Salesgirl : Dik, kenapa nangis ni dik?
Budak : Saya nak beli tu, tapi mak saya tak kasi
Salesgirl : Abis, mak adik tak sayang adik dah ke?
Budak : %$#@*&
Pelakon - adik saudara aku
Ambik nak kau, dia buat scene meleleh pulak dah kat Careffour (betul ke eja ni weh?). Yang kesian, makcik aku lah, dok heret dia pergi sana pergi sini, budak ni nak kena pujuk, almaklumlah anak bongsu kan. Padahal darjah empat dah kot, tak faham aku, manja terlebih. Ayih, Ayih. (nama dia lahh)
Itulah budak zaman sekarang (dah tu aku budak zaman dulu ke?) kalau tak bagi benda yang dia hajat, terus melenting, menangis, memberontak. Each wish must be fulfilled. Dalam kes ni, aku tak salahkan makcik aku sebab didikan yang tak baik sebab yang aku observe anak-anak dia yang lain independent. Maybe yang ni slek sebab anak bongsu.
Apa yang aku try nak sampaikan ni sebenarnya?
Bukan semua yang kita nak kita akan dapat (okayy crap)
Switch **
Minggu ni rumah aku dikunjungi ramai orang, hoyyah
1. Athirah datang ! Suka suka suka. Rindu Tirah banget sih. Tapi ketidakhadiran suara yang merdu membataskan aku untuk menggegarkan rumah dengan suara tawa yang riang dengan Tirah. Nak cakap pun seksa, nak gelak mahu terkeluar anak tekak kot. Ambik dia dari rumah Aini waktu malam then makan langsat kejap then stalk fb kawan2 malam tu. Ngee~ Esok, hantar pergi rumah Shura sebab diorang nak pergi meroyan kat rumah Akmal. Uhh jeles...
2. Mokyah datang (ni loghat Kelantan, sila baca ikut ejaan) dengan sepupu, sebab nak ambik Mak. Yang ni aku sedih sebab Mak dah takde kat rumah. Aku sayang nenek aku !
3. Kawan2 sekolah datang, Afifi, Aiman n Syafiq malam tadi. Waktu ni sangat seksa nak mengeluarkan suara sampai aku nak kena teran kasi suara keluar. Kang tak teran kang ala2 berbisik jadinya. Entah diorang dengar tak apa yang aku cakap. Pape pon visit korang, I appreciate it so much. Thanks for visiting aku yang tengah kesakitan tekak ni.
Done ! Done 3 minggu house vacation, kejap lagi vacation di Seremban pulak n book vacation. Urghh. Taknak balik Seremban ahh, bandar mati. Oopss.
I'm off
No comments:
Post a Comment