Monday, January 30, 2012

My favourite woman

Kalau kat rumah dulu, Mama selalu paksa aku masuk dapur. Dengan 2 kemungkinan, either sebab nak suruh aku belajar masak or Mama sendiri malas masak. Tapi kan tapi kan, aku rasa probability untuk kemungkinan ke-2 tu lagi besar daripada yang pertama. Sorry Mama, I know you better. Hikhik *gelak comel*.


Why I sound sooo sweet post entry pasal Mama ni? Sebab 28/01 is Mama's birthday yang ke.... Haaa cubalah teka. Tett semua salah, jawapannya 26. Eh Mama sendiri yang bagitahu I. Apa2 usia pon, age is just a number, yang penting hati sentiasa muda, ewah. Eh yang tu prinsip Abah. Abah selalu berangan nak ada anak kecik sebab nak nampak muda macam newly-wed almaklumlah kami semua dah besar tapi tak berapa panjang. Kontot2 je. Abah taknak ada menantu buat masa terdekat ni sebab taknak nampak tua. Eh apasal aku terkeluar bab ni. *facepalm*

Abah bahagia bersama anak pinjam beliau yakni cucu saudara beliau.


Kalau dikikis (?) cerita zaman muda remaja dulu, khabarnya Mama dulunya tak reti masak. *gaya gosip Mak Joyah* Tapi sekarang, "You all nak makan apa? Mama masak" kata Mama dengan bongkak. Mungkin dulu sebab jarang balik rumah since Mama stay boarding school sejak form 1, macam aku lah tapi aku advance sikit. Boleh lah goreng ikan. Mungkin sebab mengenangkan kisah tragis hidup beliau, beliau seringkali memaksa anak sulung beliau yakni aku untuk rajin menjenguk ke dapur. 

Betullah orang kata, "You are how you are brought up" 
Bila nak dekat umur 21 ni (eh beza 5 tahun je dengan Mama?) aku baru terasa kebenaran kata-kata tu. Before ni bukan tak percaya tapi bila dah berjauhan dengan parents ni, baru betul-betul terasa that almost everything we do daily is being influenced by how parents acted before. Kanak-kanak umpama kain putih, ibu bapalah yang mencorakkannya. Haa ni pengaruh iklan Softlan namanya. 

Pernah satu hari dulu, aku mogok dengan Mama seminggu sebab Mama marah aku salah masak sayur. Tegur je pun tapi terus lari masuk bilik mogok taknak makan. Ni semua gara-gara PMS. Seminggu lepas tu, Abah panggil bincang kat meja makan. Mama garang ! Abah baik *bodek* Eh tak, Mama baik jugak. Love you Ma !

Now I've realized how influential Mama's words in life. Now I've realized setiap ajaran dan didikan Mama menjadikan aku seorang perempuan. *Mak aih ayat* Hidup ni bukan setakat nak belajar pastu kerja je. Ada suatu ketika nanti, walau payah untuk aku telan hakikat ni, tapi aku tetap akan hidup berdikari dan berkeluarga sendiri. Macam cliche je bunyinya tapi I've grown up. Sedih tengok segelintir kawan-kawan yang walaupun dah umur cecah 20-an tapi still menjerit-jerit bila minyak terpercik masa goreng ikan. Nak potong bawang pun tak pandai. Bancuh air pun terkial-kial. Maaflah, I'm annoyed of these. Tapi the blame is not totally on them sebab parents' role itu penting. 

And I'm feeling great having you, MAMA in my life !
I know you won't read this but I know you'll shed your tears just so you know that Abe, Abby and me love you sooo much eventhough nagging is your hobby and part time job. Just like when your eyes got reddish after watching the video I made 2 years ago during the mothers' day and you pretended to watch nothing. 

I love you Mama ! <3 <3
Ya Allah Ya Tuhanku, cucurilah rahmat dan kasihilah kepada kedua ibu bapaku seperti mereke mengasihi dan menyayangiku sewaktu aku kecil"

Monday, January 23, 2012

4 bulan 4 bulan

Heyyy bukan 4 bulan mengandung !

It's been 4 months (or more) I'm here in a small city called Olomouc. How to pronounce it? It's Olomouts. And alhamdulillah, Allah permudahkan segala urusan aku sepanjang tempoh ni. 

Sehinggalahhh....

Datangnya seorang mamat Polish bersubang di hidung bernama Carol, Karen whatever who moved into our house days ago. Ya, kat sini, males and females can be in the same house even in the same room. Biasalah matsaleh. 

Before this, Veronika, a Czech medic student yang stay dalam bilik single tu so takde lah rasa macam ada lelaki dalam rumah ni sangat even her handsome boyfriend, Martin selalu datang. Sesungguhnya Martin tu amatlah peramah wa cakap lu, jumpa je "hi", masuk rumah tengah masak "hi", keluar bilik "hi", keluar toilet "hi". Veronika is quite silent maybe due to her English which is not as good as Martin's. Pastu Veronika pindah rumah dengan alasan nak serumah dengan classmates dia padahal tak tahan dengan kitorang yang selalu buat bising dalam toilet. Haha. That's the weakness when a single room is attached to the bathroom which should be slightly privacy. Orang gosok gigi pun boleh dengar dari dalam dengan clear nya. 

Back to Carol, Karen whatever. *Macam entry ni entry pasal dia pulak. 

Masalah aku dengan mamat ni ialah bau perfume dia yang tersangatlah kuat. What more can we imagine about men's perfume than it's strong smell. We can easily detect whether he's home. Disebabkan kitorang berkongsi bathroom dengan dia, terpaksa la tahan bau perfume tu just after he used the toilet. 

One day, nak cakap yang si mamat bermata hijau ni rajin buat kerja rumah agaknya, dia basuh baju menggunakan sistem tradisional *basuh pakai tangan lahh* instead of using pradelna (washing machine room) and sidai atas heater dalam bathroom. Semerbak toilet dengan bau perfume dia. Aku nak masuk toilet pun kena tengok kiri kanan dulu nak pastikan toilet tu betul-betul takde orang. Adoii sesak jiwa raga I ni you taw tak. 

Ok tu je nak cerita. -The end-

Each story has it's moral values behind, so apa moral values kisah tragis di atas? 
Jangan sidai baju atas heater, kang heater rosak. Tett.


*Mood bosan cuti sebulan. Tak sabar nak pergi Jerman and UK sekali lagi ! *lompat. 

Monday, January 16, 2012

Vienna, Austria

Alhamdulillah sampai jugak kaki ni melangkah ke Vienna. Sebuah kota Eropah kegemaran pelancong yang sukakan untouched architecture macam aku. Binaan bangunan tak terpengaruh dengan gaya moden sebaliknya keunikan hasil tangan penggiat seni bina Eropah dikekalkan.

Visiting Vienna during winter seems not to be the best decision since some part of the land is being covered by snow and there's no flower along the road, but still the buildings can be viewed as they are supposed to be. Thanks for the snow which does not fall that heavy.

At first, I expected that a vacation with quite a number of people in it is such no fun but it turned out to be not that bad. Friends, you are awesome !





In front of Wien Universitat. 

 Schonbrunn Palace




 Vienna Islamic Centre

Prater Amusement Park

 Vienna Zentrum


The prices of stuff here are bloody ridiculous ! But people who go there must have tried their coffee. It's a quite famous hotstuff there.

That small cup of coffee in my hands priced 1.35 euro. I've finished it with a sip. Ok lahh tu Europe kot, what do you expect, even in Malaysia pun, kadang2 harga buat orang jatuh rahang.

Sunday, January 1, 2012

JUMS

Salam alayk

Terasa kesuntukan untuk menulis namun digagahkan demi menyampaikan sebaris kalimah ilham pemberian-NYA.

Alhamdulillah beberapa hari lepas, aku berpeluang ke Manchester, UK untuk menghadiri program Jalinan Ukhuwah Musim Sejuk (JUMS) anjuran Ikatan Muslimin Malaysia (ISMA) Eropah. Annual program which is closely translated as a winter gathering among students in Europe khasnya untuk ahli-ahli ISMA.

One word in one breath : AWESOME !


Pergi ke sesuatu camp bukan sesuatu yang baru tapi setiap kali pergi ke sesuatu camp, mesti dapat sesuatu yang baru. Got me? 

Bertempat di Lake District, Cumbria, Manchester, JUMS membuka mata aku kepada hala tuju sebenar sebuah perjuangan demi merealisasikan satu agenda ummah. Dan di sinilah, dapat terlihat pentingnya sebuah kesatuan dan penyatuan. 

Sila cek 7 maratib amal. Apa yang diletakkan pada tangga teratas? Yes, usta'ziatul alam. Islam sebagai rujukan alam. Itulah agenda kita. 

Kita mahu kembalikan Islam sebagai rujukan alam seperti mana yang kita pernah kecapi zaman kerajaan Abbasiyah dulu. Ingat lagi apa yang berlaku pada zaman Abbasiyah? Jawab dalam hati sebab takkan semua orang mampu ingat apa yang berlaku termasuk aku. Kita dah belajar sejarah kebangkitan Islam waktu di sekolah dulu tapi sejauh mana kita telah mengekstrak nilai dan pengajaran daripada cerita-cerita tu. Aku berani jamin kurang daripada 1% students yang betul-betul menghayati cerita-cerita sejarah kebangkitan Islam yang diajar dalam kelas dulu. Dan 99% tu adalah aku. Sebab tu salah seorang menteri pertahanan Israel pernah labelkan orang Islam sebagai kaum yang malas mengkaji sejarah. 

Berbalik kepada JUMS.

Sepanjang camp, 3 talks daripada Ustaz Halim Abdullah, biro dakwah ISMA telah bertemakan 'cheese'. Kalau nak cakap pasal 'cheese' ni memang penat lah menaip. Maka aku decide nak bongkar 'cheese' ni dalam next entry. Sesiapa yang berminat nak browse up 'cheese' ni, silalah baca buku "Who Moved My Cheese" tulisan Spencer Johnson. Nak senang, bukak Scribd je. Nak lagi senang, browse dalam YouTube je. 

Siapa generasi harapan tu? KITA lah !

Sesiapa yang tolong jalan Allah, Allah akan tolong jalan dia. Cek surah Muhammad. 

P/s : Terima kasih Kak Kina *tetiba*