Entah kenapa 2 3 hari ni asyik teringat Nureen and Tirah. (this post was written just after Nureen posted on my fb wall)
Rindu kawan-kawan yang lain jugak. Especially bebudak Rabiatul Adawiyah. Hidup Serai Abadi ! Serai Abadi tu nama sistem rumah kitorang kat SBPI Pekan dulu. "What? Serai?" tanya Cik Sladka kehairanan.
Kadang-kadang rindu nak duduk dalam sistem dormitory semula, yang ada berbelas student in each dorm since here, I'm living in double room on campus. Lagi-lagi dah masuk Year 2 summer term yang boleh kata loosely-scheduled, malas nak keluar bilik, malas nak bersosial jumpa kawan-kawan, terperap depan laptop.
Rindu nak beratur kat dewan makan.
Rindu nak solat kat Surau as-Syakirin.
Rindu nak baca al-Mulk ramai-ramai dengan dormates.
Rindu nak basuh baju ramai-ramai dalam toilet sambil bergosip.
Rindu nak gotong-royong lepas row-call.
Miss everything about school. Mohon adakan reunion summer nanti.