Monday, January 11, 2010

... apa nak kata ...

Isu ini bukan isu biasa, tapi sejujurnya aku tak berani nak berkata lebih lanjut memandangkan pengetahuanku lebih sekadar senipis kulit bawang.
Tetapi yang pasti, aku tak setuju, sama sekali tidak.
Apa isunya? Pada pandanganku, umum mengetahui ...

ISU NAMA ALLAH

Di bawah merupakan petikan kata2 Dr. Asri mengenai isu ini,

” Jika keputusan mahkamah mengenai penggunaan nama Allah itu hendak dipakai, garisan panduan dan peraturan hendaklah dibuat.

Ya, manusia memang patut memanggil Tuhan dengan panggilan Allah. Itulah Tuhan yang sebenar. Sebelum kedatangan Nabi Muhammad SAW pun, nama Allah telah digunakan untuk memanggil Tuhan. Namun meletakkan nama tersebut dengan tujuan menghina adalah patut ditentang. Ini seperti jika menulis nama Allah pada berhala.

Namun jika mereka berkata ” Allah Tuhan semesta alam”, itu tidak menjadi masalah, kerana itu kenyataan yang benar. Kuffar Quraish pun memanggil tuhan Allah, tetapi tidak menamakan berhala mereka Allah.

Maka peraturan mesti dibuat. Elakkan perbalahan kaum tanpa melihat kepada penyelesaian terlebih dahulu. Saya akan mencadangkan beberapa garis panduan selepas ini.”


Teringat sewaktu aku menghadiri satu usrah, seorang ustazah berkongsi pengetahuannya.

Orang2 Kristian di Malaysia bukan seperti orang2 Kristian di Lubnan atau Mesir yang mengamalkan aliran Ortodok. Kebanyakan penganut Kristian di Malaysia mengamalkan aliran Katolik yang mana mereka mempercayai falsafah Trinity, iaitu adanya anak dan isteri Tuhan selain tuhan itu sendiri.

Bismillahirramanirrahim…

“Katakanlah ( Muhammad), ” Dialah ALLAH Yang Maha Esa. ALLAH tempat meminta seegala sesuatu. (ALLAH) tidak beradak dan tidak pula diperanakkan . Dan tidak ada sesuatu yang setara dengan Dia .”

Konklusinya, wajar jika aku mengatakan bahawa seluruh umat Islam di Malaysia seharusnya menentang keputusan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur yang meluluskan penggunaan kalimah Allah ini dalam utusan Herald Catholic Weekly. Aku tersentuh apabila menonton satu video perarakan di Masjid Kampung Baru yang mana jemaah Jumaat ketika itu melontarkan ketidaksetujuan mereka atas isu ini. Semoga istiqamah dalam perjuangan menegakkan kesucian Allah...


3 comments:

Unknown said...

smoga laungan kebenaran didengar..
ameen~

Anonymous said...

sy sokong.
xstuju ngan mahkamah..
but what dr asri said is exactly exact

ashabuljihad said...

agama ini bukan dibina dengan akal..
berhati2 apabila mengeluarkan hujah..biar hujah disokong dalil dr quran dan sunnah..islam x mengikut keadaan,keadaan yang perlu ikut islam..jika umat islam memahami sejarah islam,perkara ini tidak akan menjadi isu sama sekali..pihak **** cuba mempolitikkan isu ini,bagi menutup kes2 jet,altantuya dan sebagainya...nampaknya kemenangan di pihak **** kerana ramai yg sudah tpedaya....mereka tidak lagi mahu mengikut hujah ulama2 seperti nik aziz,abdul hadi,yusuf qardawi,dr,asri,dr.danial dan sebagainya~~ umat islam malaysia kini lebih cenderung mentafsir quran mgunakan akal yg kononnya cerdik serba serbi..antara tanda2 akhir zaman,adalah ulama ditentang dan hujah ulama tidak lagi disokong umat islam..wallahualam~~ p/s: carilah golongan yg ganjil seperti yg dijanjikan Allah,mohon petunjuk Allah,istiqarah meminta kebenaran~~