Saturday, February 25, 2012

Ayam exercise

Rajin pulak aku post new entry akhir-akhir ni. Mentang-mentanglah baru bukak summer sem, takde test lagi. Tunggu la kau Sara, bila masuk je Mac, baru tahu erti gelabah ayam tahap gelupur tak cukup tanah. 

Image Detail
Jom belajar anatomi ayam. Baru tahu ayam pun ada mantel. Ingatkan Harry Potter and the gang je. 

Eh apasal taruk gambar ayam. Sebab dah lama tak makan ayam. Tipu. Minggu lepas baru makan baryani (eh beryani ke baryani?) ayam kat Prague. Kalau nak harap baryani ayam kat Olomouc, tunggu cucu aku lahir dulu lah. Lagi satu, rindu kat ayam. Kat Czech takde ayam hidup, semua nyorok kat basement sebab sejuk. Bulu mantel tak berjaya memberi pelindungan kepada ayam secukupnya. 

Bila cakap pasal ayam, aku teringat kat adik laki aku yakni Muazz. "Rupa dia macam ayam ke?" tanya Raphael Nadal. Nadal takde kaitan dalam hal ni. Bukan-bukan, sebab waktu kecik-kecik dulu, si Muazz ni tak makan nasi kalau takde lauk ayam. Nadal aku tak sure la pulak. Aku rasa dia makan bola tenis masak merah je kot. 

Bila cakap makan, tetiba hati aku menjadi sayu dan hiba. Bukan sebab takde supply ayam halal kat sini. Until now, aku bersyukur (?) supply ayam halal terputus time winter ni. Kerana, kalau ada ayam halal, ditambah dengan beef or mutton halal, berat badan aku mungkin akan bertambah sebanyak 10 kg. Anda yang mengenali saya sewaktu sekolah rendah mungkin takkan cam saya sekarang kerana personaliti saya kini sudah berubah menjadi Shalin Zulkifli. Ya, saya sekarang seorang pemain bowling. Grr. Erm maksud saya, badan saya sudah menjadi seperti beliau. Tough. Tetapi mungkin tak se-tough gadis ini yang katanya berat badan bertambah sebanyak 5 kg. 


Apabila aku risau, aku akan menggelabah. Gelabah macam ayam nak berak kapur.
Nampak kan betapa risaunya aku sampai nak pergi gym. Buang tebiat. Aku tak pernah teringin nak pergi gym. Bab jogging tu pun macam ala-ala hilang waras sebab aku jogging pun boleh kira sekali dalam setahun. Well I prefer main netball or basketball untuk keluar peluh tapi memandangkan winter (heh alasan), aku malas nak keluar main sebarang game. Jealous dengan Cik Syahirah A'tiqah tu sebab dia dah lose 2 kg, bukan 4 kg.  Typo. Ehh 'budu' tu bukan budu kau makan tu tau, 'budu' tu maksudnya "I will" dalam Czech. Hmm.

Haishh, aku ni risau benda yang tak sepatutnya. Baik risau saudara se-Islam kat Syria. Tu la orang cakap, untuk elak berfikir perkara-perkara kecik, fikirlah perkara yang lebih besar. Bab umat. Haaa amek kau Sara. 

Lastly, rindu mereka !!

No comments: