Tuesday, December 15, 2009

kejadian itu ...

Polis kenal pasti dua suspek kejadian ragut semalam

KUALA LUMPUR: Dua suspek kes ragut yang berjaya melarikan diri ke kawasan ladang kelapa sawit di Seri Kembangan, semalam akan ditangkap dalam masa terdekat ini kerana polis telah mengenalpasti identiti mereka.

Ketua Polis Selangor Datuk Khalid Abu Bakar berkata pihaknya kini hanya menunggu masa yang sesuai untuk menahan kedua-dua suspek yang berumur 20an itu.

"Kami yakin dapat memberkas kedua-duanya dalam masa terdekat setelah seorang lagi daripada mereka berjaya ditahan semalam. Mereka mempunyai rekod lampau atas pelbagai kesalahan termasuk samun dan ragut di sekitar Seri Kembangan," katanya kepada pemberita selepas Pelancaran Kempen Cegah Jenayah di Plaza Tol Kota Damansara di sini hari ini.

Dalam kejadian pada kira-kira pukul 12.15 tengah hari semalam, seorang anggota polis yang sedang meronda di kawasan itu terserempak dengan kejadian ragut beg tangan seorang wanita di stesen pam minyak Seri Kembangan.

"Semasa melarikan diri, kereta suspek melanggar pembahagi jalan ketika cuba untuk melencong ke arah jalan bertentangan menyebabkan kereta peronda polis yang mengekori mereka melanggar bahagian belakang kereta suspek," katanya.

Dua suspek melarikan diri ke arah kawasan belukar berhampiran sementara seorang lagi dapat ditangkap selepas cedera di paha akibat terkena tembakan polis dan dimasukkan ke Hospital Serdang.

Dalam ucapannya pada majlis itu, Khalid menasihati orang ramai agar lebih berhatihati tidak kira di mana juga mereka berada memandangkan kejadian jenayah ragut sering berlaku.

Khalid juga menasihatkan orang ramai berhatihati dalam insiden kereta mereka dilanggar dari arah belakang kerana taktik penjenayah sekarang sengaja melanggar kereta mangsa untuk menyamun mereka.

"Pemandu yang berada dalam situasi ini dinasihatkan agar terus memandu ke arah balai polis berhampiran," katanya.

Sementara itu, Timbalan Menteri Wilayah Persekutuan Datuk Wira Abu Seman Yusuf melancarkan Kempen Keselamatan Jalan Raya sempena sambutan perayaan Tahun Baru Cina di Plaza Tol Plus Sungai Besi di sini.

Katanya pada tahun lepas terdapat 49,193 kes kemalangan dengan 240 kematian dilaporkan di Kuala Lumpur dan angka terbesar adalah kalangan penunggang dan pembonceng motosikal. BERNAMA


Selama ni, aku baca dan dengar jek kejadian ragut yang semakin menjadi-jadi di Malaysia. Tapi hari ini, tanggal 16 Disember 2009, aku sendiri yang berhadapan dengan peristiwa tu. Unbelievable!!! That's the single word aku boleh cakap. Tak sangka, nak kata trauma tak pun sebab handbag aku dengan senang meluncur beralih ke tangan peragut yang 'berhati mulia' tu. Geram!!!

Kejadian tu bermula masa aku baru je keluar dari perut kereta menuju ke HTAA untuk aktiviti CAS aku kat sana. Aku sedang menggunakan telefon. Tu lah salah aku, parking kat tempat terpencil, guna telefon masa berjalan sambil menginjit beg. Huwa....menyesal. Alhamdulillah, handset ngan kunci kereta aku pegang. Dalam beg yang aku kira dah lama usianya, (nasib baik beg buruk...hehe) ada purse n botol air. Nasib ngko la peragut, ada RM20 je, beberapa keping syiling n botol mineral, boleh gak ngko gune beli kopi, takpun minum jek air mineral aku tu.

Cuma yang aku terkilan nye, aku dah kehilangan :

- IC
- Bank card
- Driving license

Then, aku terpaksa susahkan mak ayah aku pergi report kat balai polis, blok kad kat Bank Islam, report lesen hilang kat JPJ n buat IC baru. *&^5$%#@ pnye peragut, takde keje lain ke, ee geram aku. Takpe2 setiap kejadian ade hikmahnya, boleh beli beg baru n buat ic baru dengan gambar yang better...hue3. Pada peragut2 sekalian di luar sana, tolonglah faham, janganlah buat benda2 yang tak halal macam ni.


Dari Ibnu ‘Umar r.a katanya:”Aku mendengar Rasulullah s.a.w bersabda:”Tidak diterima solat seseorang tanpa suci dan tidak diterima sedekah yang berasal daripada kejahatan (seperti mencuri, menipu, menggelapkan wang, merompak, judi dan sebagainya)”
(Muslim)
So, pada semua golongan wanita yang sedang membaca, silalah jaga keselamatan diri kita dan harta benda kita. Set up the precautionary methods properly bagi tidak menggalakkan lagi peragut2 yang ;berhati mulia' semakin aktif dengan aktiviti diorang.

Allahua'lam


5 comments:

Madhiah said...

ya AlLAH!
sara.nseb bek ko ok kan??
x kne seret ke ape kan???

aku takot gak wei
insyaALLAH pasni akn lebih berhati-hati.

do take care!

Edo said...

Sabar adik. Kalau tak perlu pakai handbag, tak payah pakai la..

sara said...

che yah> alhamdulillah xde pape, xde kne seret pon. mmg unbelievable la rase, slma ni dok dgr org len jek kne.. haa skali kne , amekkk..haha. u 2 do take care buddy

abg ed> msalahnye kne pakai. adoiii klo boleh mls nk bwk.

osman bin safee said...

ya allah...takotnyeh..
seb bek a..
xde serious...
air mineral tu penoh lagi ke?/
ke dah minom skeyt??

cis..
peragot memang tak takot neraka..

sara said...

osman, takut mmg takut tp ms tu, xtaw nak respon ape, mcm blur kjp.
air mineral tu skit pon xsntuh lg, hahaha