Saturday, March 13, 2010

nilai dari hati, renung dari minda



Subhanallah, sungguh agung ciptaanNya, sungguh indah kurniaanNya.
Keindahan ciptaanNya tidak ternilai, tidak dapat diganti dengan seluruh harta kekayaan dunia. Dari mula sejarah penciptaan seorang manusia, kita dapat lihat betapa uniknya proses itu

Renungilah ciptaan Allah kerana berfikir sejenak tentang keagungan Allah lebih baik daripada ratusan rakaat solat.


Keajaiban ciptaan Allah - Harun Yahya


Kita seharusnya bersyukur dengan setiap apa nikmat yang Allah kurniakan kerana sesungguhnya setiap perkara buruk dan baik itu adalah ujian dari Ar-Robb untuk menguji sejauh mana ketakwaan kita kepada-Nya.
Bagi yang berasa dirinya cukup bertuah dilahirkan dalam keluarga berada atau memiliki kecerdikan melebihi orang lain, sedarlah manusia adalah sekadar hamba di sisi Allah, semuanya sama.

Teringat kata2 seorang ustaz, manusia keluar dari rahim seorang ibu dari tempat yang kotor dicemari najis. Bukan sahaja lahir dari tempat yang kotor, kita juga tanpa sedar sedang mengusung najis di dalam tubuh kita ke mana saja kita pergi. Di mana? Jawabnya, di dalam perut kita, usus besar. Jika diimbas pengimbas organ, dapat dilihat setiap daripada kita sedang mengusung najis yang jika dilihat dengan mata kasar menimbulkan kejelekan dan menggelikan. Saudaraku, kita manusia sama saja, walau tinggi mana status sosial kita dalam masyarakat, betapa tinggi taraf pendidikan kita, kita tetap sama di mata Allah. Apa yang membezakan kita ialah ketakwaan kita kepada-Nya.

Ya Allah, jauhkanlah kami daripada sifat riak dan jadikanlah kami hamba-Mu yang sentiasa mengingati-Mu dan mensyukuri nikmat-Mu.

No comments: