Buruk hati, buruklah kita
Baik hati, kita terjaga
Rasulullah s.a.w bersabda yang maksudnya:”Ketahuilah bahawa dalam jasad manusia ada seketul daging (segumpal darah), jika baik maka baiklah seluruh anggota dan jika rosak maka rosaklah seluruh anggota, itulah hati.”Bukhari dan Muslim
Macam mana nak jaga hati daripada penyakit hati?
Vitamin C? Colagen? Or spirulina?
Takde jawapan melainkan dengan zikrullah
Dengan mengingati DIA, hati terjaga, tangan terpelihara, lidah akan berkata perkara2 baik jek, tapi nak buat bukan benda yang senang, mujahadah mesti tinggi, kuat
Apa sebenarnya yang mempengaruhi hati?
Of kos, orang pun tahu, one of them ialah mata
Dari mata turun ke hati
Bukan setakat perempuan tengok laki hensem jatuh hati or sebaliknya
Tengok perkara yang tak elok pon boleh jejas hati kan
Bila tengok maksiat, hati mesti dah start nak mengata, tu jelah mampu kita buat (especially aku la)
Nak mencegah tu tak pulak
Susah.. susah
Bila dah mencegah pakai hati jek, tu dah dikira selemah-lemah iman lah kan,
Ya Allah, betapa lemahnya aku
So nasihat kepada diri sendiri dan sape2 yang baca ni, tolonglah elakkan maksiat, kesian dekat orang yang melihat
Alih2 dia yang dapat saham sekali tengok maksiat, bukan semua orang mampu nak tegur kita
Wallahu a'lam
No comments:
Post a Comment