Saturday, December 29, 2012

JUMS '12

Bismillah...

Alhamdulillah kerana diberi kesempatan dan sedikit waktu untuk aku sekali lagi menyertai Jalinan Ukhuwah Musim Sejuk (JUMS) buat kali kedua aku di bumi Eropah. Untuk kali keduanya, JUMS tidak pernah tidak memberi aku kesan yang cukup mendalam dengan pelbagai modul dan aktiviti.


Christmas break kali ini diisi dengan musafir ke Edinburgh, Scotland. Kali ini, JUMS berlokasikan di tengah-tengah bandar Edinburgh, berbanding tahun lepas yang diadakan di sebuah perkampungan berlatar belakangkan gunung-ganang yang indah permai di Manchester, England. 

Speaker-speaker hebat; Dr Zainur Rashid, Ustaz Fauzi Asmuni tidak dilupa Akhi Zaim. Kata-kata mereka cukup menggegar, full with information. JUMS kali ini mengetengahkan pengetahuan sejarah Melayu dan Islam serta peranan pemuda dalam lapangan dakwah dan tarbiyah di Malaysia khusus sebagai bekalan para mujahid di bumi Eropah yang bakal pulang ke tanah air. Tema ini jelas dapat dilihat pada tajuk-tajuk kuliyah:

Kuliyah 1 : Islam di Tanah Melayu oleh Ustaz Fauzi Asmuni
Kuliyah 2 : Revolusi Arab dan Umat Sejagat oleh Dr Zainur Rashid
Kuliyah 3 : Ancaman Barat kepada Umat Islam oleh Dr Zainur Rashid
Kuliyah 4 : Pengukuhan Islam di Malaysia oleh Ustaz Fauzi Asmuni

Diselit juga dengan aktiviti explorace yang menghendaki para peserta untuk explore seluruh bandar Edinburgh. Aku tak explore pun sebab kena jaga checkpoint berjam-jam mencecah 4 jam berdiri macam tugu depan National Museum Edinburgh dengan angin beku. Haru. Tidak dilupa forum 'Peranan Pemuda' pada malamnya. Ok time ni aku hanya mampu dengar 2 3 minit then the rest ZzZz, penattt. 

JUMS kali ini mengajar aku betapa susahnya mengendalikan sesuatu program sebab I'm one of the modules and activities teammates. Dan betapa pentingnya memberi informasi yang betul kepada orang yang berurusan dengan anda, because I was the culprit of the chaos ! Ampun tuanku. 

JUMS kali ini juga bermakna sebab dapat join sama-sama usrahmates. Last year, I was alone back then, terkebil-kebil seorang diri tak kenal walau seorang pun nasib baik lah aku ni peramah akak-akak ISMA Eropah ni mesra-mesra orangnya. 


So this is Edinburgh. 

Lepas selesai JUMS, bertolak ke London. Ok yang tu lain cerita.

Miss you JUMSSSS!! Rindu akhawat-akhawat jugakkk!

Semoga ilmu baru dapat dikongsi sesama kawan-kawan Olomouc yang tak berkesempatan.

No comments: