Bismillahi rahmani rahim
Saja nak menulis apabila tiba-tiba ilham jatuh ke kepala.
Aku seorang pelajar. Kamu yang membaca mungkin juga seorang pelajar. Adakah tugas pelajar hanya untuk menghadap buku? Baca, hafal, kemudian aplikasi dalam kelas. Memang takde kerja lain selain belajar?
Mungkin betul definisi sesetengah pihak bahawa pelajar ialah orang yang belajar. Cuma kita kena perluaskan lagi skop perkataan 'belajar' tu. Belajar mengenal alam sekeliling dan manusia melalui pergaulan dan aktiviti sosial juga satu metodologi menimba ilmu. Bukan sekadar menghadap buku 24 jam. Perkataan 'belajar' tu perlu diterjemah secara konseptual bukan sekadar literalnya.
Probably being trained in an IB system did develop me to an all-rounded thinker who doesn't easily jump into a generalization. Maka aku tak mudah untuk menerima perkataan 'pelajar' untuk didefinasikan sebagai 'seorang manusia yang harus cemerlang 100% dalam pelajarannya melalui method menghadap buku 24 jam". Apabila menghadap buku 24 jam dan berjaya dalam exam, maka terhasillah seorang graduan yang amat cemerlang.
Tapi perkataan 'cemerlang' tu pun kena tengok jugak. Kalau cemerlang teori, praktikal hampeh, nak bercakap dengan orang sekeliling pun terketar-ketar penangan menjadi anti-sosial di universiti dulu pun tak boleh jugak. Kalau jadi doktor yang gila hebat tapi masak air pun hangit, apa kes. Belajar masak pun kira one of the methods topping-up self-value jugak. Kau baca buku 10 kg sehari tapi tak reti goreng ayam pun mati kebulurannya jugak akhirnya kalau stok maggie dah habis lah.
Haa ni cakap kat diri-sendiri ke? Hey, aku kat Olomouc ni, ikan salmon pun aku dah pandai sembelih tau.
Setiap entry pasti ada moral value di sebaliknya. Jadilah seorang yang multi-talented apabila berjauhan dengan keluarga. Belajar segala. Jangan menghadap buku je tahu. Goreng ikan tak tahu. Goreng ikan sampai hangit, tahap kuali merekah tapi tetap buat muka tak bersalah mintak penampar. Pergi bersosial dengan kawan-kawan hatta senior-senior. Kadang-kadang rimas tengok orang yang langsung tak keluar bilik. Amaran : hal ini tiada kaitan dengan roomate aku okay. Full stop.
P/s : Entry ni ditulis gara-gara rindu zaman IB yang super aktif dan zaman sekolah yang mega aktif. Zaman universiti rasa macam siput sedut lemak tak sedut. Mungkin sekarang. Belum yang akan datang. Tak sabar nak I-Games. Debate dan lompat kijang takde ke kat sini?
Nashledanou! <--- sila cari ejaan yang betul.
No comments:
Post a Comment