Hey hey jangan nak mengutuk aku malas belajar. Tajuk entry tiada kaitan dengan aku !
Hari ni dah masuk seminggu setengah aku memulakan sesi pembelajaran di UPOL. Alhamdulillah semua berjalan dengan lancar. Berkat doa mama abah, saudara-mara, cikgu-cikgu, kawan-kawan. Terima kasih.
Bak kata Kak Bong yakni housemate aku, bila kat negara orang, kita akan jadi seorang yang multi-talented. Aku since dulu lagi multi-talented. Yang tak pandai masak pun akan jadi chef. Maka dengan bantuan mama via skype, kami sepasukan pelajar Malaysia tahun pertama telah berjaya menyediakan sambal ikan bilis untuk tetamu seramai 120 orang sempena sambutan Hari Raya anjuran kedutaan Malaysia di Czech. Julung-julung kali bertempat di Olomouc.
Bukti ??
Sila abaikan muka yang nampak excited tu.
Orang-orang tua kata bila dah start sekolah, jangan aktif sangat berpersatuan. Eh. Maka subjek yang aku terpaksa ambik tahun ni merupakan :
Latin
Czech language
Biology
Biophysics
Chemistry
Anatomy
Pembelajaran kat sini terbahagi kepada lecture dan kelas (tutorial dan laboratory practical). Waktu kelas/lecture tak teratur tak macam di KMS dulu. Of course. Ini universiti bukan sekolah persediaan. Hari yang aku paling suka ialah hari Selasa sebab kelas start pukul 7.30 dan habis pukul 12.15. Pukul 12.45 dah boleh sampai Neredin kalau takde urusan lain seperti shopping barang rumah di Globus or Billa atau ke Ceska Posta atau ke Ceska Sporitelna atau ke dean office atau atau atau ....
Esok public holiday, maka kami tidak bersekolah esok hari. Cuti sempena apa? Aku pun tak tahu. *Saje bagitahu nak suruh kamu-kamu jealous*
One fact, aku rasa seminggu di Olomouc ni, berat badan makin berkurang sebab terlampau banyak berjalan. Ewah ewah. Breakfast hari-hari makan cereal with milk, bread. Lunch pun kadang-kadang pisang je. Ceh padahal baru sekali. Biasa melantak nasi jugak. Siapa masak? AKU lah !
Nak bagi entry nampak panjang, haruslah meletakkan gambar sebagai halwa mata.
Sebahagian warga Olomouc + Prague sorang. Yang paling kiri tu roomate aku, namanya Fateen. Kembar dia di Ireland. Saje nak bagitahu sebab macam comel.
Palackeho. Tempat aku shopping jaket, baju. Pemandangan malam, diambil sewaktu keluar malam dengan Meera. Mati aku kalau mama tahu keluar malam 2 orang je. Shhh senyap!
Budak-budak sesat dalam taman lepas dapat duit raya.
Ok bye !
2 comments:
sukar untuk ungkapkan apa yg dalam hati ni bila tgk kawan yg pernah satu bilik, satu kelas, dan duduk meja sebelah2 berada jauh di tempat orang.
nk bgtaw tu jek la sbb yg tu jek terlintas kat fikiran sekarang ni.
take care sara !
speechless dgn komen shura '~'
Post a Comment