When holiday comes, hati gembira sebab boleh jumpa keluarga yang hampir sebulan tak ketemu. Tapi kadang-kala hati sayu sebab hanya TV dan streamyx yang menemani hati. Tiada lagi usrah mingguan, talk daripada senior2 ex-KMS n tazkirah2 di surau. (paling tak boleh lupa tazkirah Ckg Jowel). Kata orang hati manusia ni liar, bila dah lama ditinggalkan dan tak dididik, lama2 susah untuk kita jaga hati daripada penyakit2 hati, riak, takabbur etc. Mungkin ada yang memandang perkara ni sebelah mata tapi hatilah yang menentukan buruk baiknya seseorang.
Rasulullah s.a.w bersabda yang maksudnya:”Ketahuilah bahawa dalam jasad manusia ada seketul daging (segumpal darah), jika baik maka baiklah seluruh anggota dan jika rosak maka rosaklah seluruh anggota, itulah hati.”Bukhari dan Muslim
Aku risau. Aku rindukan sahabat2 yang sentiasa ringan mulut memberi aku peringatan saban hari. Manusia makhluk yang mudah leka plus hati yang susah dipelihara, tak terkecuali aku. Bila mata dah melekat kat depan skrin laptop susah nak dialih, kalau bukak web berfaedah takpe ni web novel la cerpen la, melalaikan. Susah2.
Aku berharap semoga holiday ni memberi aku seribu satu pengertiaan dan mengajar aku supaya pandai memelihara hati....insyaAllahRasulullah s.a.w bersabda yang maksudnya:” Sebilangan manusia yang dinaungi Allah di bawah naungan-Nya pada hari kiamat iaitu hari yang tidak ada sebarang naungan padanya selain daripada naungan Allah; di antaranya ialah: Pemerintah yang adil, pemuda yang hidupnya sentiasa dalam mengerjakan ibadah kepada tuhannya, orang yang hatinya sentiasa terikat dengan masjid, dua orang yang berkasih sayang kerana Allah di mana kedua-duanya berkumpul dan berpisah untuk mendapat keredaan Allah, orang yang dipujuk oleh perempuan yang kaya lagi rupawan untuk bersatu dengannya lalu ia menolak dengan berkata:” Aku takut kepada Allah!”, orang yang bersedekah secara bersembunyi sehingga tangan kirinya tidak mengetahui apa yang diberi oleh tangan kanannya, dan orang yang menyebut atau mengingat Allah dengan keadaan tidak ada dalam ingatannya perkara lain, lalu menitis air matanya kerana mengingatkan sifat Jalal dan sifat Jamal Allah.”Riwayat Abu Daud dan Ibnu Majah
1 comment:
sara,
salam alaik..
d same goes with me..
thx btw for ur post..
mgingatkan kmbali kite the main intend dis life should be..
Post a Comment