Tuesday, June 21, 2011

nikmat

Nikmat penglihatan salah satu nikmat yang wajib disyukuri. Alhamdulillah kerana sehingga ke hari ini, kita masih berupaya menikmati keindahan alam ciptaan Allah kalau tak, takkan aku mampu mengarut-ngarut di belog kesayangan ni

"Betullah orang kata, hati si buta lebih terang dan bersih dari si celik sebab tak melihat perkara-perkara yang tak sepatutnya di sekelilingnya."

Berikut merupakan kata-kata seorang budak yang kebosanan di rumah yang baru insaf lepas menjalani latihan marathon drama melayu leleh-leleh tahap tak ingat bertajuk Hani. Haku memang tak suka lah leleh-leleh ni tapi haruslah leleh apabila menonton drama melayu sedih-sedih kang mak aku pelik tengok anak dia tengok drama macam tak berperasaan. But but tak boleh lawan ratu air mata nan seorang. Haaa you jangan sengih-sengih. 

Ceh ceh bulu mata melentik gtuh

Sungguh haru cuti 3 bulan ni. Mahu kerja namun malas ehh  orang tak mahu berpekerjakan aku. Ahh alasan. Cuti 6 bulan lepas SPM dulu pun tak sebosan ni. Mungkin sebab ada adik-adik yang serabut  di rumah yang boleh buat teman meround town cuci mata di kala weekends and lawan game online kat facebook. Adik-adik juga ada untuk menserabutkan rumah then aku ada kerja untuk mengkemaskan rumah. Nampak sangat aku ni rajin. Habis tu, baju 2 bakul tak berlipat tu apa? Hey shadap you ! 


Heyy ni bukan bilik aku !

Hari-hari layan rutin yang sama jek kat rumah. Hari-hari dengar suara Jesse McCartney. Hari-hari kat dapur, ceh ceh nak bagitahu jugak. Heyy you Nureen, you made me fall in love with Yiruma lahh. Gila soothing 'River Flows in You', memukau-mukau. 

In conclusion, aku harus create sesuatu untuk mengisi masa yang terlalu lapang ni. 

Masa yang lapang juga satu ujian. 
Ingat lapang sebelum sempit.


p/s : Terasa loser sebab baru bukak khazanah drama melayu yang dah lapuk zaman P. Ramlee. Tak pernah sangka drama melayu pun ok jugak untuk dilayan bagi mengubati kebosanan. Drama-drama yang bertuah adalah seperti Nur Kasih, Adamaya dan Nora Elena yang jiwang karat geli-geleman tapi aku tengok jugak.

3 comments:

adzrul syafiq said...

wah sweetnya. haha tak boleh bayang mcm mana agaknya sara boleh layan cerita adamaya.

Nur Atifah said...

tak layan nora elena. geli. haha.

sara said...

azrol, layan jelah klo dh bosan tu
tipah, geli an, tp tgk gak, bosan wehh