Tuesday, February 28, 2012

Family Day Olomouc

There was a time I thought living abroad can tighten Malaysians bond among each other. And I was thinking to go somewhere where Malaysians number can only be counted with one hand. Czech is one of the places, precisely Olomouc. Walaupun sebenarnya, Malaysians community here is the biggest compared to Hradec Kralove and Prague.

Seniors were on their toes organizing our very first Family Day of Olomouc. 

Acara siang ialah EXPLORACE !!







Lepas berjaya menghilangkan sekitar 5 kg melalui explorace, berat badan di-top-up semula gara-gara DINNER pada malamnya. Grr. This dinner was held specially to celebrate the farewell of the 6th year. Apa kejadahnya kau kurang asam sangat ni Sara nak sambut pemergian orang? Nehi nehi, in other word, untuk menghargai jasa senior tahun 6 yang membuli berjasa kepada kami para junior. Jangan memain, diorang pioneer yang pertama membuka jajahan Malaysia di bumi Czech ni. Jangan kau ingat Belanda je yang pandai jajah Tanah Melayu.



Bak kata orang tua, sambil menyelam minum air. Dah kalau orang tu tak reti berenang macam mana? Hey takde kaitan dengan entry ni. Ok tulis semula. Bak kata orang tua, sambil menyelam minum air so while those 6th year's farewell were celebrated, we juniors darjah satu ambik kesempatan berposing depan kamera seolah-olah kami yang akan berpisah esok karang. Tidak dilupa perut juga mulut dipenuhkan dengan makanan. Punah ranah diet aku malam tu. Nasib baik farewell dinner buat sekali setahun je, kalau hari-hari? Kalau hari-hari tu bukan farewell dinner lah namanya tu aktiviti harian membina tubuh manusia menjadi gergasi.


Eh ada pelakon tambahan kat belakang. Takde niat takde niat. 


"Saya ni bapak. Sapa nak kawen dengan anak saya, jumpa saya dulu" kata Arnold. Haha.

Nashle !

Saturday, February 25, 2012

Ayam exercise

Rajin pulak aku post new entry akhir-akhir ni. Mentang-mentanglah baru bukak summer sem, takde test lagi. Tunggu la kau Sara, bila masuk je Mac, baru tahu erti gelabah ayam tahap gelupur tak cukup tanah. 

Image Detail
Jom belajar anatomi ayam. Baru tahu ayam pun ada mantel. Ingatkan Harry Potter and the gang je. 

Eh apasal taruk gambar ayam. Sebab dah lama tak makan ayam. Tipu. Minggu lepas baru makan baryani (eh beryani ke baryani?) ayam kat Prague. Kalau nak harap baryani ayam kat Olomouc, tunggu cucu aku lahir dulu lah. Lagi satu, rindu kat ayam. Kat Czech takde ayam hidup, semua nyorok kat basement sebab sejuk. Bulu mantel tak berjaya memberi pelindungan kepada ayam secukupnya. 

Bila cakap pasal ayam, aku teringat kat adik laki aku yakni Muazz. "Rupa dia macam ayam ke?" tanya Raphael Nadal. Nadal takde kaitan dalam hal ni. Bukan-bukan, sebab waktu kecik-kecik dulu, si Muazz ni tak makan nasi kalau takde lauk ayam. Nadal aku tak sure la pulak. Aku rasa dia makan bola tenis masak merah je kot. 

Bila cakap makan, tetiba hati aku menjadi sayu dan hiba. Bukan sebab takde supply ayam halal kat sini. Until now, aku bersyukur (?) supply ayam halal terputus time winter ni. Kerana, kalau ada ayam halal, ditambah dengan beef or mutton halal, berat badan aku mungkin akan bertambah sebanyak 10 kg. Anda yang mengenali saya sewaktu sekolah rendah mungkin takkan cam saya sekarang kerana personaliti saya kini sudah berubah menjadi Shalin Zulkifli. Ya, saya sekarang seorang pemain bowling. Grr. Erm maksud saya, badan saya sudah menjadi seperti beliau. Tough. Tetapi mungkin tak se-tough gadis ini yang katanya berat badan bertambah sebanyak 5 kg. 


Apabila aku risau, aku akan menggelabah. Gelabah macam ayam nak berak kapur.
Nampak kan betapa risaunya aku sampai nak pergi gym. Buang tebiat. Aku tak pernah teringin nak pergi gym. Bab jogging tu pun macam ala-ala hilang waras sebab aku jogging pun boleh kira sekali dalam setahun. Well I prefer main netball or basketball untuk keluar peluh tapi memandangkan winter (heh alasan), aku malas nak keluar main sebarang game. Jealous dengan Cik Syahirah A'tiqah tu sebab dia dah lose 2 kg, bukan 4 kg.  Typo. Ehh 'budu' tu bukan budu kau makan tu tau, 'budu' tu maksudnya "I will" dalam Czech. Hmm.

Haishh, aku ni risau benda yang tak sepatutnya. Baik risau saudara se-Islam kat Syria. Tu la orang cakap, untuk elak berfikir perkara-perkara kecik, fikirlah perkara yang lebih besar. Bab umat. Haaa amek kau Sara. 

Lastly, rindu mereka !!

Wednesday, February 22, 2012

Perut buncit

Haaa masing-masing tengok perut le teww...

Ya saya memang seorang nujum yang berwibawa (teringat Ari Wibowo) kerana berjaya predict perbuatan anda yang sedang menyentuh perut anda yang buncit. Haa kantoi perut buncit. Bak kata orang Kelantan, berigak. Aku pun baru tahu kewujudan perkataan ni di kolej. Nampak sangat aku ni anak Kelantan murtad walaupun memang murtad sebab lahir kat Pahang pastu tak reti cakap Kelantan. Bila cakap je, orang condemn. Ni semua salah Mama ngan Abah sebab hantar kitorang beradik ke rumah pengasuh orang Pekan sejati. Kambing jadi kambenggg (harakat lebih sikit). Bila dah besar, Mama suruh belajar cakap Kelantan sebab taknak hilang identiti padahal lidah dah keras. Tu la orang tua-tua cakap, melentur lidah biar dari kecik. Hmm. 

Ok agenda entry kali ini ialah aku ingin mengutuk sebarang makhluk yang berperut buncit *sambil tengok perut sendiri* termasuk ABAH. Abah perut buncit. Abah perut buncit. 

Gambar diambil di Kg. Sg Petai, Pasir Puteh, Kelantan pada Ramadan terakhir, yakni sehari sebelum raya. Walaupun abah sedang 'mengandung' dan juga berpuasa tetapi digagahkan diri untuk melompat demi mendapatkan pose paling menarik. Untuk mendapatkan hasil gambar ini, Abah tidak melompat sekali, bahkan berbanyak kali. Ohh tegarnya beliau. Ya jangan tidak tahu, di samping menternak lemak dan makan, hobi Abah yang lain ialah melompat meminta orang lain menangkap gambar beliau. Patutlah aku sedikit berbakat dalam arena lompat-melompat ni.

Umur Abah dah cecah 47 tahun 19 Februari yang lepas. HAPPY BIRTHDAY ABAH !! He was quite shocked when I made him a call from Birmingham pukul 2 pagi waktu Malaysia. Nasib baik Abah tak tidur lagi. 
Walaupun umur dah sedikit menginjak dewasa (?), jiwa Abah sentiasa muda remaja. Abah is like a friend to me. And I guess that is what a father is supposed to be to all children who are already grown up. Aku sentiasa ada modal untuk bersembang dengan Abah bila di telefon hatta skype eventhough kadang-kadang Abah macam taknak layan pun. Kalau Abah ada kerja sekalipun, aku sengaja kacau Abah. My parents are the ones who I share my stories with. Rasa macam takde rahsia antara kami (ewah). Kalau aku takut nak berterus-terang dalam sesuatu yang ditakuti buat diorang marah for a particular instance, lama-kelamaan, aku akan cerita jugak. Wuaaa amat merindui mereka !! 

Betul kata orang, sekalipun si ibu mendidik anak-anak tetapi suara si ayah lebih dipatuhi. Dalam sifat Abah yang sedikit gila-gila, he's indeed a strict person. When there's an action opposing his order, he'll get angry in his way. Ada ketika marah Abah menakutkan tapi most of the time, Abah suka memberi nasihat. Kadang-kadang adik laki aku suka tafsir nasihat Abah macam satu bebelan. Kadang-kadang Abah memang suka membebel pun. Hee. Kalah Mama. Mama terus diam. Kwang3. 

But he is the sweetest dad ever !! I LOVE YOU ABAH ! <3

*Tears rolling down the cheek. Missing them damn much. 

Monday, February 20, 2012

....

Rasa macam nak private je blog ni sebab asal emo je baru update asal emo je baru update. Erti kata lain, entry akhir-akhir ni sedikit berbaur emotional. Entah.

Tema entry kali ni ialah selfish. Sebab apa. Aku rasa aku ni selfish. Bukan rasa, dah memang betul selfish. Stress bila fikir macam mana nak remove sikap selfish ni. Haa jangan jual ikan. Hanya mampu tadah tangan berdoa pada DIA je supaya satu hari nanti DIA buangkan sifat jahiliyah tu dari diri hamba yang kerdil ni. 

Bila diingat balik, tujuan aku pilih Czech sebagai destinasi sambung belajar sebab aku sengaja nak pinggirkan diri daripada orang-orang yang aku kenal supaya mudah untuk aku transform kepada somebody new. Kalau nak buat something yang tak pernah aku buat before ni, takde lah orang akan pandang pelik sebab diorang tak tahu how was I before. Yang penting, I wanted to be alone. Tapi takde lah setiap masa. There will be a time friends are needed. Yes, much of the time. However, I need my family all the day. 

Yes, aku sedang menghadapi koflik dalaman. The conflict of interest. Mama, abah and my close friends knew that I've been having this problem since dulu lagi. There's time aku tak boleh berdepan dengan manusia depan mata. Aku rasa nak lari jauh where there's nobody. And waktu tu, aku akan diam. Betullah apa yang Dr. Fadilah Kamsah kaji, orang berdarah B boleh menukar mood macam cuaca. Unpredictable. That thing happens to me. Tengah dok gelak-gelak, aku boleh je tiba-tiba diam. Helpless. Sometimes kata-kata atau perbuatan seseorang yang menyakitkan hati menjadi punca, sometimes no reason behind. Frankly, aku tak suka bila ada orang tanya "are you okay?". But as I realized, that sentence is more compatible to me lately way much better than the time I was in college. That's why aku takkan tanya orang "are you okay" sebab not everyone likes that kind of question. Dah nampak orang tu tak okay, memang tak okay lah, tak perlu kot nak tanya. Masalah betul lah Sara ni, nak concern pun tak boleh. Sorry friends, it can't be helped. 

One more thing menunjukkan aku ni selfish, aku tak suka orang sentuh barang aku tanpa kebenaran. Seriously. Aku rasa hipokrit sebab kadang-kadang aku akan cakap pada orang yang nak pinjam barang aku, "gunalah barang ni sesuka hati as it belongs to you" padahal kalau orang tu guna lagi sekali without permission, aku akan merungut dalam hati. Wuaaa jahatnya Sara ! Even kalau ada orang guna katil tanpa pengetahuan aku and tak susun balik comforter or duvet in my way, aku akan tarik muka. Even, kalau ada orang sentuh baju aku and lipatan tu dah jadi tak betul, aku tak suka. Benda-benda remeh macam tu pun boleh jadi masalah. God, help me ! 

Tapi tapi tapi nak tunjukkan jugak aku seorang yang baik hati, lama-lama kemudian, aku akan muhasabah balik and redha je dengan apa yang diorang buat sebab semuanya punca daripada aku sendiri. Aku sendiri yang bagi permission and sepatutnya ikhlas. Ya sangat susah untuk mengikhlaskan diri. Seriously. 

I hope people can understand me as much as my close friends do. Ya, sangat susah untuk approach and understand orang yang ada conflict of interest macam ni. Walaupun aku lebih suka menyendiri, all in all, friends are my greatest people around me. 

I really need your apology. 


Wednesday, February 8, 2012

Looking for

Where is the true tranquility? 

"That was tranquility, which descended as a result of the recitation of the Quran" (Bukhari and Muslim)

Rasanya semua orang pun tahu :

"Ketahuilah bahawa dengan mengingati Allah itu hati akan menjadi tenang"  - Ar-Raad, 28

Untuk mencari sebuah ketenangan, mudah. Buka Quran, baca. Dengar ayat-ayat yang disampaikan oleh-NYA. Yes, talking is way easier than doing. 

As for me, mudah terasa dekat dengan DIA apabila berada dalam jemaah. Terasa kasih-sayang DIA setiap kali dengar peringatan si naqibah hatta sahabat seusrah. Itulah pentingnya apabila kita sentiasa berada dalam masyarakat Muslim even Czech bukanlah macam di Mesir mahupun Jordan, bi'ah solehah itu di mana-mana. It's just a rough thought, never know the real circumstance. 

The problem arises when I'm out of the circle. 

Mula mencari fake tranquility. 

Bila terasa down, dengar "What I've Done" takpun at least "You're Not Alone" bukan nak dengar "Al-Insyirah".

Bila terasa bosan, mula google Youtube, then browse Foster the People latest craze. Kadang-kadang browse McCartney nak tengok mata biru dia tapi since kat sini dah ramai yang bermata biru, McCartney kutinggalkan. Kwang3. Bukan nak cari buku-buku ilmiah atau at least basahkan lidah dengan zikir. Kalau kat rumah, grab je Hlovate, nasib baik ada la jugak pengisian rohani sikit-sikit. Itu kalau Hlovate, kalau Ahern and Kinsella memang tak berfaedah langsung lah. Tiba-tiba teringat novel "The Best Man" yang aku campak dalam tong sampah masa kat kolej dulu sebab tak senonoh sangat. Mak aih, baru teringat buku online yang Kak Kina yakni naqibah aku bagi tak bukak langsung lagi. See.

Yang paling bes, bila bosan, layan movie. Movie Melayu maa. Ada berani? Wa tak layan English movies sebab fobia dengan "The Best Man". *Istighfar dalam hati. 

This entry is actually published due to the sem break which is not more than a week left. Maka hati pun tak tenang sebab nak masuk summer term which we'll be busied with loads of examinations. Sambil tu, muhasabah balik what I've been doing along the break selain memanjangkan langkah kaki ke beberapa kota Europe. Ni pun baru balik dari Munich, Germany. Nasib baik lah ada jugak aktiviti berfaedah yakni menimba ilmu di tempat baru sambil tengok keindahan alam ciptaan-NYA. Subhanallah, couldn't say any better. 

Salam sejuk dari Olomouc <3 *gigil
T