Ini tiada kaitan dengan sebarang demonstrasi ya, hee.
Hampir sebulan bilik sebelah ni tak berpenghuni, hinggalah satu pagi Sabtu yang hening, kala aku dikejut oleh suara-suara cengkerik (sila percaya) untuk bangun Subuh pada jam 4.30 pagi, hidung mancungku terbau sesuatu.
Pappp. Perfume lelaki !!
Merana. Batinku menjerit.
Sekali lagi, Erasmus hinggap di rumah ni. Erasmus itu bukan sejenis binatang, ia sejenis program exchange student. Dan sekali lagi, sejenis makhluk bernama lelaki. Tak dapat nak digambarkan kekecewaan aku masa tu, frust menonggeng. Ku sangka panas hingga ke petang, hujan di tengah hari. Ku sangka perempuan yang masuk, lelaki jugak yang kau sumbat masuk rumah ni. Sia-sia je selama ni sekolah aku mengharamkan pencerobohan lelaki ke asrama perempuan, padahal bila masuk universiti, duduk serumah dengan lelaki. Hmm.
Kali ni. orang Chile. Dulu Polish and Russian. Semua lelaki. Rimas.
Part yang lain dari yang lain dengan housemate kali ni ialah dia ni terlebih peramah pulak. Aku alergik betul la dengan lelaki terlebih peramah ni, serabut je. First day jumpa, dia ajak kitorang housemate keluar lunch. Ok then tak jadi lunch, dinner pulak. I was like "Boleh tak kalau taknak join, buat-buat demam". Tapi apakan daya, dah janji.
Ok that was still okay. Yang buat aku makin reluctant adalah bila dia ketuk bilik kitorang, and unexpectedly mintak Fateen yakni roomate aku belikan air mineral kat reception sebab dia mabuk. Aku tengah tidur time ni, so Fateen jadi mangsa. Urghh what a nuisance. Kalau sebab pening kepala ke, sakit perut ke, takpe jugak, ni mabuk. Then Fateen without any hesitation, ikut je apa dia mintak. Luckily you met Fateen, man. If it was me, "Sorry I'm busy right now. Why don't you drink the pipe water. It's drinkable". Malas aku nak layan.
Bila pikir-pikir balik, aku pernah cakap kat mamat tu, "If you need our help, just knock the door". Ok mulut manis sangat masa tu. Ambek hati je pun, tak sangka buat betul. Grr. Patutnya aku tambah "Except when you're drunk".
And disebabkan peristiwa tu, aku maaalaaas nak keluar bilik, malas nak masak, anything yang possibly makes us bumping each other. Unfortunately, kena jugak keluar bilik sebab toilet kat luar, share dengan dia pulak tu. Arghh jiwa kacau !
Ok habis sesi luah perasaan yang sia-sia ni. Back to books. Nashle !