kita resah (aku lah tu) adakah kita jugak akan resah apabila seharian tak pegang Quran? Jom tanya iman kita sekali lagi.

Kalau diimbas semula sirah para sahabat, kita dapat tengok betapa tegarnya perjuangan mereka dalam usaha mengumpul dan membukukan Quran. MasyaAllah. 
Tapi kita, ada sesetengahnya tegar biarkan Quran only to be displayed dalam almari-almari perhiasan. Ayat-ayat Quran yang digantung di dinding-dinding sekadar untuk menimbulkan atmosphere rumah orang Islam tapi tak pernah jeling pun ayat apa yang di-display tu. 

“Sesungguhnya orang-orang yang beriman ialah mereka yang bila disebut nama Allah gemetarlah hati mereka, dan apabila dibacakan ayat-ayat-Nya bertambahlah iman mereka (karenanya), dan hanya kepada Tuhanlah mereka bertawakkal. (Yaitu) orang-orang yang mendirikan shalat dan yang menafkahkan sebagian dari rizki yang kami berikan kepada mereka. Itulah orang-orang yang beriman dengan sebenar-benarnya. Mereka akan memperoleh beberapa derajat ketinggian di sisi Tuhannya dan ampunan serta rizki (nikmat) yang mulia.” (QS Al-Anfal [8]: 2-4)

Teringat pesanan Ustaz Radzi di surat al-Furqan, KMS dulu :

"Kalau boleh, takyah lah baca Quran yang kecik-kecik ni (sambil tunjuk-tunjuk kat Quran tafsir kitorang) tapi gunalah Quran yang besar-besar tu, takdelah sakit mata nak baca huruf kecik-kecik. Kemudian, kalau nak pilih Quran kat surau ni, pilih yang agak-agak dah buruk dan baca Quran yang berlainan setiap hari, bertukar-tukar. Jangan dk baca Quran yang sama je. Semakin banyak Quran yang kita baca, semakin banyak bukti kita baca Quran pada hari kiamat nanti. Sama jugak macam solat. Di surau, solatlah di tempat yang berbeza-beza, jangan dok kat tempat yang sama je (favourite spot). Makin banyak bukti kita tunduk menghadap Allah  nanti"   

- Lebih kurang lah kata-kata Ustaz Radzi. 

Terima kasih ustaz. Ohh rindu kelas Quran tu walaupun hanya berkesempatan hadir beberapa kali.


Kata-kata Ustaz Sofi pulak :

"Ustaz nak kamu hafaz surah Yasiin dan Sajdah ni sekadar sebagai bekalan kamu bila di luar begara nanti. At least adalah jugak surah-surah yang panjang sikit yang kamu ingat yang tak perlu bukak Quran apabila nak baca"

Bebelan ustaz masa some of us lambat tasmi'. Hee. Apapon, terima kasih ustaz. Ayat tu memang saya takkan lupa, insyaAllah.


So jom pertingkatkan amalan baca Quran kita !!

Monday, August 15, 2011

Darah B

Aku ekstrak sebahagian daripada entry cik Fab.
Entry ni khusus untuk yang berdarah type B je, haa kau yang bukan darah type B pergi kat link cik Fab. 
Aku tak berani nak menyatakan kesahihan fakta ni, tapi ada jugaklah fakta yang memang terkena batang hidung aku yang mancung ni. 
Jenis Darah B adalah Pemburu (Hunters)
Mereka berdarah B adalah golongan yang periang, memiliki semangat dan aura personaliti yang kuat dan tersendiri. Dalam waktu yang sama, mereka tidak menghiraukan apa orang lain fikir tentang mereka dan liar. Mereka boleh menjadi sangat lemah, pemalas dan kurang sabar. Namun, mereka juga sangat bersungguh-sungguh (passionate) dengan apa yang mereka mahukan.
Peribadi Asas:
Pantas membuat keputusan, boleh menjadi sangat fleksibel, tidak kisah pada peraturan, menghormati penemuan sains dan perkara praktikal.
Kadar Toleransi:
Mengekalkan sepenuh minat pada apa yang mereka lakukan, kelihatan tidak sabar, tidak sukakan kerja yang berulang.

Bagaimana mereka melihat masa hadapan dan masa lampau:
Sukar melupakan hubungan terkini tetapi mudah melupakan kenangan masa silam.
Bagaimana mereka menggambarkan perasaan:
Seorang yang ‘expressive’, ‘cool’ dan bersifat objektif, walaupun selalu bergurau tetapi boleh menjadi sangat pemalu, cepat menukar ‘mood’ seperti cuaca, tidak boleh berhenti merungut apabila mereka kecewa.
Bagaimana mereka bekerja:
Kreatif dan memiliki idea baru, tidak boleh membezakan kerja dan hobi, sukar menerima arahan, tidak gentar mencadangkan perubahan yang inovatif dan tidak takutkan kritikan.
Mereka yang berdarah B juga, adalah Sempoi! Itulah ungkapan yang paling rapat dengan anda. Anda lebih selesa dengan kesederhanaan.

Dalam perhubungan pula anda adalah individu yang terlalu jujur dan lebih gemar berterus terang dalam apa jua perkara. Dalam melaksanakan sesuatu tugasan yang diberikan, anda lebih gemar melaksanakannya dengan cara anda sendiri.

Anda adalah individu yang kreatif dan fleksibel, mudah bagi diri anda untuk meletakkan diri sendiri dalam apa jua situasi mahupun kelompok golongan tertentu.

Anda adalah individu yang bijak bersosial. Namun ada kalanya sikap anda yang gemar berdikari dan tidak gemar meminta bantuan orang lain itu, mampu mendatangkan masalah buat diri anda dan sekali gus memperlihatkan kelemahan pada diri sendiri. Anda harus ingat bahawa, tidak semua perkara kita boleh menyelesaikannya secara bersendirian.

Komen :
Yang aku highlight tu yang paling obvious kot. Yang bab-bab perhubungan @ relationship, sila letak ke tepi sebab aku tak berapa minat nak tahu. Yang lain-lain ada yang betul ada yang macam karut. Apapun, people around yang judge. 
Nak tahu lagi ? Click here

Saturday, August 13, 2011

Sarang tebuan ke ni?

Ingat lelaki je ada fesyen rambut sarang tebuan? Perempuan pun ada.
Haa comel kan makcik ni. 

“Dua golongan di kalangan ahli neraka yang tidakkan aku pandang iaitu kaum yang bersama mereka cemeti seperti ekor lembu yang dengannya digunakan memukul orang lain dan wanita-wanita yang berpakaian bagaikan bertelanjang yang condong kepada maksiat dan menarik orang lain untuk membuat maksiat. Sanggul dikepala mereka ditusuk tinggi-tinggi seperti bonggol unta yang sangat lemah. Mereka ini tidak akan masuk syurga dan tidak akan mencium baunya sedangkan sesungguhnya bau syurga itu sudah boleh dicium dari jarak demikian dan demikian.”(Riwayat Muslim).

Bila nak post entry tu, haruslah ada motif dan pencetus. Maka pencetus entry yang bertuah kali ini ialah :


Wah inilah model Muslimah sejati. Syabas !


Thursday, August 11, 2011

Mama garang

Entry kali ni agak pointless, eceh eceh macam previous entries point-full je.


Hari-hari online. Bila dah online, bukan reti nak mengadap 30 minit je, mesti nak mengadap laptop paling kurang 3 jam apabila sekali switched on. Ditambah lagi dengan kawan-kawan alam maya yang tak berapa nak maya rajin melayan. 


Alkisah satu hari, main skype dengan Tirah. Making thing more exciting, Shura cucuk jarum suruh add skype dia, pastu buat video conference yang trial 7 hari tu. Kebetulan Nureen pun online, angkut dia sekaki. Maka terjadilah video conference ala-ala merentas negeri seluruh Malaysia. Kira macam reunion dorm Rabiatul Adawiyah zaman sekolah yang tak cukup ahli. Wah rindu !

Entry ni sebenarnya aku post bertujuan untuk put a blame on Tirah sebab telah menyebabkan aku kena marah dengan mama 2 hari lepas. Pukul 1 petang baru ajak skype padahal pukul 2 aku sepatutnya keluar dengan mama nak selesaikan urusan di Jabatan Hasil Dalam Negeri. In the meantime, gambar passport pun belum print out, padahal rancangannya nak pos dokumen tu petang itu jugak. Aku nak log out, dia tak bagi. Tahu lah rindu, ngah3. Kesudahannya, urusan dokumen tak settle. 

"Tirah memang nak kena !" 

Ok tak. Bukan salah Tirah. Salah mama sebab garang sangat. 


Ni bukan mama, ni Fikriyyah.

Mama memang garang pun. I know she impossibly reads this so I dare to write. Hee. In other word, she's strict. Takkan tangguh sesuatu urusan, mesti nak cepat-cepat selesai, tak kisah lah nak kena rushing pun. Malangnya, dapat anak yang suka tangguh-tangguh kerja dan selalu pandang remeh sesuatu urusan. 

Ohh maknanya, aku lah yang salah ni? Ok fine!


Haa kan dah cakap entry ni pointless.

Friday, August 5, 2011

Medical check up II

Entry haruslah ada II sebab kali kedua buat medical check-up secara serius.

"Assalamualaikum semua. Bagaimana puasa anda? Ada yang ponteng-ponteng?" cakap dalam nada macam Pak Eko. Ok yang ni Fiq jek yang tahu.

Semoga Ramadan dan amal ibadat di dalamnya yang kita kerjakan diberkati dan diterima hitungan oleh-NYA. InsyaAllah, apa yang penting IKHLAS. 

“Daripada Amirul Mukminin Abu Hafsin 'Umar ibn al-Katthab r.a. beliau berkata: Aku mendengar Rasulullah SAW bersabda:
Bahawa sesungguhnya setiap amalan itu bergantung kepada niat, dan bahawa sesungguhnya bagi setiap orang apa yang dia niatkan. Barangsiapa yang hijrahnya menuju kepada Allah dan RasulNya, maka hijrahnya kepada Allah dan RasulNya. Barangsiapa yang hijrahnya kerana dunia yang dia mahu mencari habuannya, atau kerana seorang perempuan yang dia mahu kahwininya, maka hijrahnya ke arah perkara yang ditujuinya itu.


Disebabkan dipaksa oleh pihak tajaan MARA, aku dengan ikhlas telah menjalani satu lagi sesi medical check-up di Klinik Farabi pada Ramadan ke-2 lepas. Seperti biasa, x-ray adalah salah satu sesi wajib. And seperti biasa, aku dingorat diperiksa oleh seorang pekerja di klinik tersebut. Haruslah dicek oleh pekerja di klinik tu, takkan Tirah pulak, yedok? 

Amboi !

Ok sesi geli-geleman bermula di sini, tatkala si pekerja x-ray tu bukan Tirah telah dipertanggungjawabkan untuk mengecek tulang-temulang aku. Sebelum tulang-temulang dicek, badan haruslah berada dalam posisi yang tepat. Untuk memastikan badan berada dalam posisi yang tepat, si pekerja itu haruslah membetul-betulkan badan aku. Ohh lupa nak bagitahu, si pekerja tu adalah seketul LELAKI bukan muhrim ! Maka dapat disimpulkan bahawa seketul LELAKI bukan muhrim telah memegang badan aku pada 2 Ramadan termasuk pinggang aku yang ramping ini. Sila rasa geli. 


Tambah menyakitkan hati, lelaki tu berkata, "Dik, senyumlah sikit". Hurm tu kata-kata paling sensitif yang aku pernah terima daripada seketul lelaki seumur hidup! Panas panas ! 

Ok aku tahu ramai lagi yang senasib dengan aku di luar sana maka aku cadangkan kita buat memorandum pengecualian x-ray dalam medical check-up, maka bolehlah jimat RM30. Amacam?


Next next next, then tibalah masa nak buat blood test. Sekali lagi, seketul m.a. LELAKI yang buat kerja tu. Dia tekan-tekan bahagian pelipat kat siku tu *ala tak reti nak describe la bendape tu kau imagine sendiri lah* mengharapkan supaya vein aku timbul kat situ. Tapi maaflah, vein aku ni pemalu macam aku maka tak nampak. Then, dia suruh aku pergi kat cawangan klinik satu lagi so doktor boleh cari vein yang tak nampak tu. 

Darah tak boleh diambil ketika mana seorang itu berpuasa maka blood test dijalankan pada waktu malam. Selepas selesai bertarawih, aku terkocoh-kocoh sama parents pergi ke klinik untuk buat blood test. Doktor tu dapat kenalpasti satu vein yang agak besar di lengan kiri lalu beliau membenamkan syringe ke lengan aku. Sebelum ni aku buat baby shot je.


"Wuargh kejamnya doktor ni" kataku dalam hati, "Laju jugak darah kamu ni" kata doktor tu. Maka cylinder syringe tu penuh dengan darah aku. Nak cakap sesuatu tapi aku segan. Takpe, jangan segan.

AKU RASA MACAM NAK PITAM BILA TENGOK DARAH !!

Macam mana nak jadi doktor? Tension!

Tambah tension bila doktor kata, "Kandungan gula dalam badan kamu ni tinggi sikit" Haruslah tinggi sebab aku melantak kuih-muih yang manis and air haruslah bukan air masak. 

All in all, everything went well, report kesihatan dah keluar dan tiada yang merisaukan. Alhamdulillah.

All the best to geng-geng India-bound yang sedang men'settle'kan dokumen berselirat tu =) =)

Tuesday, August 2, 2011

Selamat datang


Still not late to wish ahlan wasahlan ya Ramadhan. 
Tak sempat nak sambut kedatangan Ramadan through blog since the days were busied with MARA-document-thingy. A lot to be settled. 

Subhanallah walhamdulillah kerana dikurniakan sekali lagi peluang untuk menghembuskan nafas di bulan mulia Ramadan al-mubarak. Kita tak tahu bila  Ramadan terakhir kita, so let's grab this chance to make the month filled with deeds.

Narrated Abu Huraira: I heard Allah's Apostle saying regarding Ramadan, "Whoever prayed at night in it (the month of Ramadan) out of sincere Faith and hoping for a reward from Allah, then all his previous sins will be forgiven."  

Bulan Ramadan kali ni bukan sahaja akan sibuk dengan amal ibadat (insyaAllah) malahan akan sibuk dengan urusan ke seberang laut.

Btw, hari Khamis lepas, diadakan graduation ceremony of IB batch 5 KMS di Royale Bintang Hotel, Seremban. It was a really nice time to see friends since it seemed to be the last moment I could meet my classmates, roommates, neighbours, coursemates etc etc before everybody got on board to our respective destinations.


And directly after the ceremony, I rushed to MARA headquarter to receive a set of documents regarding the procedures to fly off. Well, to describe it in a sentence, 'saya penat menguruskan hal-hal formal seperti ini'. Perjanjian itu ini yang perlu dibaca, banyak borang yang perlu diisi dan mencari-cari penjamin yang rela merisikokan diri. Belum masuk bab medical check-up, birth certificate yang perlu di'translate' later disahkan di Wisma Putra dan academic certificate yang belum diterima daripada IBO. Gonna go 'ulang-alik' to KL for a few more times, perhaps, includes attending pre-departure programs by MARA in some time. 

Kedengaran mengeluh tapi tidaklah, I assume this as a tiny challenge that will be certainly faced by those who already accepted the challenge studying overseas. 

Tak sabar nak tunggu geng India-bound dapat dokumen tu, boleh bincang sama-sama nak jawab apa untuk soalan :

Adakah tuan pernah menjadi ahli Parti Komunis Malaya atau sebarang Parti Komunis di sebarang negeri lain?

Adakah tuan pernah berkawan rapat dengan seseorang yang tuan ketahui adalah atau pernah menjadi seorang komunis atau seorang yang bersimpati dengan komunis?

... dalam borang soalan keselamatan.

Kadang-kadang soalan dalam borang-borang tu akan buat aku tersenyum sendirian. Ewah.


Semoga Allah permudah segala urusan. Selamat berpuasa !