Thursday, May 6, 2010

...

Salam alayk
Lama aku tinggalkan blog ni bersawang tak di'update'
Sibuk mungkin, yang pasti kemalasan beraja dalam diri

Hanya nak berkongsi tentang kehidupan aku kebelakangan ni sebagai seorang pelajar IB world school, berikut adalah senarai beberapa tugas yang perlu disiapkan segera;

- EE Malay dah kena mula karang n submit sebelum sem break, 9-10 page, aku pun tak pasti boleh siap atau tak
- Essay TOK dah nak hantar
- Filing system CAS kena update
- Final Sem Exam dah nak dekat

n ada lagi.....

Nyawa tahap nyawa ikan dah sekarang.
Kita, termasuk aku sekali la sebagai manusia biasa kadang-kala tertanya kenapa banyak sangat cabaran dalam hidup, mampu ke aku nak pikul semua ni.

Tapi
Allah takkan membebani hamba-Nya dengan sesuatu yang tidak mampu ditanggungnya

Tapi, macam tak cukup masa jek. 24 jam tetap 24 jam kan, tak boleh nak ubah. Yang boleh diubah ialah sikap kita, sejauh mana kita bijak mengurus masa. Ni baru masa belajar, belum masa dah bekerjaya nanti plus kalau dah nak jadi doktor memang dah tahu lah macam mana. Kira macam lapang jugak lah, still ada masa nak online Facebook. Dan kita mesti bersyukur sebab masih ada masa.

Ingat lima perkara sebelum lima perkara

Lapang sebelum sempit


Tu baru cabaran zahiriah duniawi, batiniah?
Nak menjaga hati, ibadat, fikiran dan seumpamanya memerlukan satu hal, memerlukan kekuatan
Bab menjaga hati, Subhanallah, memang susah...
Penyakit hati bukan susah pun nak hinggap
Sikit-sikit dengki, sikit-sikit buruk sangka, sikit-sikit riak
Orang tak nampak, kita sendiri yang tahu hati kita macam mana
Tu belum masuk bab zina hati lagi,

Ya Allah, bantulah kami hamba-Mu yang lemah ini....

Bila nafsu bermaharajalela plus syaitan dok asyik keliling kita, sistem pertahanan iman pun boleh tumbang.
Mohon dijauhkan, amiin

So, jom refleks balik, sejauh mana kita dah kenal diri kita, ibadat kita terjaga atau tak? Qiamullail jadikanlah amalan. Taubat jadikan kebiasaan. Quran jadi panduan

Wallahu a'lam....

4 comments:

Eliyana Saliha Elias said...

moga Allah mudahkan semua urusan awak =)

take care!!

sara said...

insyaAllah
kak Elly 2 !!!

khadijah said...

salam,
IB itu mendekatkan kita lagi dengan Allah,betul tak?
Good luck exam..kita pun exam 17hb ni..
p/s: awk wat EE Malay? gler best,sy wat EE bisnes..=))

sara said...

btol3 ib mmg sgt beneficial
yep malay, bdk medic kms xambek bisnes, wajib amek fizik
ktrg 24 exam, gudluck then