Why I sound sooo sweet post entry pasal Mama ni? Sebab 28/01 is Mama's birthday yang ke.... Haaa cubalah teka. Tett semua salah, jawapannya 26. Eh Mama sendiri yang bagitahu I. Apa2 usia pon, age is just a number, yang penting hati sentiasa muda, ewah. Eh yang tu prinsip Abah. Abah selalu berangan nak ada anak kecik sebab nak nampak muda macam newly-wed almaklumlah kami semua dah besar tapi tak berapa panjang. Kontot2 je. Abah taknak ada menantu buat masa terdekat ni sebab taknak nampak tua. Eh apasal aku terkeluar bab ni. *facepalm*
Abah bahagia bersama anak pinjam beliau yakni cucu saudara beliau.
Kalau dikikis (?) cerita zaman muda remaja dulu, khabarnya Mama dulunya tak reti masak. *gaya gosip Mak Joyah* Tapi sekarang, "You all nak makan apa? Mama masak" kata Mama dengan bongkak. Mungkin dulu sebab jarang balik rumah since Mama stay boarding school sejak form 1, macam aku lah tapi aku advance sikit. Boleh lah goreng ikan. Mungkin sebab mengenangkan kisah tragis hidup beliau, beliau seringkali memaksa anak sulung beliau yakni aku untuk rajin menjenguk ke dapur.
Betullah orang kata, "You are how you are brought up"
Bila nak dekat umur 21 ni (eh beza 5 tahun je dengan Mama?) aku baru terasa kebenaran kata-kata tu. Before ni bukan tak percaya tapi bila dah berjauhan dengan parents ni, baru betul-betul terasa that almost everything we do daily is being influenced by how parents acted before. Kanak-kanak umpama kain putih, ibu bapalah yang mencorakkannya. Haa ni pengaruh iklan Softlan namanya.
Pernah satu hari dulu, aku mogok dengan Mama seminggu sebab Mama marah aku salah masak sayur. Tegur je pun tapi terus lari masuk bilik mogok taknak makan. Ni semua gara-gara PMS. Seminggu lepas tu, Abah panggil bincang kat meja makan. Mama garang ! Abah baik *bodek* Eh tak, Mama baik jugak. Love you Ma !
Now I've realized how influential Mama's words in life. Now I've realized setiap ajaran dan didikan Mama menjadikan aku seorang perempuan. *Mak aih ayat* Hidup ni bukan setakat nak belajar pastu kerja je. Ada suatu ketika nanti, walau payah untuk aku telan hakikat ni, tapi aku tetap akan hidup berdikari dan berkeluarga sendiri. Macam cliche je bunyinya tapi I've grown up. Sedih tengok segelintir kawan-kawan yang walaupun dah umur cecah 20-an tapi still menjerit-jerit bila minyak terpercik masa goreng ikan. Nak potong bawang pun tak pandai. Bancuh air pun terkial-kial. Maaflah, I'm annoyed of these. Tapi the blame is not totally on them sebab parents' role itu penting.
And I'm feeling great having you, MAMA in my life !
I know you won't read this but I know you'll shed your tears just so you know that Abe, Abby and me love you sooo much eventhough nagging is your hobby and part time job. Just like when your eyes got reddish after watching the video I made 2 years ago during the mothers' day and you pretended to watch nothing.
I love you Mama ! <3 <3
Ya Allah Ya Tuhanku, cucurilah rahmat dan kasihilah kepada kedua ibu bapaku seperti mereke mengasihi dan menyayangiku sewaktu aku kecil"
No comments:
Post a Comment