Salam alayk
Terasa kesuntukan untuk menulis namun digagahkan demi menyampaikan sebaris kalimah ilham pemberian-NYA.
Alhamdulillah beberapa hari lepas, aku berpeluang ke Manchester, UK untuk menghadiri program Jalinan Ukhuwah Musim Sejuk (JUMS) anjuran Ikatan Muslimin Malaysia (ISMA) Eropah. Annual program which is closely translated as a winter gathering among students in Europe khasnya untuk ahli-ahli ISMA.
One word in one breath : AWESOME !
Pergi ke sesuatu camp bukan sesuatu yang baru tapi setiap kali pergi ke sesuatu camp, mesti dapat sesuatu yang baru. Got me?
Bertempat di Lake District, Cumbria, Manchester, JUMS membuka mata aku kepada hala tuju sebenar sebuah perjuangan demi merealisasikan satu agenda ummah. Dan di sinilah, dapat terlihat pentingnya sebuah kesatuan dan penyatuan.
Sila cek 7 maratib amal. Apa yang diletakkan pada tangga teratas? Yes, usta'ziatul alam. Islam sebagai rujukan alam. Itulah agenda kita.
Kita mahu kembalikan Islam sebagai rujukan alam seperti mana yang kita pernah kecapi zaman kerajaan Abbasiyah dulu. Ingat lagi apa yang berlaku pada zaman Abbasiyah? Jawab dalam hati sebab takkan semua orang mampu ingat apa yang berlaku termasuk aku. Kita dah belajar sejarah kebangkitan Islam waktu di sekolah dulu tapi sejauh mana kita telah mengekstrak nilai dan pengajaran daripada cerita-cerita tu. Aku berani jamin kurang daripada 1% students yang betul-betul menghayati cerita-cerita sejarah kebangkitan Islam yang diajar dalam kelas dulu. Dan 99% tu adalah aku. Sebab tu salah seorang menteri pertahanan Israel pernah labelkan orang Islam sebagai kaum yang malas mengkaji sejarah.
Berbalik kepada JUMS.
Sepanjang camp, 3 talks daripada Ustaz Halim Abdullah, biro dakwah ISMA telah bertemakan 'cheese'. Kalau nak cakap pasal 'cheese' ni memang penat lah menaip. Maka aku decide nak bongkar 'cheese' ni dalam next entry. Sesiapa yang berminat nak browse up 'cheese' ni, silalah baca buku "Who Moved My Cheese" tulisan Spencer Johnson. Nak senang, bukak Scribd je. Nak lagi senang, browse dalam YouTube je.
Siapa generasi harapan tu? KITA lah !
Sesiapa yang tolong jalan Allah, Allah akan tolong jalan dia. Cek surah Muhammad.
P/s : Terima kasih Kak Kina *tetiba*
No comments:
Post a Comment