Friday, August 5, 2011

Medical check up II

Entry haruslah ada II sebab kali kedua buat medical check-up secara serius.

"Assalamualaikum semua. Bagaimana puasa anda? Ada yang ponteng-ponteng?" cakap dalam nada macam Pak Eko. Ok yang ni Fiq jek yang tahu.

Semoga Ramadan dan amal ibadat di dalamnya yang kita kerjakan diberkati dan diterima hitungan oleh-NYA. InsyaAllah, apa yang penting IKHLAS. 

“Daripada Amirul Mukminin Abu Hafsin 'Umar ibn al-Katthab r.a. beliau berkata: Aku mendengar Rasulullah SAW bersabda:
Bahawa sesungguhnya setiap amalan itu bergantung kepada niat, dan bahawa sesungguhnya bagi setiap orang apa yang dia niatkan. Barangsiapa yang hijrahnya menuju kepada Allah dan RasulNya, maka hijrahnya kepada Allah dan RasulNya. Barangsiapa yang hijrahnya kerana dunia yang dia mahu mencari habuannya, atau kerana seorang perempuan yang dia mahu kahwininya, maka hijrahnya ke arah perkara yang ditujuinya itu.


Disebabkan dipaksa oleh pihak tajaan MARA, aku dengan ikhlas telah menjalani satu lagi sesi medical check-up di Klinik Farabi pada Ramadan ke-2 lepas. Seperti biasa, x-ray adalah salah satu sesi wajib. And seperti biasa, aku dingorat diperiksa oleh seorang pekerja di klinik tersebut. Haruslah dicek oleh pekerja di klinik tu, takkan Tirah pulak, yedok? 

Amboi !

Ok sesi geli-geleman bermula di sini, tatkala si pekerja x-ray tu bukan Tirah telah dipertanggungjawabkan untuk mengecek tulang-temulang aku. Sebelum tulang-temulang dicek, badan haruslah berada dalam posisi yang tepat. Untuk memastikan badan berada dalam posisi yang tepat, si pekerja itu haruslah membetul-betulkan badan aku. Ohh lupa nak bagitahu, si pekerja tu adalah seketul LELAKI bukan muhrim ! Maka dapat disimpulkan bahawa seketul LELAKI bukan muhrim telah memegang badan aku pada 2 Ramadan termasuk pinggang aku yang ramping ini. Sila rasa geli. 


Tambah menyakitkan hati, lelaki tu berkata, "Dik, senyumlah sikit". Hurm tu kata-kata paling sensitif yang aku pernah terima daripada seketul lelaki seumur hidup! Panas panas ! 

Ok aku tahu ramai lagi yang senasib dengan aku di luar sana maka aku cadangkan kita buat memorandum pengecualian x-ray dalam medical check-up, maka bolehlah jimat RM30. Amacam?


Next next next, then tibalah masa nak buat blood test. Sekali lagi, seketul m.a. LELAKI yang buat kerja tu. Dia tekan-tekan bahagian pelipat kat siku tu *ala tak reti nak describe la bendape tu kau imagine sendiri lah* mengharapkan supaya vein aku timbul kat situ. Tapi maaflah, vein aku ni pemalu macam aku maka tak nampak. Then, dia suruh aku pergi kat cawangan klinik satu lagi so doktor boleh cari vein yang tak nampak tu. 

Darah tak boleh diambil ketika mana seorang itu berpuasa maka blood test dijalankan pada waktu malam. Selepas selesai bertarawih, aku terkocoh-kocoh sama parents pergi ke klinik untuk buat blood test. Doktor tu dapat kenalpasti satu vein yang agak besar di lengan kiri lalu beliau membenamkan syringe ke lengan aku. Sebelum ni aku buat baby shot je.


"Wuargh kejamnya doktor ni" kataku dalam hati, "Laju jugak darah kamu ni" kata doktor tu. Maka cylinder syringe tu penuh dengan darah aku. Nak cakap sesuatu tapi aku segan. Takpe, jangan segan.

AKU RASA MACAM NAK PITAM BILA TENGOK DARAH !!

Macam mana nak jadi doktor? Tension!

Tambah tension bila doktor kata, "Kandungan gula dalam badan kamu ni tinggi sikit" Haruslah tinggi sebab aku melantak kuih-muih yang manis and air haruslah bukan air masak. 

All in all, everything went well, report kesihatan dah keluar dan tiada yang merisaukan. Alhamdulillah.

All the best to geng-geng India-bound yang sedang men'settle'kan dokumen berselirat tu =) =)

10 comments:

shikin said...

"Dik, senyumlah sikit" kahkahkahkahkahkahkahkahkah :p

sara said...

Jahat gila kamo Shikin gelakkan org. Nanti kamo kena camtu baru tahu camne perasaan kena tego gtu =P =P

shikin said...

pernah je la kena tegur mcm tu sara. tapi saja je nak gelak2kan sara. kelakar :p

sara said...

yelah yelah =P

InsyirahHakimi said...

cmane awok nak jadik doktor ni? *sebenornye sy pon ado masalah yg samo. hahaha. :P
same2 lah kita usaha ye. insyaAllah. (:

sara said...

ayyok tipah ... (smbil goyang2 jari telunjuk)

Reen Tabi :) said...

Haruslah letak nama tirah kan. Mentang-mentang dia study bahagian tulang-temulang. Ha sedap gitew nama kos dia.

sara said...

takde nye nama kos tulang-temulang!! hahha

DR.BONNY said...

aku pompan check pon segan...dier sruh tanggal baju aku lak wat muker terkejut! haha....pesal x leh ambek darah poser?? ader effect?? aku ambek jer...pekat gler....

sara said...

hahha sengal bonny buat muka tkejut, ntah la nape tak boleh ambek darah time pose, takot pengsan la kot gamoknya. err pekat sbb darah tinggi ke? lol