Ya Allah, sesungguhnya kami memohon kesejahteraan agama kami dan kesihatan yang baik pada jasad kami dan ilmu yang bertambah serta rezeki yang berkat.
Sunday, August 30, 2009
ilalliqa'
Pape r, asalkan sambutan tu memberi makna kepada seluruh rakyat Malaysia. Dah 52 tahun, suatu tempoh yang bukan mudah untuk dicapai.
K la gotta go...aku nak bertolak ke Seremban dah... Ohh kembali ke alam pengajian esok!!! Berpisah ngan family!! Tak mahu...
Ilalliqa'....assalamualaikum
laz day??
We got a quite heavy shop today, simultaneously my money got drown away. Pagi2 dah pergi supermarket n pasar tani nak cari barang dapur. Waa rajinnya Sara... huhu~ Beli tu beli ni plus kelengkapan pulang ke kolej. Huwa....kenapa semua ini perlu?? Tidak, aku sejujurnya tidak sanggup menyebut hari ini hari terakhirku berada di rumah. In my thought, can I just drop my schooling in KMS?? Wat?? Indicating that Sara isn't gonna fly?? Ohh tidak2... Setiap kejayaan pasti ada pengorbanan kan...well kena ingat tu dalam hati okayy....
......blh jd kamu membenci sesuatu padahal ia amat baik bg kamu, dan blh jd pula kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bg kamu, Allah Mengetahui sdg kamu tdk mengetahui.....
InsyaAllah, parents aku akan hantar aku ke Seremban esok. Ni satu hal lagi, kalau boleh aku tak nak susahkan mom n dad aku tapi nak wat cane, mama volunteer n abah pon nak tak nak jek agreed so aku lagi ar suka...huhu~ Manja nye aku?? Ohh tidak3. Sebenarnya aku tak biasa dihantar ke pintu pagar hostel tanpa mama n abah. Hehe susahkan ada anak macam aku?? Olorh sekali sekala apa salahnya.
Finally, selamat berbuka puasa semua!!!
p/s :: tahun ni 40 minit jek peruntukan masa untuk celebrate hari merdeka...SELAMAT MENYAMBUT HARI KEMERDEKAAN MALAYSIA KE-52
Friday, August 28, 2009
woo lumayan2!!!
p/s :: thnx b, i stole dis from u beb....
Tuesday, August 25, 2009
happy besday dude
Monday, August 24, 2009
Harapan Ramadan
Kali ini penuh makna
Agar dapat kulalui
Dengan sempurna
Selangkah demi selangkah
Setahun sudah pun berlalu
Masa yang pantas berlalu
Hingga tak terasa ku berada
Di bulan Ramadhan semula
Puasa satu amalan
Sebagaimana yang diperintahNya
Moga dapat ku lenturkan
Nafsu yang selalu membelenggu diri
Tiada henti-henti
Tak ingin ku biarkan Ramadhan berlalu saja
Tuhan pimpinlah daku yang lemah
Mengharungi segalanya dengan sabar
Kita memohon pada Tuhan diberikan kekuatan
Ku merayu pada Tuhan diterima amalan
Selangkah demi selangkah...
Dengan rahmatMu oh Tuhanku...
Ku tempuh jua
Bila tiba Ramadan, macam2 reaksi ada:
Ahlan wasahlan ya Ramadhan
Alhamdulillah kalau pintu hati kita terbuka untuk mengucapkan syukur dengan kedatangan Ramadan, tapi yang sedihnya:
Alamak ai, puasa dah ke??
Nauzubillahi minzalik
Aku lupa ar, either hadith or potongan Quran ada menyebutkan
(bunyinya lebih kurang camni ar)
Ada golongan yang semasa puasanya pada bulan Ramadhan, dia tidak memperoleh sesuatu manfaat pun bagi dirinya melainkan lapar dan dahaga.
Persoalan:
Adakah kita termasuk dalam golongan ni??
Sejauh manakah penghayatan kita terhadap kedatangan Ramadhan??
Tepuk dada tanya diri kay...
Aku yakin dan percaya, every single of us tahu bahawasnya:
1. Tatkala tibanya Ramadan, segala pintu neraka ditutup dan segala pintu syurga dibuka
2. Orang yang berpuasa pada bulan Ramadan akan memasuki syurga melalui sebuah pintu yang dinamakan Babul Rayyan
3. Setiap amalan baik yang kita lakukan pada bulan Ramadan akan diganjarkan dengan pahala yang berlipat kali ganda.
Tu tak termasuk Lailatul Qadr lagi di mana Allah janjikan ganjaran seumpama melakukan ibadat selama 1000 bulan
Subhanallah betapa besarnya nikmat yang Allah janjikan kepada umat Islam yang benar2 mencari erti keredhaan-Nya di bulan yang mulia ni. So apa tunggu lagi.
Marilah top-up iman kita, bersama berlumba-lumba melakukan ibadat.
Sesungguhnya, Ramadan itu madrasah tarbiah bagi umat Islam.
Bittaufiq wannajah...
Sunday, August 23, 2009
Layakkah kite digelar bersaudara?
Sebaris rumah baru sahaja dihancurkan oleh jentolak di hadapan matanya. Khalid yang bersembunyi di sebalik batu-batu yang ada hampir sahaja menjerit ketakutan, mujur suaranya itu tersekat di kerongkong sehinggalah tentera-tentera kejam itu berlalu pergi. Jika tidak, entahkan hidup entahkan tidak lagi dirinya di muka bumi ini.
“Umi!!!” Khalid menjerit lagi.
Kanak-kanak berusia 6 tahun itu berlari-lari di atas serpihan batu-bata, terpaksa memungkinkan bahawa ibunya ada di situ.Cuaca yang panas terik tidak memberhentikan kakinya daripada terus melangkah, berlari ke segenap penjuru mencari insan yang paling dikasihinya.
“Khalid.. Khalid anak umi…” Suara lembut itu membuatkan kepala Khalid menoleh ke arah sisinya.
Wajahnya yang dibasahi peluh tersenyum senang melihat kehadiran Nur Laili, satu-satunya ahli keluarganya yang masih hidup pada saat itu. Khalid berlari ke arah Nur Laili, Nur Laili mendakapnya senang.
“Umi, Khalid ingat umi dah tinggalkan Khalid macam abi...”
“Khalid... Mari cepat pergi masjid, sekejap lagi azan ni!” Kedengaran suara Salman Al-Farisi memanggil dari luar rumah.
Khalid yang baru sahaja keluar dari bilik air terkedek-kedek lari mendapatkan bapanya.
“Umi, Khalid pergi dulu..” ucapnya seraya melangkah pergi.
“Abi, kenapa kita kena solat kat masjid? Umi tak pergi masjid pun abi...” Khalid bertanya.
Matanya yang bening memandang tepat ke dalam anak mata Salman Al-Farisi. Salman Al-Farisi menarik nafas panjang.
“Kita kan orang Islam sayang, kita lelaki, lelaki kuat, jadi kena solat kat masjid. Umi tak apa solat kat rumah. Lagipun, bila ramai-ramai orang Islam berkumpul kat masjid, orang kafir pun akan gerun, nampaklah orang Islam ni bersatu, bila bersatu,kita kuat kan sayang?”
Salman Al-Farisi cuba menerangkan seringkas mungkin buat kanak-kanak berusia 6 tahun itu.
“Tapi abi....”
“Kenapa Khalid?”
“Kenapa dulu masjid kosong je.. Sekarang ni baru nampak penuh... Bukankah sekarang ni banyak tentera, kat setiap penjuru ada tentera, dulu tak ada tentera kenapa orang tak sibuk ke masjid?” Penuh ketulusan suara itu bertanya.
Salman Al-Farisi termenung jauh. Tangannya yang memimpin tangan Khalid digenggam seerat mungkin. Bagaimanakah cara terbaik untuknya menerangkan keadaan ummah pada masa kini kepada kanak-kanak sekecil Khalid.
“Khalid... Kalau Khalid dapat apa yang Khalid nak, tapi Khalid degil, tak mahu dengar cakap abi. Tiba-tiba satu hari semua tu abi ambil balik , Khalid hidup susah, baru Khalid rasa betapa bermaknanya kesenangan yang lalu kan?”
Khalid angguk.
“Macam tu jugalah keadaan sekarang ni. Dulu, Allah bagi nikmat banyak sangat. Tapi manusia tak mahu bersyukur malah manusia tak nak dengar cakap Allah. Sekarang ni,bila dah susah baru semua tahu betapa pentingnya sesuatu arahan Allah. Mustahil arahan daripadaNya itu sia-sia.”
“Abi, Khalid tak mahu lawan cakap Allah!” Khalid bersemangat.
“Ye sayang, Khalid kena jadi macam Khalid Al-Walid. Dia seorang panglima perang yang hebat, dia tak pernah gentar dalam mempertahankan Agama Islam bahkan dia rela mati di jalan Allah” Bersemangat Salman Al-Farisi memberi kekuatan buat si anak kecil.
Satu-satunya anak yang masih tinggal untuk bersama-samanya berjuang di jalan Allah.
“Macam abang-abang?” Khalid bertanya lagi.
Terlalu perit kenangan yang lalu itu untuk dikenang. Anak-anaknya semua berjumlah 5 orang. Kelima-limanya adalah lelaki dan 4 orang daripadanya telah pun syahid di jalan Allah. Biarpun perit, namun Salman Al-Farisi tetap bersyukur kerana mempunyai anak-anak yang bergelar mujahid fi sabilillah!
“Abi.....”
Khalid mula menyorok di belakang Salman Al-Farisi. Lamunan Salman Al-Farisi terhenti. Matanya tertancap,melihat objek-objek yang bergerak di hadapannya. Kelihatan beberapa orang tentera berlegar-legar dengan senapang di sisi. Salman Al-Farisi memandang Khalid di sisi yang ketakutan.
Salman Al-Farisi mendukung tubuh kecil Khalid dan melangkah gagah menuju ke masjid yang berada beberapa langkah lagi di hadapannya. Khalid menangis semahunya di bahu abi tercinta.
Pom! Pom!
Bunyi ledakan peluru membantutkan konsentrasi seluruh jemaah yang sedang bersolat. Khalid terpaku melihat beberapa baris jemaah yang telah pun rebah ke bumi akibat ditembak ketika sedang bersolat. Sebentar sahaja, dan tentera-tentera kejam itu pun pergi meninggalkan mayat-mayat bergelimpangan di dalam masjid. Khalid mula tidak keruan. Di mindanya tergambar wajah abi tercinta. Khalid mundar-mandir. Satu persatu wajah para syuhada’ yang berada di lantai masjid di tatapnya. Dan...
“Abi!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!” Khalid meraung.
Wajah insan yang amat disayanginya berada di situ. Kepala Salman Al-Farisi berlubang ditembusi peluru. Darah yang berwarna merah pekat mengalir membasahi separuh mukanya.Mengerikan.
“Abi... Kenapa tinggalkan Khalid...”
Pandangan Khalid mulai kelam dan Khalid rebah di situ.
“Umi...” Khalid bersuara dalam sendunya yang masih berbaki.
Nur Laili yang asyik mengelamun tersentak.
“Ya sayang..” Tangan yang mampu menggoncang dunia itu mengusap lembut kepala Khalid. Penuh kasih.
“Kenapa negara Islam yang lain tak bantu kita?”
Nur Laili terdiam, terpegun dengan pertanyaan si anak kecil yang dimatangkan dengan kesusahan hidup, kengerian peperangan,melarat tanpa insan bergelar ayah di sisi.
“Mereka bantu sayang, mereka beri duit, makanan..”
“Tapi umi, Khalid nak senjata! Khalid nak lawan tentera-tentera yang zalim tu!” Nur Laili tersentak sekali lagi.
“Umi...” Perlahan, Khalid memanggil.
“Ya sayang...”
“Adakah mereka mendoakan kita?”
“Siapa?”
“Semua orang Islam. Orang Islam semua bersaudara, kan umi?” Nur Laili terdiam.
Kepetahan Khalid membuatkan jiwanya bergelora. Ya Allah, adakah kami berada dalam ingatan saudara-saudara kami yang sedang hidup dalam kesenangan sekarang?
“Umi...” Khalid memanggil lagi.
“Ya...”
“Tidak malukah mereka apabila ditanya di Padang Mahsyar nanti apa yang mereka telah lakukan untuk saudara mereka yang berada dalam kesusahan seperti kita?”
“Siapa?”
“Semua orang Islam. Orang Islam semua bersaudara, kan umi?”
Nur Laili diam.
“Umi..”
“Ya nak..”
“Apa yang telah mereka lakukan untuk kita?”
Khalid yang selesa berada dalam pelukan seorang wanita bergelar umi menggenggam erat tangan wanita solehah itu.
“Siapa?”
“Semua orang Islam. Orang Islam semua bersaudara, kan umi?” Ayat yang sama diulang-ulang oleh anak kecil itu.
Mata Nur Laili mula digenangi air.
“Umi tidak tahu sayang...” Oh Allah... Masihkah kami layak bergelar saudara. Nur Laili berbicara dengan hatinya.
“Umi...”
“Ya sayang...”
Nur Laili mengucup penuh kasih dahi anak kecil itu. Khalid tidak seharusnya merasai suasana seperti ini, terlalu kejam buat dirinya.
“Umi... Abi pernah kata kalau perang, seharusnya mereka berperang dengan tentera sahaja, bukan orang awam macam kita. Betulkah umi?”
“Ya sayang..”
“Jadi mengapa kita digelar pengganas umi?”
Nur Laili tidak mampu lagi menahan air matanya daripada tumpah. Setitik demi setitik, dia tidak tahu mengapa mereka digelar pengganas. Mungkinkah faktor media massa atau apa? Itu semua dia tidak kisah tapi mengapa ada juga segelintir umat Islam yang mengatakan mereka pengganas? Tidakkah mereka tahu keadaan saudara mereka ketika ini.
“Kenapa umi menangis?”
Khalid yang merasa titisan air mata jatuh ke atas kepalanya lantas bangun dan mengelap air mata itu.
“Umi, di padang Mahsyar nanti, air mata ini bakal menjadi saksi buat saudara-saudara kita yang diam, membisu tanpa memberi bantuan,kan umi?”
Nur Laili angguk.
Pom!
Ledakan peluru itu tepat mengenai dada Nur Laili. Khalid terperanjat. Ini merupakan kali kedua insan kesayangannya rebah di hadapan matanya. Khalid menangis. Tangannya yang kecil menggoncang-goncang tubuh Nur Laili yang kaku. Sekejap sahaja, tangannya merah dibasahi darah umi tercinta.
“Umi, siapa lagi yang akan menerangi malam Khalid...”
Tentera-tentera kejam itu mara menghampiri Khalid. Senapang diacukan ke kepala kanak-kanak kecil itu. Khalid memandang dengan perasaan amarah kerana maruah dia dan keluarganya telah dirobek-robek. Dia tidak lagi gentar. Batu di sebelahnya di genggam kemas, dan..
“Aku mahu jadi seperti Khalid Al-Walid. Allahu akbar!!”
Khalid bangun dan melontar batu itu ke arah tentera yang hampir dengannya. Serentak dengan itu juga bunyi ledakan peluru kedengaran lagi,tepat menembusi kepala Khali.Khalid rebah di samping uminya.
“Umi.... Kita dapat jumpa abi dan abang-abang nanti...”
Dan mata Khalid terpejam jua, untuk selamanya.
sumber: iluvislam
Marilah kita bersama-sama renungkan, fikirkan sejenak. Apakah bentuk bantuan yang kita hulurkan kepada mereka. Adakah kita mendoakan kesejahteraan mereka tatkala menadah tangan ke langit memohon bantuan-Nya. Adakah kita layak digelar bersaudara?? Subhanallah.....
Saturday, August 22, 2009
Perkara sunat di bulan Ramadan
2. Berdoa ketika berbuka puasa
3. Bersahur dan melewatkan waktunya
4. Memperbanyakkan sedekah dan berbuat kebajikan
5. Meninggalkan perkara keji dan mungkar
6. Memperbanyakkan membaca Al-Quran dan menuntut ilmu
7. Menghidupkan malam Ramadhan dan mendirikan solat Terawikh
8. Memperbanyakkan berdoa kepada Allah SWT
9. Meningkatkan ibadah pada 10 malam terakhir Ramadhan
10. Iktikaf di masjid
Rasulullah S.A.W. sangat menggalakkan sembahyang Tarawih. Abu Hurairah berkata; “Rasulullah S.A.W. sangat menggalakkan sembahyang tarawih sekali pun beliau tidak mewajibkannya.” Beliau bersabda: “Sesiapa yang mengerjakan Qiyamu Ramadan semata-mata kerana iman dan mengharap ganjaran dari Allah, maka diampuni dosa-dosanya yang lampau.” Qiyamu Ramadan ialah menghidupkan malamnya dengan mengerjakan sembahyang.
Aisyah r.a. berkata; “Rasulullah s.a.w mengerjakan sembahyang tarawih di masjid, kemudian ramai sahabat-sahabat yang mengikutnya. Pada malam berikutnya baginda S.A.W. mengerjakannya lagi di masjid, sahabat-sahabat yang datang pun semakin ramai. Pada malam ketiga sahabat-sahabat berkumpul di masjd menunggu kedatangan Rasulullah S.A.W. tetapi beliau tidak hadir. Besok paginya Rasulullah berkata kepada mereka; “Sesungguhnya aku melihat sambutan kamu. Sebenarnya aku tidak datang pada malam itu hanya kerana takut sembahyang itu diwajibkan ke atas kamu.” Dan peristiwa itu terjadi pada bulan Ramadan.
Friday, August 21, 2009
Home is waiting 4 me~
1 Ramadhan aq balik rumah!!! 2 kegembiraan yang aq alami sekarang... Menemui Ramadhan sekaligus bertemu dengan keluarga yang amat2 dirindui. Aq di Terminal 2 menunggu kedatangan bas yang akan membawa jiwa dan jasadku ke Kuantan. Balik~
Sesungguhnya terdapat 2 kegembiraan bagi umat Islam yang berpuasa pada bulan Ramadhan:
1. Kegembiraan semasa berbuka
2. Kegembiraan semasa bertemu dengan maha Pencipta
Marilah kita bersama-sama mengisi Ramadhan kali ini dengan ibadat dan pengisian yang lebih baik untuk menjadikan diri kita makhluk-Nya yang lebih baik.
Semoga perjalanan pulangku diberkati-Nya....
Monday, August 3, 2009
Luv uuu....
Kamu dan kamu...jangan perasan ok....
I want to throw this wish to my luv mama n abah, as well as my bro n sis. Becoz?? Sebab datang melawat orang yang kesepian kat KMS ni....
We went around to Seremban kat Terminal 1, having a heavy shopping kat Parkson...lol got a new shirt, spent a night kat Nilai, rumah Kak Na. Again, had a shopping kat Nilai. Perghh frank saying, I luv the circumstance, buying this n that. Duit melayang sini n sana. Waa.... Sara bukan kedekut lagi. Sebab guna duit abah....sayang abah...muahh
I enjoyed the moment deadly, infinitely, crazily. Thanks to u mom, dad sebab berkorban masa n tenaga to pay me a visit. I appreciate that so much!!!!