Friday, May 21, 2010

dari mata turun ke hati

Hati ialah pusat kawalan segala perkara berkaitan perbuatan
Buruk hati, buruklah kita
Baik hati, kita terjaga

Rasulullah s.a.w bersabda yang maksudnya:”Ketahuilah bahawa dalam jasad manusia ada seketul daging (segumpal darah), jika baik maka baiklah seluruh anggota dan jika rosak maka rosaklah seluruh anggota, itulah hati.”
Bukhari dan Muslim

Macam mana nak jaga hati daripada penyakit hati?
Vitamin C? Colagen? Or spirulina?
Takde jawapan melainkan dengan zikrullah
Dengan mengingati DIA, hati terjaga, tangan terpelihara, lidah akan berkata perkara2 baik jek, tapi nak buat bukan benda yang senang, mujahadah mesti tinggi, kuat

Apa sebenarnya yang mempengaruhi hati?
Of kos, orang pun tahu, one of them ialah mata
Dari mata turun ke hati
Bukan setakat perempuan tengok laki hensem jatuh hati or sebaliknya
Tengok perkara yang tak elok pon boleh jejas hati kan
Bila tengok maksiat, hati mesti dah start nak mengata, tu jelah mampu kita buat (especially aku la)
Nak mencegah tu tak pulak
Susah.. susah
Bila dah mencegah pakai hati jek, tu dah dikira selemah-lemah iman lah kan,
Ya Allah, betapa lemahnya aku

So nasihat kepada diri sendiri dan sape2 yang baca ni, tolonglah elakkan maksiat, kesian dekat orang yang melihat
Alih2 dia yang dapat saham sekali tengok maksiat, bukan semua orang mampu nak tegur kita
Wallahu a'lam

Sunday, May 9, 2010

mama~



Happy Mothers' Day to all mothers worldwide wished especially to my greatest MAMA

Puan Hajjah Norhayati Mamat

For all her effort nurturing us three
For all her sweat taking care of us
For all her nags
For all her cooking she made nice and tempting
For all her love poured upon us
For all things about her

Sorry mama for all my wrong-doings

Thanks ALLAH for this wonderful woman be by our side

Rasulullah SAW bersabda “Keredaan Allah adalah di bawah keredaan kedua-dua ibu bapa dan kemurkaan Allah adalah di bawah kemurkaan kedua-dua ibu bapa.” (HR Tirmizi dan di tashih oleh Ibnu Hibban dan Hakim)


Friday, May 7, 2010

masih ada waktu

Tengah syok2 mengumpat, mana nak sedar diri berdosa
Lepas puas mengumpat, baru akal sebenar masuk dalam kepala
"Alamak aku dah buat dosa tadi. Kena bertaubat ni"
Esok jumpa geng sekepala, buat lagi benda yang sama
Bila tersedar, bertaubat lagi
Ulang n ulang...

Manusia memang sedar buat salah dan tahu juga nak bertaubat macam mana
Tapi sejauh mana kita nak buat salah n bertaubat n ulang buat yang sama sampai bila2
Bila kita nak betul2 bertaubat, berazam taknak buat salah lagi
Katakan kalau kita buat salah n on the way nak bertaubat tu, nyawa dicabut Ar-Robb
Terjamin ke niat kita nak bertaubat tu diterima?
Padahal sebelum tu taubat dah banyak kali tapi langsung tak terkesan dalam hati

Dari Abu Musa r.a, dari nabi s.a.w katanya:”Allah Azza wa Jalla membentangkan tangan-Nya pada malam hari untuk menerima taubat orang yang bersalah siang hari, dan membentangkan tangan-Nya siang hari untuk menerima taubat orang yang bersalah malam hari sehingga matahari terbit di Barat.”
(Muslim)
Aku bagi satu situasi, sepasang couple ni baru balik dating kat McD
Si perempuan ni sampai hostel baru sedar dia dah buat dosa berduaan dengan si lelaki tanpa muhram
Then bertaubat
Esok jumpa, dating lagi, kat KFC lak
Balik nak taubat lagi,
Fikir sendiri lah...

Cuba kita refleks balik, mungkin taubat yang sebelum2 ni bukan atas niat yang betul dan mungkin jugak tak disertai dengan azam yang konkrit untuk berubah. Natijahnya, taubat separuh jalan, esok buat lagi. Fikir2kan


Wallahu a'lam

Thursday, May 6, 2010

...

Salam alayk
Lama aku tinggalkan blog ni bersawang tak di'update'
Sibuk mungkin, yang pasti kemalasan beraja dalam diri

Hanya nak berkongsi tentang kehidupan aku kebelakangan ni sebagai seorang pelajar IB world school, berikut adalah senarai beberapa tugas yang perlu disiapkan segera;

- EE Malay dah kena mula karang n submit sebelum sem break, 9-10 page, aku pun tak pasti boleh siap atau tak
- Essay TOK dah nak hantar
- Filing system CAS kena update
- Final Sem Exam dah nak dekat

n ada lagi.....

Nyawa tahap nyawa ikan dah sekarang.
Kita, termasuk aku sekali la sebagai manusia biasa kadang-kala tertanya kenapa banyak sangat cabaran dalam hidup, mampu ke aku nak pikul semua ni.

Tapi
Allah takkan membebani hamba-Nya dengan sesuatu yang tidak mampu ditanggungnya

Tapi, macam tak cukup masa jek. 24 jam tetap 24 jam kan, tak boleh nak ubah. Yang boleh diubah ialah sikap kita, sejauh mana kita bijak mengurus masa. Ni baru masa belajar, belum masa dah bekerjaya nanti plus kalau dah nak jadi doktor memang dah tahu lah macam mana. Kira macam lapang jugak lah, still ada masa nak online Facebook. Dan kita mesti bersyukur sebab masih ada masa.

Ingat lima perkara sebelum lima perkara

Lapang sebelum sempit


Tu baru cabaran zahiriah duniawi, batiniah?
Nak menjaga hati, ibadat, fikiran dan seumpamanya memerlukan satu hal, memerlukan kekuatan
Bab menjaga hati, Subhanallah, memang susah...
Penyakit hati bukan susah pun nak hinggap
Sikit-sikit dengki, sikit-sikit buruk sangka, sikit-sikit riak
Orang tak nampak, kita sendiri yang tahu hati kita macam mana
Tu belum masuk bab zina hati lagi,

Ya Allah, bantulah kami hamba-Mu yang lemah ini....

Bila nafsu bermaharajalela plus syaitan dok asyik keliling kita, sistem pertahanan iman pun boleh tumbang.
Mohon dijauhkan, amiin

So, jom refleks balik, sejauh mana kita dah kenal diri kita, ibadat kita terjaga atau tak? Qiamullail jadikanlah amalan. Taubat jadikan kebiasaan. Quran jadi panduan

Wallahu a'lam....