Entry ini ditulis selepas sehari mendengar tazkirah berkaitan wuduk daripada Ust Sofi di surau Al-Furqan KMS
Memang satu topik yang aku kira patut dibicarakan disebabkan ada segelintir yang seolah-olah memandang remeh soal wuduk, aku tak terkecuali. Hakikatnya, wuduklah penentu solat diterima atau tidak. Khusyuk mana pun solat kiranya tidak disertakan wuduk yang sempurna, maka tak sempurna solat itu.
Hadith : |
Dari Abu Hurairah r.a., katanya:” Bersabda Rasulullah s.a.w.:” Luas telaga ku pada hari kiamat lebih dari jarak Ailah1) dan ‘Adan’ airnya lebih jernih dari salju, lebih manis dari madu bercampur susu, bejana-bejananya lebih baik dari bintang di langit; Aku melarang umat selain umat ku yang akan datang minum di situ, sebagaimana seorang yang menjaga unta-unta orang lain yang akan minum dari telaganya; Ditanya Rasulullah s.a.w.:” Dapatkah tuan mengenal kami ketika itu?” Jawab Rasulullah s.a.w.:” Ya, ialah dengan bekas wuduk yang gilang-gemilang di muka mu sebagai tanda yang diistimewakan dari umat-umat yang lain.” (Muslim) |
Huraian
Allah SWT berfirman yang maksudnya:” Pada hari ketika kamu melihat orang Mukmin laki-laki dan perempuan, sedang cahaya mereka bersinar di hadapan dan di sebelah kanan mereka, (dikatakan kepada mereka): Pada hari ini ada berita gembira untukmu, iaitu syurga yang mengalir di bawahnya sungai-sungai yang kamu kekal di dalamnya. Itulah keberuntungan yang banyak (al- Hadid:12). Sesungguhnya bekas-bekas basuhan air wudhu’ di wajah kita menjadi penyeri kepada wajah. Begitu juga setiap amal soleh yang kita lakukan adalah penyeri kepada akhlak. Semua himpunan cahaya ini adalah lambang keserian iman yang akan menerangi hidup seseorang di dunia dan akhirat. Syurga indah sedia menanti mereka di sana. Maka alangkah ruginya jika kita terkecuali daripada golongan yang disebutkan oleh Rasulullah s.a.w di dalam hadis di atas. Namun manusia lazimnya selalu leka dalam mengejar nikmat dunia yang sementara di hadapan mata mereka berbanding nikmat akhirat yang indah dan kekal abadi. Sesungguhnya janji Allah SWT tetap benar dan hanya orang yang sabar sahaja akan dapat mengecap nikmat kebahagiaan yang dijanjikan-Nya itu.
-Hadis sisipan Iluvislam...
Kata ust Sofi, kalau boleh, pastikan kita sentiasa dalam keadaan berwuduk, suci walaupun ketika waktu tidur. Hikmahnya, wuduk penghalang gangguan syaitan.
Teringat satu kisah seorang sahabat (aku tak ingat nama dia). Beliau seorang yang sangat menjaga wuduk, dipastikan dirinya sentiasa dalam keadaan suci. Setiap kali mengangkat wuduk, beliau akan mengerjakan solat sunat dua rakaat. Kalau tiba-tiba terbangun tengah malam, terus berwuduk, solat sunat 2 rakaat. Apabila dibangkitkan kelak, mukanya sentiasa bercahaya.
Cuba reflek pada diri kita, adakah kita benar-benar memastikan diri sentiasa dalam keadaan suci?
Wallahu a'lam
No comments:
Post a Comment