Assalamualaikum
Jawablah!
Rasa tak sedap badan kalau tak post entry ni. Motif entry kali ni untuk mengucapkan terima kasih kepada para sahabat saya di luar sana yang telah bersusah payah menghulurkan pelbagai pemberian sewaktu jamuan kesyukuran di rumah saya tempoh hari kira-kira sebulan yang lalu. *Tirah, Nureen, Shura, Akmal, Adilah dan Makcik Sham buat muka bosan sebab peristiwa lama tapi baru nak ungkit balik* Saya sengaja melambat-lambatkan masa menerbitkan ucapan terima kasih ni bagi mengelakkan ada sesetengah pihak berasa jealous kerana saya telah menerima sekotak mercun pop bersama sebekas cotton bud yang sungguh berharga. Terima kasih Makcik Sham. =.="
Namun demikian, kebanyakan pemberian berikut tidak mampu dibawa bersama berikutan kuota berat luggage yang sungguh mengharukan di samping keperluan lain yang lebih penting seperti 2 kg sardin cap adabi namun perkara ini juga mengharukan kerana hanya 3 tin sardin sahaja yang berjaya dibawa. Saya bukan nak cakap cotton bud tu tak penting. Ohh cukup penting! Menyesal aku tak bawak aritu, kat sini mahal nak mati.
Menyentuh soal sardin, aku dah nak dekat sebulan tak makan ikan melainkan ikan bilis. Selain faktor mahal, ikan di sini juga kurang menyelerakan anak tekak melayu ni sebab dijual dalam bentuk isi yang warna merah tu je. Untuk 3 ketul ikan, harga yang dipaparkan ialah 80 Kc. Harga tetap. Haa kau convert lah sendiri dalam RM. Nanti aku mengidam ikan tahap nak cukur kepala baru aku akan beli ikan tu kot.
Semalam jalan-jalan. Pergi Prague. Bukan semalam je, hari ni pun jalan-jalan jugak. Bila lah nak berhenti jalan-jalan agaknya. Bila berhenti jalan-jalan, duduk atas kerusi kat meja study, mata automatik jadi layu. Faktor, sejuk! Sejuk nak mati woitt wa cakap lu. Aku tahap terketar-ketar yang macam vibration alarm henfon Nokia 3 seposen cabuk untuk kejut bangun tidur tapi tak bangun-bangun jugak tu. Gila lah. Kalau kat Malaysia, sibuk nak masuk tempat-tempat ber'air-cond' tapi kat sini air-cond wa tak layan dah. Heater mau cari. Wuaaa rindunya Malaysia! Di mana-mana pun, Malaysia tetap terbaik.
Rindu mama abah abby abe, kawan-kawan dan sedara-mara di Malaysia =(
1 comment:
*blehhh*
Post a Comment