3-week holiday doesn't seem a real holiday this time
Mama n Abah dah bertolak ke Tanah Suci after transit di Dhaka n Jeddah bersama Mak (panggilan untuk nenek aku)
Dan meninggalkan kami 3 beradik:
A thickheaded bro with online game all the time
A sis with her own thing
Dan aku, tanpa arah tujuan nak buat apa, padahal assignment banyak jek melambung tinggi, siap EE, world lit bagai, tapi it seems sense of leisure taknak lepaskan aku yet. Nak duduk goyang kaki jek, nak kosongkan fikiran almaklumlah otak baru habis kena perah dek penangan exam sem 2. Goyang2 kaki pon, house chores bertimbun, tak pernah nak habis. Aku kira rumah aku tak besar pun, tapi tak pernah nak perfect setiap sudut kalau menyapu. Tu belum kira mop lantai, rid off habuk2 atas almari, meja, frame gambar n bunga. Aku sangat la alergik pada habuk, n if possible taknak ade pun sekelumit habuk depan mata. Benda ni memotivasikan aku untuk merajinkan tangan untuk pegang duster tapi kesudahannya kerja still takkan pernah habis. Plus, dapur nak kena berasap jugak, kalau tak perut mesti berlagu riang. Nak masak maggi kang, tak sampai hati. Tahu dek Mama anak2 dia makan maggi jek, sumpah upah tukang masak kat rumah. So aku kena rajin! Rajin la sikit Sara oiii...
Di sebalik semua ni, pasti ada hikmah. Kalau semua kerja baik dimulakan dengan niat kerana Allah, pasti dikira ibadat. So aku assume jaga adik2 ni satu amanah parents aku n insyaAllah dengan izin-NYA aku dapat pahala. Takpe la penat sikit, aku boleh berbakti pada diorang. Bukan mudah nak spend masa2 macam ni.
Moga Mama, Abah n Mak dinaungi kuasa-NYA di bumi Mekah jauh di sana, diberkati serta dirahmati-NYA. Moga dipelihara keselamatan mereka dan kami di rumah, insyaAllah
No comments:
Post a Comment