Monday, August 22, 2011

Aku dah dewasa

Assalamualaikum !
Alhamdulillah dah masuk 23 Ramadan. Masuk mode kejar Lailatul Qadr and pada masa yang sama masuk mode buat biskut raya. 

Harini, aku dah dewasa, huh. By the way, istilah 'dewasa' hanya boleh digunakan oleh orang-orang yang pandai buat biskut raya sahaja. Maka harini aku dah dewasa sebab dah berjaya menghasilkan sejenis biskut raya bernama tat nenas. 

1/2 cawan mentega
1/2 cawan marjerin
1/4 cawan gula halus


2 biji telur kuning

1/2 cawan tepung kastard
1/2 cawan tepung kek
2 cawan tepung gandum


Mesin penguli yang digunakan.


Adunan akan keluar melalui lubang ni.

Tengok mama potong-potong adunan tu. Yang ni first trial.

Masukkan jem nenas, gulung-gulung, done! 

"As easy as ABC !" kata Sara seorang diri. Beliau berkata dengan yakinnya selepas gagal dalam first trialnya. Punca kegagalan first trial adalah disebabkan beliau telah memasukkan 5 BIJI TELUR TERMASUK TELUR PUTIH. Eh capslock bukan tanda anda harus menggunakan 5 biji telur. Jangan ! 2 biji telur kuning sahaja. 

Lepas TERbubuh 5 biji telur, kena marah dengan mama pastu mogok 2 3 jam taknak tolong mama masak untuk berbuka. Pastu kena marah lagi sebab mogok. Mama garang !

Haih apalah nasib aku asyik kena marah. 

Pastu lepas berbuka puasa, try makan tat first trial tu. Pastu sakit gigi sebab tat first trial keras. GILA ! Pastu aku rasa loser. Pastu aku tekad nak try lagi esoknya. Pastu, harini aku buatlah tat second trial. Pastu, TAT NENAS SECOND TRIAL MENJADI DENGAN JAYANYA. 

Pastu pastu ? 

AKU BANGGA LAH !! Aku dah dewasa rupanya.



***Buat biskut raya ni salah satu faktor nak jadi dewasa. Many other factors contributing. Kalau perah santan pun failed, takyah perasan dewasa. Gulp !

12 comments:

Sara Ishqi said...

post lah dekat rumet ni skett! hahaha nampak appetising! gulp (telan air liur nih tengokk) hihihi:)

Q said...

sara ,jeles sbb sara pandai buat tart nenas. qla sukaa sgt tart nenas, tp takut nk try buat. tak tau pulak ada benda alah tu untuk buat tart. nakk :D

Sara Hanapi said...

Sarah, klo pos abes lahh pecah berderai tinggal serbuk jek sebab terlampau GEBU ! keh3. Klo nak, dtg Kuantan ! (smbil sorok bekas biskut raya kat belakang)



Qla, BARU pandai! heee. ala Qla try jek ikut resipi yg org kasi tu, sng jek. Takyah timbang2 ingredient pon. Alat tu brand Falcon, mcm2 kuih@pasta boleh buat, spageti pon boleh.

Nor Athirah said...

wah..gne mesin?advance gila..bper harga??xpnh taw lak leh gne mesin..ore gne cara biasa jerk..nt simpan tok ore rasa~

Unknown said...

awal2 nampak x menyelerakan....

Adzrul Syafiq said...

haha, nanti boleh la bukak bisnes kuih raya lepas ni.

Sara Hanapi said...

Tirah, hmm tak ingat ahh bape harga, dh 3 thn lbh dh rasanya beli. Haa yelah org simpan.




Bonny, awal2 jela kan nmpk tak selera, last2 SANGAT menyelerakan, cewah.




Adzrul, insyaAllah insyaAllah.

mine said...

pewiiittt...hehe,,nk sket..hehehe

khadijah said...

fuhh,,guna mesin..tak pernah nampak lak mesin tuh..tp nampak sgt menyelerakan..tetiba na dtg raya rumah sarah..iM brape ek? hee..=p

Sara Hanapi said...

Ninie, kena dtg Kuantan dulu lah =P



Kd, well tgk la sapa yg buat tu, haha. Ala kd, bukan IM la, sg Isap. Jemput dtg ye, haha

Lidya Alya said...

wahhh...cam sdap.! ni nk pi umah sara nih....XD

Jerry said...

Nak bertanya sikit , beli kat mane mesin nie..... ingat nak beli jugek la....