Saturday, August 22, 2009

Perkara sunat di bulan Ramadan

1. Menyegerakan berbuka puasa

2. Berdoa ketika berbuka puasa

3. Bersahur dan melewatkan waktunya

4. Memperbanyakkan sedekah dan berbuat kebajikan

5. Meninggalkan perkara keji dan mungkar

6. Memperbanyakkan membaca Al-Quran dan menuntut ilmu

7. Menghidupkan malam Ramadhan dan mendirikan solat Terawikh

8. Memperbanyakkan berdoa kepada Allah SWT

9. Meningkatkan ibadah pada 10 malam terakhir Ramadhan

10. Iktikaf di masjid

Rasulullah S.A.W. sangat menggalakkan sembahyang Tarawih. Abu Hurairah berkata; “Rasulullah S.A.W. sangat menggalakkan sembahyang tarawih sekali pun beliau tidak mewajibkannya.” Beliau bersabda: “Sesiapa yang mengerjakan Qiyamu Ramadan semata-mata kerana iman dan mengharap ganjaran dari Allah, maka diampuni dosa-dosanya yang lampau.” Qiyamu Ramadan ialah menghidupkan malamnya dengan mengerjakan sembahyang.

Aisyah r.a. berkata; “Rasulullah s.a.w mengerjakan sembahyang tarawih di masjid, kemudian ramai sahabat-sahabat yang mengikutnya. Pada malam berikutnya baginda S.A.W. mengerjakannya lagi di masjid, sahabat-sahabat yang datang pun semakin ramai. Pada malam ketiga sahabat-sahabat berkumpul di masjd menunggu kedatangan Rasulullah S.A.W. tetapi beliau tidak hadir. Besok paginya Rasulullah berkata kepada mereka; “Sesungguhnya aku melihat sambutan kamu. Sebenarnya aku tidak datang pada malam itu hanya kerana takut sembahyang itu diwajibkan ke atas kamu.” Dan peristiwa itu terjadi pada bulan Ramadan.


1 comment:

Unknown said...

sme2 la kte wat bnyk amal time ni..
insyaallah.