Makcik : Nak, awak ni umur berapa ye?
Si ayu : Mengikut tahun, dah 20. Ikut tarikh baru 19 makcik. Muda lagi.
Makcik : Anak teruna makcik 21. Dia di Melbourne sekarang.
Si ayu : Erkkk? @#%&
Woiiii, siapa kata si ayu tu bukan aku ?? Memang nak kena tembak dengan paintball gun jugak kang.
Hah amek kau, dush dush.
Nota kaki : Gambar di atas aku dapat dari seorang paparazi yang takde kerja menstalk awek2 comel masa aku join BTN kat Ulu Tiram, Johor time Form 4 dulu. Woh nampak sangat la dia menipu itu adalah aku sebab jari terlebih besar bukannnn macam aku. Jari aku runcing okayy, wawawa. Haaa awakk tak baik menipu taww.
Apa motif kau post entry ni Sara?
Just nak bagitahu yang aku pernah main paintball dah nak meningkat 20 tahun. Ehh, asal muka macam 16 tahun jek makcik tengok? Well, awet muda. Petuanya, gunalah Garnier. Saya sarankan makcik2 di luar sana, gunalah Garnier aging control, hasilnya, lihatlah mommy saya. Nampak 10 tahun lebih muda, macam anak beliau. Ewah.
Eh tak tipu tak tipu. Ni nak cerita ni. This is one of the proofs, taruk banyak2 kang riak pulak Puan Norhayati tuh.
Satu hari aku jalan2 sama my mommy di tanah air beliau yakni Kelantan. Masa tu my mommy and I baru beli pemende ntah. Then, my mommy tertinggal something dalam kedai tu lantas meninggalkan aku seorang diri untuk pergi balik ke kedai tersebut. Then, ada la seorang pakcik ni melihat adegan kami lantas beliau menegur aku.
"Dik, tadi tu kakak ipar ke?"
"Erkkk? Em, takde lah, mak saya"
Ok ok jangan buat spekulasi awalan. Ada dua probability di sini.
Ho >> My mommy yang nampak muda.
H1 >> Aku yang nampak tua.
Bak kata pepatah, makhluk yang mulia ialah makhluk yang sentiasa berpikiran positif. Maka aku pakai hipotesis pertama. H1 is rejected. Hahh chi square di situ. Bangga Puan Hamimah aku apply Math dalam blog ni. "Teacher, sila baca blog saya bagi membuktikan saya study tika cuti ni ye".
Hipotesis kedua memang takleh pakai. Ciss, tak relevan langsung. Hanya makhluk2 pesimis je yang come out with that thought.
Okkkkk stoppp !!!
Masuk bab serius banyak, tadi serius sikit.
Seorang ukhti seusrah bertanya aku, apa yang kita dah buat sepanjang 19 tahun kita hidup especially untuk Islam? Pernah ke kita bersusah-payah macam para sahabat dulu berlapar dahaga untuk sebarkan dakwah ke seluruh alam? Takyah pikir, memang jawapan aku ialah TIDAK dan TAK TAHU. Then, kalau ditakdirkan mati dalam umur 20, layakkah kita dapat syurga DIA? MasyaAllah.
Apa sebenarnya peranan pemuda ?
Ada tujuh golongan yang bakal dinaungi oleh Allah di bawah naungan-Nya, pada hari yang tidak ada naungan kecuali naungan-Nya, iaitu: Pemimpin yang adil, pemuda yang tumbuh dengan ibadah kepada Allah (selalu beribadah), seseorang yang hatinya bergantung kepada masjid (selalu melakukan solat jemaah di dalamnya), dua orang yang saling mengasihi di jalan Allah, keduanya berkumpul dan berpisah kerana Allah, seorang yang diajak perempuan berkedudukan dan cantik (untuk berzina), tapi ia mengatakan: Aku takut kepada Allah, seseorang yang memberikan sedekah kemudian merahsiakannya sampai tangan kanannya tidak tahu apa yang dikeluarkan tangan kirinya dan seseorang yang berzikir (mengingati) Allah dalam bersendirian, lalu menitiskan air mata dari kedua matanya.
(Riwayat Bukhari dan Muslim)
Yeah, untuk menjadi khalifah dan seorang 'abid.
Lihatlah peribadi Saiyidana Ali Karramullah Wajhah. Dari kecik, peribadinya terpuji walaupun dikelilingi masyarakat jahiliyah. KITA? Especially aku sendiri. Lahir dalam Islam, tapi karat-karat jahiliyah tetap susah nak tanggal. Saiyidina Ali mengisi usia remajanya sepenuhnya untuk Islam. KITA? Ya Allah.
Memang pandai berkata tapi bila nak buat tu part yang susah. Risau kalau kata-kata memakan diri. Dunia terlalu banyak dugaan. Cinta dunia, cinta sesama manusia, cinta harta. Hard to resist.
"Ya ALLAH, suburkanlah kami para pemuda dengan makrifat-MU"