Salam alaik
Sekadar mahu meluahkan sesuatu.
Aku jarang berdepan dengan kegagalan. Since I was small, apa yang aku nak aku akan dapat. Bila dah dewasa, waktu sangat banyak mengajar aku. Pengalaman. Ada yang perit tak tertelan tapi nikmat terbesar sebagai manusia, aku ada ALLAH. Subhanallah. Aku paling kerap menerima pengajaran di kolej. Waktu ni lah baru aku tahu, ada waktu kita akan berada di bawah. Bukan sentiasa di atas yang sentiasa disanjung orang. Bukan semua yang kita nak akan ditunai.
Alhamdulillah, ALLAH ada bersama sentiasa. DIA tahu apa yang terbaik untuk aku. Dan honestly aku sekarang mudah menerima sesuatu kegagalan dengan minda terbuka sebab setiap sesuatu ada hikmahnya dan DIA nak kita berusaha bersungguh-sungguh bukan sekadar melepaskan batuk di tepi tangga sebab I normally think big things small.
Alhamdulillah aku dikurniakan mama and abah yang sangat sangat memahami. At a time aku gagal, ayah aku pelik sebab aku jarang berdepan dengan kegagalan. Sekarang ALLAH nak aku buka minda dan bermuhasabah.
Ahamdulillah aku dikurniakan rakan-rakan terbaik di dunia. Semoga keprihatinan kalian diberkati-NYA.
"Ya ALLAH, hanya Engkau yang tahu apa yang terbaik untuk hamba-MU, maka kurniakan yang terbaik untuk kami bersesuaian dengan jalan mendekati-MU"
Friends, I'm okay !
No comments:
Post a Comment