Haaa masing-masing tengok perut le teww...
Ya saya memang seorang nujum yang berwibawa (teringat Ari Wibowo) kerana berjaya predict perbuatan anda yang sedang menyentuh perut anda yang buncit. Haa kantoi perut buncit. Bak kata orang Kelantan, berigak. Aku pun baru tahu kewujudan perkataan ni di kolej. Nampak sangat aku ni anak Kelantan murtad walaupun memang murtad sebab lahir kat Pahang pastu tak reti cakap Kelantan. Bila cakap je, orang condemn. Ni semua salah Mama ngan Abah sebab hantar kitorang beradik ke rumah pengasuh orang Pekan sejati. Kambing jadi kambenggg (harakat lebih sikit). Bila dah besar, Mama suruh belajar cakap Kelantan sebab taknak hilang identiti padahal lidah dah keras. Tu la orang tua-tua cakap, melentur lidah biar dari kecik. Hmm.
Ok agenda entry kali ini ialah aku ingin mengutuk sebarang makhluk yang berperut buncit *sambil tengok perut sendiri* termasuk ABAH. Abah perut buncit. Abah perut buncit.
Gambar diambil di Kg. Sg Petai, Pasir Puteh, Kelantan pada Ramadan terakhir, yakni sehari sebelum raya. Walaupun abah sedang 'mengandung' dan juga berpuasa tetapi digagahkan diri untuk melompat demi mendapatkan pose paling menarik. Untuk mendapatkan hasil gambar ini, Abah tidak melompat sekali, bahkan berbanyak kali. Ohh tegarnya beliau. Ya jangan tidak tahu, di samping menternak lemak dan makan, hobi Abah yang lain ialah melompat meminta orang lain menangkap gambar beliau. Patutlah aku sedikit berbakat dalam arena lompat-melompat ni.
Umur Abah dah cecah 47 tahun 19 Februari yang lepas. HAPPY BIRTHDAY ABAH !! He was quite shocked when I made him a call from Birmingham pukul 2 pagi waktu Malaysia. Nasib baik Abah tak tidur lagi.
Walaupun umur dah sedikit menginjak dewasa (?), jiwa Abah sentiasa muda remaja. Abah is like a friend to me. And I guess that is what a father is supposed to be to all children who are already grown up. Aku sentiasa ada modal untuk bersembang dengan Abah bila di telefon hatta skype eventhough kadang-kadang Abah macam taknak layan pun. Kalau Abah ada kerja sekalipun, aku sengaja kacau Abah. My parents are the ones who I share my stories with. Rasa macam takde rahsia antara kami (ewah). Kalau aku takut nak berterus-terang dalam sesuatu yang ditakuti buat diorang marah for a particular instance, lama-kelamaan, aku akan cerita jugak. Wuaaa amat merindui mereka !!
Betul kata orang, sekalipun si ibu mendidik anak-anak tetapi suara si ayah lebih dipatuhi. Dalam sifat Abah yang sedikit gila-gila, he's indeed a strict person. When there's an action opposing his order, he'll get angry in his way. Ada ketika marah Abah menakutkan tapi most of the time, Abah suka memberi nasihat. Kadang-kadang adik laki aku suka tafsir nasihat Abah macam satu bebelan. Kadang-kadang Abah memang suka membebel pun. Hee. Kalah Mama. Mama terus diam. Kwang3.
But he is the sweetest dad ever !! I LOVE YOU ABAH ! <3
*Tears rolling down the cheek. Missing them damn much.
No comments:
Post a Comment