Thursday, February 25, 2010

terasa rindu?

Selawat dan salam atas junjungan mulia Nabi utusan al-karim, Muhammad s.a.w. Kelahiran baginda menyinari alam yang kegelapan. Keperibadian mulia qudwah hasanah. Cahaya yang dibawa baginda menerangi perjalanan umat manusia yang pada ketika itu serba jahil. Ya Allah ya Tuhanku, bagindalah kekasihmu, yang kami kagumi, yang kami kasihi, yang kami cintai. Sesungguhnya golongan yang mencintai kekasih-Mu akan menerima percikan kasih sayang-Mu, maka jadikanlah kami sebahagian daripada golongan tersebut dengan izin-Mu. Redha-Mu kami cari, syafaat baginda kami impi. Kau campakkanlah sifat-sifat mulia kekasih-Mu ke dalam hati-hati kami agar kami sentiasa tabah menempuhi dugaan dan cabaran duniawi. Dekatkanlah kami dengan sunah-sunah baginda.

Sabda Rasulullah S.A.W. bermaksud: Sesiapa yang menghidupkan sunnah daripada sunnahku yang telah ditinggalkan selepas aku maka sesungguhnya baginya pahala seumpama pahala orang yang melakukannya tanpa sedikitpun berkurangan sementara sesiapa yang mengadakan bidaah yang sesat yang tidak diredhai Allah dan rasulNya baginya dosa seumpama dosa-dosa yang dilakukan mereka di mana tidak sedikitpun berkurangan. (Riwayat al-Tarmizi dan Ibnu Majah).

Rasulullah dalam mengenangmu
Kami susuri lembaran sirahmu
Pahit getir perjuanganmu
Membawa cahaya kebenaran

Engkau taburkan pengorbananmu
Untuk umat mu yang tercinta
Biar terpaksa tempuh derita
Cekalnya hatimu menempuh ranjaunya

Tak terjangkau tinggi pekertimu
Tidak tergambar indahnya akhlak mu
Tidak terbalas segala jasa mu
Sesungguhnya engkau rasul mulia

Tabahnya hatimu menempuh dugaan
Mengajar erti kesabaran
Menjulang panji kemenangan
Terukir nama mu di dalam Al Quran

Rasulullah kami ummatmu
Walau tak pernah melihat wajah mu
Kami cuba mengingatimu
Dan kami cuba mengamalsunnah mu

Kami sambung perjuanganmu
Walau kita tak pernah bersua
Tapi kami tak pernah kecewa
Allah dan rasul sebagai pembela

No comments: