Sunday, June 3, 2012

Di mana rakan2 kita

Assalamualaikum. 

Akhir-akhir ini, jiwa aku terasa memberontak. Ya, sejak event K-Pop di Himpunan Jutaan Belia (HJB) yang lepas. 

K-Pop disogok untuk anak-anak muda. Dan, aku seorang belia. Aku tahu ramai kawan seusia yang tergila-gilakan artis-artis Korea, segelintir menjadikan mereka sebagai idola, tapi kerajaan TIDAK PERLU untuk menambahkan lagi kegilaan ni. Cukuplah sebagai hiburan individu yang sederhana, tidak salah berhibur tapi ada batasnya. Batas pergaulan lelaki perempuan perlu dijaga. Tapi kalau dah buat event macam ni, perkara agama diketepikan, bertindih lelaki perempuan, terkinja-kinja, pekik-lolong tanpa rasa malu, adakah ini yang dikatakan event yang paling efektif untuk membentuk peribadi belia? Adakah ini belia yang akan mencorakkan kepimpinan negara pada masa depan?

Para ustaz dok sibuk buat ceramah untuk anak-anak muda, sibuk pula 'dia' buat konsert free. Adakah dengan kedatangan artis bernilai RM2 juta tu boleh menyelesaikan masalah sosial kalangan anak muda sekarang? Haih. Kesal dengan 'dia'. Maaf kalau kata-kata ini sedikit mengguris hati kawan-kawan yang membaca sebab aku tahu ada segelintar kawan dari latar keluarga yang bergiat dalam politik, regardless from my school, college or university. 

Sekarang, kita boleh berfikir. Dah pandai menilai mana baik mana buruk. Yang mana SALAH secara ZAHIR. Tidak perlu menilai apa yang dalam hati, niat atau sebagainya, kerana itu urusannya dengan Allah. Yang jelas salah, yang itu harus kita perbaiki. 

" Sesiapa yang melihat sesuatu kemungkaran, maka hendaklah mencegahkannya dengan tangan, sekiranya tidak mampu maka dengan lidahnya, sekiranya tidak mampu, dengan hatinya. Yang demikian itu adalah selemah-lemah iman. (Riwayat Muslim)

Memetik kata seorang menteri "Inilah belia yang kita mahu. Merekalah yang akan mencorakkan kepimpinan negara pada masa depan dengan cara mereka sendiri." 

Maaf Dato' menteri, sepatutnya kerajaanlah yang perlu membimbing anak muda yang bakal memerintah 10 atau 20 tahun akan datang. Dan jangan dilupa, sebuah pimpinan dan teraju itu tak lain tak bukan mesti bertunjangkan ALLAH SEBAGAI MATLAMAT. Tidak perlu risau tentang penerimaan non-muslim sebab mereka menghormati orang yang mentaati agama dengan sebenar. Aku sendiri ramai kawan non-muslim dan mereka sangat menghormati amalan agama kita. Ditambah lagi, bila kita tunjukkan akhlak dan pencapaian akademik yang baik.

Rujuk sendiri pimpinan Rasulullah, di mana di bawah pemerintahan baginda bukan sekadar golongan Muslimin, malah Yahudi serta Nasrani. Even mungkin timbul pemberontakan kerana ego untuk menerima Islam sebagai agama utama, kerajaan perlu bijak menanganinya. Itulah gunanya agama sebagai guideline hidup, bukan setakat untuk ibadat, munakahat juga digariskan secara jelas. Lainlah kalau ilmu agama pun tunggang-langgang. 

Ya aku bukan sesiapa. Tapi aku dah 21 tahun ni ya, haha. Sebelum kita berkata, mengkritik orang, diri sendiri yang perlu dibetulkan dulu. Solat, yang paling utama. Hubungan dengan Allah perlu sentiasa dijaga. Hubungan dengan manusia juga jangan diambil ringan. 


MasyaAllah, sungguh aku rindu zaman sekolah. Terasa jawatan dan kuasa pimpinan pelajar yang aku pegang ketika itu disia-siakan, walhal mungkin aku mampu membawa 'pencerahan' kepada pelajar sekolah aku walau sedikit. 

Sungguh aku rindu zaman aku boleh bersuara dengan bebas. Even it's just a school, tapi setidaknya aku yakin aku berperanan even sedikit, bukan hanya berpeluk tubuh tengok dari jauh tapi langsung tak bertindak apa-apa. Ya, tiada manusia yang sempurna, tidak semua yang dilakukannya betul, included me yang kadang-kadang bertindak mengikut emosi, tapi kawan-kawan yang meneutralkan keadaan. 

Kerana yang menegur tak semestinya wajib elok tingkah lakunya. Tapi sekurang-kurangnya dia menegur ke arah kebaikan. Tak ada yang sempurna kan. - The Afiqah, my childhood friend.

Jomlah perbaiki solat kita kawan-kawan, kerana solat itulah titik permulaan hidup beragama. Dengan agama, insyaAllah, kita mampu melihat mana yang hak mana yang batil. 

Dekatkanlah diri kita dengan Quran, kerana Quran itulah perlembagaan hidup kita bukan Perlembagaan Negara, hee. Dengan Quran, juga, hak dan batil dapat dipisahkan.

"Kalau nak lihat masa depan negara, lihatlah pemuda hari ini" -Saidina Ali

5 comments:

arin ahim said...

hebat mak cik sara! so true!

makin hebat cabaran nak tunaikan solat sekarang ni,
subuh awal pagi, maghrib dekat waktu tidur.
moga Allah berkati dan rahmati kita :)

btw, lawa blog!

..nor.. said...

betol88 sara..

hambaMu said...

likelikelikelikelike!

atiqaaskan said...

mantop!

Anonymous said...

well said sis!...let's start from ourself,then the others...