Friday, July 22, 2011

Program E-Kasih

Starting from 13 until 17 July, aku join satu program keusahawanan diberi nama E-Kasih. Aku pun tak tahu apa kejadahnya program tu diberi nama yang berbaur cheesy dan macam berteknologi sebegitu rupa. Padahal antara ramai-ramai facilitator termasuk cik-cik abang (eyeww?) kat situ, aku je yang pandai operate projector LCD setelah belajar di kolej melalui pembentangan TOK, subjek-subjek lain serta sewaktu fardhu ain. Tidak lupa juga sewaktu membentangkan projek Islamic Studies sewaktu sem 3 dulu. (Nada riak) Ni nak cakap pasal kolej ke program e-kasih, Sara? Maaf abang-abang (eyeww?) saya telah memandang rendah kebolehan anda semua. 
Sila abaikan wajah tulus saya yang comel tersebut. Can I say that I look taller in this picture. Semestinya nampak tinggi apabila bersebelahan Fiq yang agak-agak setinggi Fiqa. Nama lebih kurang, ketinggian pun lebih kurang. Oopss. 

Program E-Kasih ni dianjurkan oleh Kementerian Pembangunan Wilayah di bawah kelolaan Kelab Wanita Kijang Kelantan. Tak pernah dengar? Aku pun baru tahu kewujudan kelab  ni. Bertempat di Amansari Resort, Pantai Sepat, Kuantan. Program ni menjurus ke arah prospektus keusahawanan bagi membasmi kemiskinan dalam kalangan penduduk miskin tegar sekitar daerah Kuantan. And our job in the picture was to become facilitators to makcik-makcik and pakcik-pakcik yang join program tu. Rata-rata peserta berusia 30 sehingga 50an. Ada je yang sebaya.

Kem ni menawarkan 5 kursus :
1. Taska dan tadika <--- Bahagian Che La
2. Pembungkusan makanan <--- Bahagian aku dan Fiq
3. Jahitan  <--- Bahagian Seha
4. Gunting rambut
5. Pembuatan burger <--- Paling kontroversi

*Che La, Seha and Fiq are my schoolmates. Che La was the one who offered me to join the camp.

Nak kutuk cakap pasal kem ni. The management is bloody horrible ! Pihak management tu tak termasuk facilitators, harap pembaca dapat membezakan pihak urusetia dengan facilitators kerana kami para facilitators baik-baik belaka. Err. Apa yang membuatkan aku tak puas hati pasal management kem ini ialah soal kebajikan. Masakan bisa air mineral sebotol untuk trainer pun tak disediakan (sila baca dalam dialek Indon). Alih-alih facilitator juga yang kena belikan guna duit sendiri. Again, pasal kebajikan, peserta yang pening kepala dan memerlukan panadol hanya dipandang sebelah mata. Panadol dah habis pun tak boleh nak top-up balik. Konon-konon, "Kita amat memandang berat soal kebajikan para peserta" waktu awal-awal kem dulu. Mungkin expenditure RM 7.5 million dah habis kot. Hurm.

And jugak pasal management, hari Sabtu, hari yang sepatutnya hari terakhir kami, sekali lagi onar melanda apabila tiba-tiba para facilitators dikejutkan dengan berita bahawa kami terpaksa stay satu hari lagi di situ sebab ada meeting at that night. Kami menjadi lebih menggelagak apabila dihalau diminta check out oleh pihak resort dari bilik penginapan tanpa sebarang pemberitahuan oleh pihak management walhal kami akan bermalam lagi di situ. Tidaklah aku seperti mahu mengamuk moody di situ juga tapi aku kan penyabar orangnya. Err.

Nevertheless, there's still positive part behind all. Aku belajar mendekati makcik-makcik dan berinteraksi seperti makcik-makcik  dengan diorang. Ada yang sangat baik, anggap kitorang macam anak-anak sendiri, bagi lauk lunch yakni udang galah besar woo dan bagi nombor telefon ajak beraya. Kan Fiq kan? Ohh itu pun mau bagitau ka?


Ok bak kata omputeh, let pictures talk.








Serius comel gile diorang perform. Rasa nak tampar-tampar ehh cium-cium.



And many more

Rasa macam baru lepas buat karangan bergambar darjah lima. Ok tu je, bye !

4 comments:

afiqah lokman said...

amboi sara!perli kite nampak..mentang2 la kite ni kurang inci nye..btw,mcm sonok je dpt dok hotel..hihi

mine said...

im the 1st one!! yeah..haha,,amboi2 awk..sronok aje mmbebel..hehe..tape2..pnglaman tu penting..btw..sgt innocent muke awk..terharu st :)

shikin said...

ape tah yang comel nye sara ni. hahahhahahahahah

sara said...

Fiqa : Perli itu perbuatan comel. Tak gitu linkk? Bukan hotel pon, bilik bese, alaa resort kan.

Nini : Maaf anda bukan 1st. Saya kan innocent, tidakkah kelihatan? Kahkah.

Shikin : Org rasa Shikin perlukan spek mata tebal