Monday, June 13, 2011

nilai berjabat tangan

Ok rumah dah kosong. Adik-adik semua dah balik ke tempat belajar masing-masing. Selamat meneruskan perjuangan kepada Abe, Abby dan Wina. Nasib baik ada kawan2 baik bernama laptop Lenovo dan lcd Samsung  menemani hari2 sepi ditinggalkan di rumah seorang diri. Kawan2 alam maya dan komen2 facebook juga banyak membantu sampai nak asapkan dapur pun liat

Semalam dua kali berulang-alik ke terminal bas nak hantar adik-adik. Adik laki aku balik Shah Alam dengan seorang kawan dia and aku tak suka kawan dia. Suka hati kau je Sara tak suka budak tu. Memang patut, sebab masa aku sampai di platform bas tu, tangan kanan dia pegang sepuntung rokok. Bila nampak parents aku, dia beredar dari tempat tu.

Aku kan bersangka baik,  ingatkan dia nak buang rokok tu then nak salam ayah aku. Ohh nehi nehi. Bila dia datang balik, dia buat donno jek. He gave me a totally negative impression about his internal personality. Di mana adab terhadap orang tua? Susah sangat kot nak hulur tangan pada bapa seorang kawan. Maaflah aku ni berprotokol sikit, kan Encik Adzrul. But this is not what we call protocol tapi nilai adab dan rasa hormat terhadap orang tua. Kadang-kadang isu kecil macam ni boleh jadi isu besar di mata aku sebab dari kecil, aku dididik untuk ringan menghulurkan salam termasuk ibu kawan-kawan aku. 


Aku sangat suka tengok seorang sahabat menghulurkan tangan untuk bersalam dengan ahli keluarga sahabatnya. Nampak keikhlasan dan nilai sebuah persahabatan kerana Allah. Terlihat di situ dialah sahabat yang boleh membimbing dan menghulurkan bantuan bila sahabatnya dalam kesusahan bukan sekadar bersahabat bila nak enjoy. 

Teman yang paling baik adalah apabila kamu melihat wajahnya, kamu teringat akan Allah, mendengar kata-katanya menambahkan ilmu agama, melihat gerak-gerinya teringat mati.”
p/s Tiba2 teringat nasi ayam mak Shura.

7 comments:

Cikgu Shura said...

hahaha! tersembur saya gelak bce yg p/s tu..tibe2 je..kwang2

sara said...

haha tu lah psl, tetibe

Cikgu Shura said...

nanti datang laaaa..haha..ni cuti smpai bile ni?

sara said...

cuti smpai bulan 9, dh abes study kat seremban. dtg mn? umah kat tg malim ke sg isap? haha

Cikgu Shura said...

datang sg isap la..dtg tg malim siapa yg nk masak nasi ayam! haha

sara said...

aah ek lupa. shura mane reti masak. oopps !

Cikgu Shura said...

hahaha..nasib baik taw..tak payah susah2 saya nak bgtau..=_="