2009 hampir menutup tirai Terasa masa terlalu pantas berlalu Apa yang aku buat tahun ni, aku pon tak tahu, yang pasti 6 bulan dah aku habiskan dengan kerja2 tak berapa berfaedah, n the other 6 months aku membelitkan otak aku dengan IB, keje2 CAS n watsoeve....
Biasanya bila datang tahun baru, orang mula pasang azam baru. Aku?
bumi mekah seakan menghimpit mengancam nyawa risalah langit ketika itu turun perintah untuk berhijrah ke kota harapan
pergi bukan bererti mundur tapi menyusun langkah teratur demi mencapai matlamat agung membawa rahmat ke seluruh alam
satu muharam detik bersejarah dimasa umat telah berhijrah dari kota mekah ke kota madinah tinggal segala harta keluarga sahabat handai dan yang tercinta tiada yang lebih berharga selain iman yang sejahtera kerananya sanggup berkorban harta dan nyawa watan tercinta kerana ikatan ukhuwah fillah mengatasi ikatan saudara kaum ansar mendakap rasul dan muhajirin sujud bersyukur
disinilah ketabahan umat islam diuji....
Semoga tahun baru ini menjanjikan lembaran hidup yang baru yang lebih baik bagi seluruh umat Islam... Semoga sirah Nabi bersejarah sentiasa dijunjung mulia InsyaAllah
Polis kenal pasti dua suspek kejadian ragut semalam
KUALA LUMPUR: Dua suspek kes ragut yang berjaya melarikan diri ke kawasan ladang kelapa sawit di Seri Kembangan, semalam akan ditangkap dalam masa terdekat ini kerana polis telah mengenalpasti identiti mereka.
Ketua Polis Selangor Datuk Khalid Abu Bakar berkata pihaknya kini hanya menunggu masa yang sesuai untuk menahan kedua-dua suspek yang berumur 20an itu.
"Kami yakin dapat memberkas kedua-duanya dalam masa terdekat setelah seorang lagi daripada mereka berjaya ditahan semalam. Mereka mempunyai rekod lampau atas pelbagai kesalahan termasuk samun dan ragut di sekitar Seri Kembangan," katanya kepada pemberita selepas Pelancaran Kempen Cegah Jenayah di Plaza Tol Kota Damansara di sini hari ini.
Dalam kejadian pada kira-kira pukul 12.15 tengah hari semalam, seorang anggota polis yang sedang meronda di kawasan itu terserempak dengan kejadian ragut beg tangan seorang wanita di stesen pam minyak Seri Kembangan.
"Semasa melarikan diri, kereta suspek melanggar pembahagi jalan ketika cuba untuk melencong ke arah jalan bertentangan menyebabkan kereta peronda polis yang mengekori mereka melanggar bahagian belakang kereta suspek," katanya.
Dua suspek melarikan diri ke arah kawasan belukar berhampiran sementara seorang lagi dapat ditangkap selepas cedera di paha akibat terkena tembakan polis dan dimasukkan ke Hospital Serdang.
Dalam ucapannya pada majlis itu, Khalid menasihati orang ramai agar lebih berhatihati tidak kira di mana juga mereka berada memandangkan kejadian jenayah ragut sering berlaku.
Khalid juga menasihatkan orang ramai berhatihati dalam insiden kereta mereka dilanggar dari arah belakang kerana taktik penjenayah sekarang sengaja melanggar kereta mangsa untuk menyamun mereka.
"Pemandu yang berada dalam situasi ini dinasihatkan agar terus memandu ke arah balai polis berhampiran," katanya.
Sementara itu, Timbalan Menteri Wilayah Persekutuan Datuk Wira Abu Seman Yusuf melancarkan Kempen Keselamatan Jalan Raya sempena sambutan perayaan Tahun Baru Cina di Plaza Tol Plus Sungai Besi di sini.
Katanya pada tahun lepas terdapat 49,193 kes kemalangan dengan 240 kematian dilaporkan di Kuala Lumpur dan angka terbesar adalah kalangan penunggang dan pembonceng motosikal. BERNAMA
Selama ni, aku baca dan dengar jek kejadian ragut yang semakin menjadi-jadi di Malaysia. Tapi hari ini, tanggal 16 Disember 2009, aku sendiri yang berhadapan dengan peristiwa tu. Unbelievable!!! That's the single word aku boleh cakap. Tak sangka, nak kata trauma tak pun sebab handbag aku dengan senang meluncur beralih ke tangan peragut yang 'berhati mulia' tu. Geram!!!
Kejadian tu bermula masa aku baru je keluar dari perut kereta menuju ke HTAA untuk aktiviti CAS aku kat sana. Aku sedang menggunakan telefon. Tu lah salah aku, parking kat tempat terpencil, guna telefon masa berjalan sambil menginjit beg. Huwa....menyesal. Alhamdulillah, handset ngan kunci kereta aku pegang. Dalam beg yang aku kira dah lama usianya, (nasib baik beg buruk...hehe) ada purse n botol air. Nasib ngko la peragut, ada RM20 je, beberapa keping syiling n botol mineral, boleh gak ngko gune beli kopi, takpun minum jek air mineral aku tu.
Cuma yang aku terkilan nye, aku dah kehilangan :
- IC - Bank card - Driving license
Then, aku terpaksa susahkan mak ayah aku pergi report kat balai polis, blok kad kat Bank Islam, report lesen hilang kat JPJ n buat IC baru. *&^5$%#@ pnye peragut, takde keje lain ke, ee geram aku. Takpe2 setiap kejadian ade hikmahnya, boleh beli beg baru n buat ic baru dengan gambar yang better...hue3. Pada peragut2 sekalian di luar sana, tolonglah faham, janganlah buat benda2 yang tak halal macam ni.
Dari Ibnu ‘Umar r.a katanya:”Aku mendengar Rasulullah s.a.w bersabda:”Tidak diterima solat seseorang tanpa suci dan tidak diterima sedekah yang berasal daripada kejahatan (seperti mencuri, menipu, menggelapkan wang, merompak, judi dan sebagainya)”
(Muslim)
So, pada semua golongan wanita yang sedang membaca, silalah jaga keselamatan diri kita dan harta benda kita. Set up the precautionary methods properly bagi tidak menggalakkan lagi peragut2 yang ;berhati mulia' semakin aktif dengan aktiviti diorang.
Asalnya berpenyakit sopak, badannya putih, putih penyakit yang tidak digemari. Walaupun dia seorang berpenyakit sopak tetapi dia seorang yang soleh, terlalu mengambil berat tentang ibunya yang uzur dan lumpuh. Dia telah begitu tekun untuk mendapatkan keredhaan ibunya. Bapa dia meninggal dunia ketika dia masih kecil lagi. Dia sopak sejak dilahirkan dan ibunya menjaga dia sampai dia dewasa.
Suatu hari ibunya memberitahu kepada Uwais bahawa dia ingin sangat untuk pergi mengerjakan haji. Dia menyuruh Uwais supaya mengikhtiarkan dan mengusahakan agar dia dapat dibawa ke Mekah untuk menunaikan haji. Sebagai seorang yang miskin, Uwais tidak berdaya untuk mencari perbelanjaan untuk ibunya kerana pada zaman itu kebanyakan orang untuk pergi haji dari Yaman ke Mekah mereka menyediakan beberapa ekor unta yang dipasang di atasnya “ Haudat ”. Haudat ini seperti rumah kecil yang diletakkan di atas unta untuk melindungi panas matahari dan hujan, selesa dan perbelanjaannya mahal. Uwais tidak mampu untuk menyediakan yang demikian, unta pun dia tidak ada, nak sewa pun tidak mampu.
Ibu Uwais semakin uzur hari demi hari dan berkata kepada anaknya pada suatu hari : “ Anakku, mungkin ibu dah tak lama lagi akan bersama dengan kamu, ikhtiarkanlah agar ibu dapat mengerjakan haji. ”
Uwais mendapat suatu ilham. Dia membeli seekor anak lembu yang baru lahir dan sudah habis menyusu. Dia membuat sebuah rumah kecil (pondok) di atas sebuah “Tilal” iaitu sebuah tanah tinggi (rumah untuk lembu itu di atas bukit). Apa yang dia lakukan, pada petang hari dia dukung anak lembu untuk naik ke atas “Tilal”. Pagi esoknya dia dukung lembu itu turun dari “Tilal” untuk diberi makan. Itulah yang dilakukannya setiap hari. Ada ketikanya dia mendukung lembu itu mengelilingi bukit tempat dia beri lembu itu makan. Perbuatan yang dilakukannya ini menyebabkan orang kata dirinya gila. Memang pelik, membuatkan rumah untuk lembu di atas bukit, kemudian setiap hari mengusung lembu, petang bawa naik, pagi bawa turun bukit. Namun sebenarnya jika dilihat di sebaliknya, Uwais seorang yang bijak. Lembu yang asalnya hanya 20kg, selepas enam bulan lembu itu sudah menjadi 100kg.
Otot-otot tangan dan badan Uwais pula menjadi kuat hinggakan dengan mudah mengangkat lembu seberat 100kg turun dan naik bukit setiap hari.Selepas lapan bulan, telah sampai musim haji, rupa-rupanya perbuatannya itu adalah satu persediaan untuk dia membawa ibunya mengerjakan haji. Dia telah memangku ibunya dari Yaman sampai ke Mekkah dengan kedua tangannya. Di belakangnya dia meletakkan barang-barang keperluan seperti air, roti dan sebagainya. Lembu yang beratnya 100kg boleh didukung dan dipangku inikan pula ibunya yang berat sekitar 50kg. Dia membawa (mendukung dan memangku) ibunya dengan kedua tangannya dari Yaman ke Mekah, mengerjakan Tawaf, Saie dan di Padang Arafah dengan senang sahaja. Dan dia juga memangku ibunya dengan kedua tangannya pulang semula ke Yaman dari Mekah.
Tanggal 7 Disember, PPD Pekan menganjurkan Majlis Anugerah Kecemerlangan bagi pencapaian sepanjang tahun 2008.
Special thanks to both backbones of mine, dad n mom...I luv u so much for this sorta achievement as well as all teachers for the great assistance....thanks thanks thanks
Aku n Ckg Azu, my phy teacher
Congrates 2 all SBPIP teachers who've been awarded Anugerah Guru Cemerlang, n all others awards gained by SBPIP We got da 1st place for SPM in Pekan Congrates!!! Keep the great job up!!!
Malaysian transsexual Fatine's UK love story has sparked so much hate back home that she fears to return.
"I am so frightened to go back. I am worried for my safety," she said in response to what she claimed was a Malay tabloid's wrongful portrayal of her love and civil partnership marriage to a Briton.
She said she had been receiving many emails and comments from people condemning and accusing her of insulting the Malaysian government.
Wedding bliss...Fatine and Ian on the day of their marriage
Fatine, who was born Mohammed Fazdil Min Bahari said it was frustrating that people didn’t understand that she came to the UK because she wanted to be with Ian Young, the man she loved.
The 36-year old make-up artist, said she could not do that in Malaysia, adding that people only seemed to be taking a religious point of view over the matter.
Speaking up for the first time after The Sun newspaper in London broke the story, Fatine said she did not know what to do as her family had already disowned her.
"I’ve spent hours on the phone asking for forgiveness. I love them although but I can’t change what has happened," she said.
Fatine said it was a shame that the Malay tabloid had "twisted" their story, stressing that as it was never their intention to insult the Malay community.
"They also put my father’s name in it, which was unnecessary and my mother has been left frightened to leave the house," he added.
Fatine said she regretted that the community was taking it personally.
She said she appreciated that the Malays are very traditional and "people like me aren’t acceptable" and hoped that things would cool down eventually.
Fatine, who married Young in a civil partnership in May, faces deportation after her Leave to Remain visa was rejected by UK's Home Office over an "incorrect" photograph.
A second application with a passport photograph with a white background as required, instead of blue, was submitted for reconsideration but it was also thrown out in October.
Fatine and Ian fear that they would be in danger if they return to Malaysia
The couple have since submitted their third application for a Right to Family Life under the Human Rights Act in Britain.
On Monday, Immigration director-general Datuk Abdul Rahman Othman said the department might take action against Fatine when she returns home as it views problems like overstaying seriously.
Young, 30, who runs a property maintenance company, however, said Fatine’s application was still being processed by the UK Border Agency and she should not be classified as an overstayer.
He also claimed that as a result of the "misleading" article, everyone was misreading their story as an insult to Islam which it was never intended to be.
"All we want is to be married, be happy and living together. The only way we can do this is over here in the UK," he said.
He said the article made it sound like they were trying to make a mockery of Islamic laws, which was never their intention.
"As a result of the way we have been portrayed, I feel that we would be in more danger than ever if we were to try and live in Malaysia," he said.