Ok rumah dah kosong. Adik-adik semua dah balik ke tempat belajar masing-masing. Selamat meneruskan perjuangan kepada Abe, Abby dan Wina. Nasib baik ada kawan2 baik bernama laptop Lenovo dan lcd Samsung menemani hari2 sepi ditinggalkan di rumah seorang diri. Kawan2 alam maya dan komen2 facebook juga banyak membantu sampai nak asapkan dapur pun liat.
Semalam dua kali berulang-alik ke terminal bas nak hantar adik-adik. Adik laki aku balik Shah Alam dengan seorang kawan dia and aku tak suka kawan dia. Suka hati kau je Sara tak suka budak tu. Memang patut, sebab masa aku sampai di platform bas tu, tangan kanan dia pegang sepuntung rokok. Bila nampak parents aku, dia beredar dari tempat tu.
Aku sangat suka tengok seorang sahabat menghulurkan tangan untuk bersalam dengan ahli keluarga sahabatnya. Nampak keikhlasan dan nilai sebuah persahabatan kerana Allah. Terlihat di situ dialah sahabat yang boleh membimbing dan menghulurkan bantuan bila sahabatnya dalam kesusahan bukan sekadar bersahabat bila nak enjoy.
“Teman yang paling baik adalah apabila kamu melihat wajahnya, kamu teringat akan Allah, mendengar kata-katanya menambahkan ilmu agama, melihat gerak-gerinya teringat mati.”
p/s Tiba2 teringat nasi ayam mak Shura.
7 comments:
hahaha! tersembur saya gelak bce yg p/s tu..tibe2 je..kwang2
haha tu lah psl, tetibe
nanti datang laaaa..haha..ni cuti smpai bile ni?
cuti smpai bulan 9, dh abes study kat seremban. dtg mn? umah kat tg malim ke sg isap? haha
datang sg isap la..dtg tg malim siapa yg nk masak nasi ayam! haha
aah ek lupa. shura mane reti masak. oopps !
hahaha..nasib baik taw..tak payah susah2 saya nak bgtau..=_="
Post a Comment