Friday, June 25, 2010

ma !!!

Salesgirl : Dik, kenapa nangis ni dik?
Budak : Saya nak beli tu, tapi mak saya tak kasi
Salesgirl : Abis, mak adik tak sayang adik dah ke?
Budak : %$#@*&

Pelakon - adik saudara aku

Ambik nak kau, dia buat scene meleleh pulak dah kat Careffour (betul ke eja ni weh?). Yang kesian, makcik aku lah, dok heret dia pergi sana pergi sini, budak ni nak kena pujuk, almaklumlah anak bongsu kan. Padahal darjah empat dah kot, tak faham aku, manja terlebih. Ayih, Ayih. (nama dia lahh)

Itulah budak zaman sekarang (dah tu aku budak zaman dulu ke?) kalau tak bagi benda yang dia hajat, terus melenting, menangis, memberontak. Each wish must be fulfilled. Dalam kes ni, aku tak salahkan makcik aku sebab didikan yang tak baik sebab yang aku observe anak-anak dia yang lain independent. Maybe yang ni slek sebab anak bongsu.

Apa yang aku try nak sampaikan ni sebenarnya?

Bukan semua yang kita nak kita akan dapat (okayy crap)

Switch **

Minggu ni rumah aku dikunjungi ramai orang, hoyyah

1. Athirah datang ! Suka suka suka. Rindu Tirah banget sih. Tapi ketidakhadiran suara yang merdu membataskan aku untuk menggegarkan rumah dengan suara tawa yang riang dengan Tirah. Nak cakap pun seksa, nak gelak mahu terkeluar anak tekak kot. Ambik dia dari rumah Aini waktu malam then makan langsat kejap then stalk fb kawan2 malam tu. Ngee~ Esok, hantar pergi rumah Shura sebab diorang nak pergi meroyan kat rumah Akmal. Uhh jeles...

2. Mokyah datang (ni loghat Kelantan, sila baca ikut ejaan) dengan sepupu, sebab nak ambik Mak. Yang ni aku sedih sebab Mak dah takde kat rumah. Aku sayang nenek aku !

3. Kawan2 sekolah datang, Afifi, Aiman n Syafiq malam tadi. Waktu ni sangat seksa nak mengeluarkan suara sampai aku nak kena teran kasi suara keluar. Kang tak teran kang ala2 berbisik jadinya. Entah diorang dengar tak apa yang aku cakap. Pape pon visit korang, I appreciate it so much. Thanks for visiting aku yang tengah kesakitan tekak ni.

Done ! Done 3 minggu house vacation, kejap lagi vacation di Seremban pulak n book vacation. Urghh. Taknak balik Seremban ahh, bandar mati. Oopss.

I'm off

Wednesday, June 23, 2010

things fall apart

Macam entah pape jek entry ni
Kalau budak IB wajib tahu ape kemenda 'Things Fall Apart' ni (kalau tak tahu memang nak kena sengkeh ahh)
'Things Fall Apart' = Okonkwo, apa kaitannya?
Okonkwo tu nama main character dalam novel ni

Okonkwo original version, a masterpiece from Chinua Achebe
A novel originated from Africa

Komen?? Novel yang sangat tak menarik, aku baca sepintas lalu jek dalam masa dua hari then tak paham apa2 then tak tahu apa2 yang jadi dalam novel tu then aku tak ingat watak2 dalam novel ni. Nasib baik ada presentation dalam kelas. Thanks yek kawan2. Ngee~

Bukan2

Aku sebenarnya tak berniat pun nak bercerita pasal novel yang tak berapa nak menarik ni sebab aku dah bosan belajar piece ni dalam kelas sem 2 ni

Sebenarnya

Aku nak bercerita pasal sentence 'Things Fall Apart' tu sendiri

Literal translation
Benda-benda jatuh berderai (ehh yeke??)

Conseptual definition (ewah macam debate lak)
Perkara2 dan konsep2 baik yang telah diwujudkan dan disebarkan oleh pihak2 zaman lampau kepada generasi akan datang tetapi generasi baru tidak mengaplikasikannya dalam kehidupan mereka sebaliknya mungkin dilupakan terus

Masa ni aku tengah tengok 'Kau dan Aku' (alaa drama astro ria yang entah pape entah tu yang Mila gedik ngan Akim then Aril yang bajet cool-konklusi aku tak suka drama ni tapi tengok gak apa kes??)
Yang aku nak luahkan kat sini ialah bila tengok drama ni, langsung aku tak nampak perempuan bertudung yang tutup aurat. Langsung. LANGSUNG !
N semuanya gedik (oopss)
Motif cerita tu pasal cinta jelah, takde benda lain ke, ayyo tak educational langsung lah beb.
Tak menggambarkan situasi kolej yang patutnya menjadi tempat menuntut ilmu dunia wal ukhrawi, ada ek wujud kolej spesies ni, tolong bagitahu aku sikit. Kalau ye pon nak buat cerita pasal kehidupan kolej tolonglah at least establish environment or scene diorang tengah study ke (boleh gak inspire aku ni sikit2) even diorang tu belajar muzik whereas aku budak IB (takde persamaan langsung kot)

MasyaAllah, Rasulullah kekasih Allah individu paling mulia dalam kalangan manusia dah berusaha sehabis daya dah nak sampaikan risalah sama ada lelaki atau perempuan wajib menutup aurat.
Kita dapat tengok daripada peristiwa Asma' Abu Bakar ditegur Rasulullah.

"Wahai Asma' sesungguhnya seseorang wanita itu apabila telah baligh (haid) maka tidak boleh baginya menampakkan tubuhnya kecuali ini dan ini, seraya menunjukkan wajah dan tapak tanggannya" (HR Abu Dawud)

Dan dalam Quran sendiri Allah dah gariskan panduan cara penutupan aurat yang sempurna, kain kerudung (tudung lahh, ni bahasa indon) mestilah labuh menutupi dada.

"Wahai Nabi! Katakanlah kepada isteri-isterimu, anak-anak perempuanmu dan isteri-isteri orang Mukmin, hendaklah mereka menggulurkan jilbabnya" Al-Ahzab (33): 59

Mesti dah banyak kali dengar ni, Kalaulah Rasulullah berada di zaman kita sekarang and tengok umat2 baginda hari ni, mesti sedih kan. Aku sendiri pun still tak mampu nak penuhi semua tuntutan (at least kita sama2 cuba). N daripada apa yang aku dapat tengok through drama ni, diorang seolah-olah lupa perjuangan Rasulullah dulu, macam mana betapa Islam yang dibawa Rasulullah tu memuliakan wanita dengan cara diwajibkan menutup aurat. Menutup aurat tu bukan mengongkong okayy harap maklum ! Tu tanda Allah sayang pada kaum wanita, betapa Allah kasih akan kaum Hawa.

Fine, orang mulalah cakap 'don't judge a book by its cover'. Tu buku lah bukan manusia beragama ISLAM. "Aku free hair pon aku sembahyang la beb" Fine! Sembahyang tapi bukan ke dalam sembahyang ada terselit ayat 'Sejahtera ke atas kami dan atas hamba-hamba Allah yang soleh' dalam bacaan tahiyat. Cuba kita semak definisi soleh; orang yang beriman dan mengamalkan apa yang diperintahkan Allah. Then, bukan ke tutup aurat tu perintah Allah? Tutup rambut n dada tu perintah Allah? Then dah kalau tak ikut perintah Allah tu orang soleh ke?

Bukan ke appearance seseorang tu sebenarnya cerminan pada sifat dalaman sebenar seseorang.
Islam terbina pada 3 perkara : Akidah, Syariat, Akhlak

Akidah : Percaya pada Allah dan beriman pada setiap perintahnya
Akhlak : Tutup aurat

Then, if

Akhlak : Rambut didedah sesuka hati bagi wanita Muslim
Akidah : ???

Paham2 sendiri lah

Main thing aku nak try sampaikan, marilah sama2 kita menyemarakkan semangat keISLAMan dalam diri kita. Rasulullah dah banyak berjuang demi kita umat baginda yang amat dikasihinya. Sungguh, sia-sia perjuangan Rasulullah kalau kita, umat baginda tak teruskan perjuangan dan mengamalkan sunnah Rasulullah, roboh, berkecai

Things fall apart

Sunday, June 20, 2010

::abah's day::

Abah n me

Happy father's day to TN HJ MUHAMAD HANAPI B HUSSIN
and to all fathers worlwide....

You're always the king of my heart !! <3

Sayangilah abah@ayah@papa@babah@daddy@abi kita
Tanpa mereka, siapalah kita...

Hadith :
DaripadaAbu Hurairah r.a, sabda Rasulullah s.a.w, maksudnya:“Janganlah kamu membenci bapa-bapa kalian. Sesiapa yang membenci bapanya bererti ia kafir.”


Riwayat Muslim

Love you, dad!!!

welcome home ....















WELCOME HOME !!

Segala puji bagi Allah

Subhanallah, Alhamdulillah wa Allahuakbar

Setinggi-tinggi syukur aku panjatkan ke hadratMu ya Allah kerana telah mengembalikan ibu bapaku ke tanah air dengan selamat, Alhamdulillah

Semoga umrah kali ini memberikan makna yang cukup mendalam buat mama, abah n mak(nenek)

They touched down around pukul 2 pg masa aku dok nyenyak di alam dreamworld.
Sangat la excited bila dah 2 minggu tak bertemu (padahal sebulan tak jumpa dah biasa)

Ala2 nak buat meriah sikit, aku n adik beli kek seperti tertera di atas
Welcoming party dimulakan dengan lunch ringkas (aku masak okayy)
Then, potong kek
Ish bukan nak buat doa kesyukuran tak

Alhamdullah, tugas aku sebagai penjaga rasmi adik2 dah tamat hari ni, hoyyahh ...

p/s : Ya Allah, semoga Kau makbulkan segala doa ibu bapa ku di tanah suci, amiin

Saturday, June 19, 2010

kegeraman



MasyaAllah, subhanallah, kenapa lah benda ni cute sangat !!!!
Huarggg !!! Geramnya aku !!! Rasa nak gigit2 !!!

Benda2 di atas ialah koleksi Cupcake's Cute, which I admit all things displayed are extremely cute!!!!
Why cupcakes?
Just click the link and you'll know the answer

Tiba2 cakap pasal benda2 cute then cupcakes, Sara memang takda arah tujuan dalam blog dia

Cute cupcakes !!!
Craving for one tapi bukan untuk dimakan untuk ditatap je
Sangat sangat cantik <3

Kenapa tiba2 aku post entry ni, sebenarnya aku dalam mood kegeraman bukan kegemaran
Kegeraman = upset (kecewa), adakah sama? Assume sama je okayy
Actually, I'm upset with myself sebab tak mampu nak buat cupcakes seperti terpacak di atas
Dah la comel, sedap pulak tu (sedap ke ?)

Okayy tipu

Bukan2, aku upset sebab tak mampu nak jadi tukang masak yang baik di rumah
Aku tak mampu nak sediakan karya masakan yang best2 untuk adik2 tersayang (sayang ke?)
Hari ni, semua yang aku buat tak kena, dah tak gaya makanan pon macam ada
Uhh disaster !!
Nasib baik mama dah nak balik, aku sendiri pon rindu her cooking (nasi ayam mama superb)
At a point, aku rasa macam aku ni memang takda bakat langsung kat dapur, takpe ar ada bakat pegang scalpel cukup kot
Masak ni, terlebih masin macam lori garam tumpah depan rumah
Masak tu, tawar semacam macam orang miskin takda gula ngan garam
Masak ni lagi, rasa bukan rasa dah jadinya
Ermm... =( (alhamdulillah sebab aku better la sikit daripada Cik Nabilah, ngee~)

Positive side --> aku akan berusaha untuk mengasah bakat mengasah pisau di dapur
InsyaAllah...

p/s: orang kata kalau di tempat orang, makanan yang kita tak suka tu yang akan kita nak nanti, betul ke... tunggu jela tahun depan

Thursday, June 17, 2010

me n my thing


Sara is still Sara, she's the same her
Lazy is still lazy, nothing can change the fact

Sara = Lazy

Holiday is running well, unfortunately Sara's brain doesn't run well

When it comes to the part where my hands need to move for assignments, they get cramp, unmovable. My brain didn't function. My eyes blurred. OMG stupid excuses!!

Anyone willing to compare both novels above?
(tak interesting langsung cover, agak2 bila IB nak allow kitorang work on Hlovate ek?)
KMSians (IB), do we seriously need to work on those pieces?
Why?! (ok takyah jawab, dah tahu)

I've been on my toes tidying up the hall, kitchen and all parts of my house, I can say, but i don't even land my fingers on Microsof Words yet.

I enjoy rambling in blogspot, fb, yahoo chat, blogwalking bla bla bla
I'm kinda addicted to somewhere, thanks to Kak Elly for introducing me to that addictive blog which kills most of my time. (Do I have to thank to Kak Elly for pushing me into lembah pembuangan masa?) Saje jek Kak Elly, hehe.

Fine, fine, I'll strengthen my will. Ohh world lit, here Sara comes! EE too...

Wednesday, June 16, 2010

upside down

The one I should return to is Allah, I know that fact, but how exactly I get myself near to HIM these days, precisely during this holiday, I have nothing in mind. I have friends in college but I don't have the same clan at home who I can talk to, discuss. I am weak. The two-week period without listening to so-called tazkirah hardens my heart, I can say. The fact that we too have those so-called tazkirah abundantly online, they are yet different. To me, I need a group of people who I can meet and that to see they are talking in real, and a condition where we can have interactive session. Somehow, there is better to find at least an alternative way to feed your spiritual rather than none.

My parents are coming home in another two days and to say it in words honestly, I can't wait. They are my oxygen. I am gasping in the air along these two weeks keeping an eye on my two younger siblings who respectively have their own way to say NO to my sayings. I do look like a dictator sometimes, but all my words are meant for their good. I've just realized how hard a circumstance can be when you don't ask your family members' phone call, which consequently brought you into a fight. Huhh, bengangnye!!! Bro, I think you should at least text me that you couldn't ask my calls, anything can happen and I was worried at home, nobody knows. Done!!! Problem is solved with tears, ahh normal lah tu. Carrying a responsible on your shoulders is not a small matter that you can see it lightly especially when you are dealing with thickheaded people, I must say.

Whatever it is, I really really hope that my parents' journey home will be under HIS blessing and they will touch down safely. InsyaAllah....

Tuesday, June 15, 2010

Cloudy ~__~



Date : 13 June 2010
Location : Rumah atok Naasiha
Event : Kenduri kawen (tapi bukan dia yang kawen)

Kenduri kawen yang sangat unik sebab kek hantaran yang unik
A cake with map on it
Assumption, sebab the bride is from Sabah n the groom is from Pahang
Kira jarak jauh ties their knot lahh
Susahnya kawen dengan orang jauh, nak raya berebut, "Tahun ni beraya rumah I"
Apa2 pon jodoh kan, semoga dirahmatiNya

Will miss this moment with awesome friends:

Fatin Ezzati
Shelly
Niena
Ain Syafiza
Hazie
Naasiha
Faten Aida
Akmal
Nader

Seriously, sangat sedih bila hantar Hazie, Fiq balik
Then Faten naik bas, sayu gile, I can say
Two next days, pergi sekolah ambek sijil SPM dengan Shelly n Fatin
Sempat singgah rumah Akmal, lunch n tapau jeli kelapa yang amat sedap
Then hantar Shelly n Fatin balik pulak
Seriously, aku rasa sangat sedih, kawan2 menghilang depan mata, bila entah nak jumpa lagi
Masing2 dah bawak haluan sendiri
Masing2 dah ada clan lain, commitment n hidup sendiri
Somehow, tu lah fitrah hidup, bertemu dan berpisah, kalau ada rezeki jumpa lagi, insyaAllah


Monday, June 14, 2010

Kami ketemu lagi

Back to 2 years yang lepas, aku still pegang title budak sekolah menengah
Zaman riang-ria, penuh keremajaan, adolescence

SBPI Tun Abdul Razak introduced aku dengan kawan2, teman2, rakan2, sahabat2 yang terbaik di dunia, yang ciri2 diorang takkan pernah aku jumpa kat mana2 di pelosok dunia. Each of them is the one, the only one. Clan zaman sekolah yang sama2 membesar since form 1 sampai form 5, yang sama2 menempuh suka duka PMR n SPM. Study sama2, bermotivasi sama2, gelak sama2, nganjeng each other pon sama2.

Nak jumpa semula lepas keluar sekolah doesn't seem satu benda yang senang nak direalisasikan.
A credit to Akmal and Jurr for you guys punya ikhtiar untuk kita dipertemukan sekali lagi, plus preparation bbq, superb coconut jelly, nasi goreng dsb. I really2 enjoyed it!! Another thing, sangat2 terharu dengan Nabilah sebab sudi datang jauh dari Marang. Fatin too, dari Rompin, Niza lain kira okayy... <3

Date : 12 June 2010 (Sat)
Venue : Pantai Sepat, Kuantan
Time : (Sepatut start 10 am, VIP datang lambat, bbq start around 1 pm, sikit punye awal)
Event : BBQ + kena kejar kuda = fun


Rugi ar takda gambar @ video masa kuda mengamuk
Boleh tengok budak2 ni lumba berganti 400 m lari in fear
One thing for sure, Fiq ngan Nabilah mesti dapat gold and silver medal punya, hee

I'll miss this moment damn2 much, you guys memang superb:

Jurr
Nabilah
Niza
Akmal
Nader
Faten
Ou
Ain
Fiq
Mirul
Annal

Thanks for everything, especially Akmal n Jurr
To all other B2L 0408, kalau ada rezeki kita jumpa semua
InsyaAllah
Semoga tali persahabatan kita diberkati-NYA

p/s : terkejut dengan pemergiaan arwah Akmal Naim ke rahmatullah

Wednesday, June 9, 2010

Sunday, June 6, 2010

cuti

3-week holiday doesn't seem a real holiday this time
Mama n Abah dah bertolak ke Tanah Suci after transit di Dhaka n Jeddah bersama Mak (panggilan untuk nenek aku)

Dan meninggalkan kami 3 beradik:

A thickheaded bro with online game all the time
A sis with her own thing

Dan aku, tanpa arah tujuan nak buat apa, padahal assignment banyak jek melambung tinggi, siap EE, world lit bagai, tapi it seems sense of leisure taknak lepaskan aku yet. Nak duduk goyang kaki jek, nak kosongkan fikiran almaklumlah otak baru habis kena perah dek penangan exam sem 2. Goyang2 kaki pon, house chores bertimbun, tak pernah nak habis. Aku kira rumah aku tak besar pun, tapi tak pernah nak perfect setiap sudut kalau menyapu. Tu belum kira mop lantai, rid off habuk2 atas almari, meja, frame gambar n bunga. Aku sangat la alergik pada habuk, n if possible taknak ade pun sekelumit habuk depan mata. Benda ni memotivasikan aku untuk merajinkan tangan untuk pegang duster tapi kesudahannya kerja still takkan pernah habis. Plus, dapur nak kena berasap jugak, kalau tak perut mesti berlagu riang. Nak masak maggi kang, tak sampai hati. Tahu dek Mama anak2 dia makan maggi jek, sumpah upah tukang masak kat rumah. So aku kena rajin! Rajin la sikit Sara oiii...

Di sebalik semua ni, pasti ada hikmah. Kalau semua kerja baik dimulakan dengan niat kerana Allah, pasti dikira ibadat. So aku assume jaga adik2 ni satu amanah parents aku n insyaAllah dengan izin-NYA aku dapat pahala. Takpe la penat sikit, aku boleh berbakti pada diorang. Bukan mudah nak spend masa2 macam ni.

Moga Mama, Abah n Mak dinaungi kuasa-NYA di bumi Mekah jauh di sana, diberkati serta dirahmati-NYA. Moga dipelihara keselamatan mereka dan kami di rumah, insyaAllah

Saturday, June 5, 2010

bg yg berkasih mungkin

Kita bukan sempurna, kadang-kala perasaan terlajak membawa ke satu titik hubungan yang tidak sahih kehalalannya di sisi syariat.Bagi yang mencari, carilah yang benar



Sama2 lah kita merenung kata2nya. Semoga kita berusaha merubah diri ke arah kebaikan demi mencari redha Illahi. Berusahalah memelihara diri daripada terjun ke lembah kehinaan yang dikaburi bisikan syaitan sebagai satu perasaan yang indah maha halus.

Sesungguhnya kami adalah insan yg lemah di sisi-MU YA ALLAH. Peliharalah hati2 kami daripada mengingati cinta selain daripada cinta hakiki-MU