Saturday, March 20, 2010

malas =(

Malas menghantui diri

Huargghh

Malas itu sifat syaitan yang direjam, aku tahu. Kalian pun tahu.

Tapi aku tetap malas

Pandai sungguh syaitan ni mendidik manusia sampai kita pun lebih kurang macam diorang jugak.

Apa2 pon, memang sifat ni kita kena atasi, sesungguhnya terdapat dalam satu hadith yang mendorong kita supaya menjauhi sifat malas

Rasulullah s.a.w bersabda yang maksudnya: “Orang mukmin yang kuat lebih baik di sisi Allah dan lebih dikasihi daripada orang mukmin yang lemah, sedangkan setiap seorang itu mempunyai kebaikannya (imannya) ; oleh itu hendaklah engkau bersungguh-sungguh berusaha memperoleh apa yang memberi manfaat kepadamu, serta hendaklah meminta pertolongan kepada Allah dan janganlah engkau bersikap segan dan malas; dan sekiranya engkau ditimpa sesuatu maka janganlah engkau berkata :” Kalaulah aku lakukan itu ini, tentulah akan terjadi begitu begini, tetapi katalah :” Allah telah takdirkan, dan apa yang dikehendaki oleh kebijaksanaan-Nya Ia lakukan, kerana perkataan ‘kalau’ itu membuka jalan kepada hasutan syaitan. ”
Riwayat Muslim

Tapi kata memang senang kan, nak merealisasikan tuh yang jadi masalah.

Takpe, when there's a will there's a way =) InsyaAllah

Monday, March 15, 2010

hari ini, jadi itu


Hari ini genap 19 tahun mama melahirkan aku...
Thanks mama !!!
A credit to my abah too sebab dah besarkan aku besar panjang sampai macam ni...
Syukur alhamdulillah kerana aku masih diberi kesempatan menghirup oksigen pemberianNya, melihat keindahan alam ciptaan Ar-Robb

After having lunch kat Sara Thai, Savvy yang dipandu mama terlanggar satu objek mcm besi atas jalan tanpa sedar.
Berdebar
Panik
Berhenti kat traffic light, orang ramai dah tunjuk muka pelik, rupa-rupanya minyak mengalir laju dari bawah Savvy
Then, call kren sementara tunggu abah datang

Seriously, aku sedih tengok Savvy kena bawak jauh dari aku.
Selama ni Savvy masuk klinik pun masa aku takde kat rumah


Abg buat2 serabut, haha

Bye2 Savvy ku sayang. Selama ni aku dok asyik tanya khabar Savvy dari mama masa aku di hostel. Alih2 masa aku ada di sisi Savvy, masa tu jugak dia tak sihat.
Semoga Savvy cepat sembuh
Aku taknak naik Civic mama.
Harrier abah aku tak reti
Aku tetap nak Savvy aku !!!

Saturday, March 13, 2010

nilai dari hati, renung dari minda



Subhanallah, sungguh agung ciptaanNya, sungguh indah kurniaanNya.
Keindahan ciptaanNya tidak ternilai, tidak dapat diganti dengan seluruh harta kekayaan dunia. Dari mula sejarah penciptaan seorang manusia, kita dapat lihat betapa uniknya proses itu

Renungilah ciptaan Allah kerana berfikir sejenak tentang keagungan Allah lebih baik daripada ratusan rakaat solat.


Keajaiban ciptaan Allah - Harun Yahya


Kita seharusnya bersyukur dengan setiap apa nikmat yang Allah kurniakan kerana sesungguhnya setiap perkara buruk dan baik itu adalah ujian dari Ar-Robb untuk menguji sejauh mana ketakwaan kita kepada-Nya.
Bagi yang berasa dirinya cukup bertuah dilahirkan dalam keluarga berada atau memiliki kecerdikan melebihi orang lain, sedarlah manusia adalah sekadar hamba di sisi Allah, semuanya sama.

Teringat kata2 seorang ustaz, manusia keluar dari rahim seorang ibu dari tempat yang kotor dicemari najis. Bukan sahaja lahir dari tempat yang kotor, kita juga tanpa sedar sedang mengusung najis di dalam tubuh kita ke mana saja kita pergi. Di mana? Jawabnya, di dalam perut kita, usus besar. Jika diimbas pengimbas organ, dapat dilihat setiap daripada kita sedang mengusung najis yang jika dilihat dengan mata kasar menimbulkan kejelekan dan menggelikan. Saudaraku, kita manusia sama saja, walau tinggi mana status sosial kita dalam masyarakat, betapa tinggi taraf pendidikan kita, kita tetap sama di mata Allah. Apa yang membezakan kita ialah ketakwaan kita kepada-Nya.

Ya Allah, jauhkanlah kami daripada sifat riak dan jadikanlah kami hamba-Mu yang sentiasa mengingati-Mu dan mensyukuri nikmat-Mu.

congrates

salam alayk

Results SPM '09's been out. Congrates to all INTEPians SPM '09 for the best result. Hope that can be continued and get improved for the next generations, insyaAllah. May Allah shows u guys the best next path of life. Istikharah is the best medium to seek for HIS suggestions.

Congrates to all teachers for the infinite effort, may Allah bless u