Tuesday, June 2, 2009

Intelek kurang membaca...

Berdasarkan satu kajian yang dibuat oleh seorang pensyarah Jabatan Media Universiti Malaya (UM), Dr Abu Hassan Hasbullah mengenai tabiat membaca dalam kalangan pelajar universiti di negara ini menunjukkan mereka hanya membaca empat buah buku setahun.

Sebagai perbandingan jumlah buku yang dibaca oleh pelajar universiti di Australia ialah 180 buah, Indonesia (94 buah), India (130), Thailand (56 buah) dan Brunei (26 buah). Tambahan, laporan itu juga mendakwa jumlah buku yang dibaca oleh pensyarah di Malaysia hanya mencecah purata 20 buah buku sepanjang 3 tahun pengajian (6 semester).

Sumber : www.scrbd.com oleh MOHAMAD SOFEE RAZAK

Kalau direnung-renungkan, aq rasa terkilan, bukan dengan hasil kajian tapi dengan sikap rakyat Malaysia, tak kiralah, golongan intelektual mahupun golongan remaja seperti aq sendiri. Sejak kecil, kita disogokkan dengan sebaris ayat, "Membaca Jambatan Ilmu" tapi sejauh mana kita menghayati kata-kata tersebut, diri kita saja yang mampu menilainya.
Di sekolah, projek NILAM diperkenalkan untuk memupuk budaya membaca. Pada pandangan peribadi aq, projek sebegini hanya akan mencapai matlamatnya sekiranya disertai dorongan keluarga terutama ibu bapa. Pendek kata, tabiat membaca perlu dipupuk dari rumah sebagai rutin hidup dan ibu bapalah role model terdekat di samping kesedaran diri-sendiri terhadap kepentingan ilmu melalui bacaan yang menjana tahap pemikiran yang tinggi dalam mengaspirasikan sebuah negara bertamadun dan bersaing tinggi.

Rasulullah s.a.w bersabda, maksudnya:
"Siapa yang keluar untuk menuntut ilmu maka ia berjuang fisabilillah hingga ia kembali".
Menjeling ke barat, rakyat di Amerika contohnya menyogok kanak-kanak dengan bahan bacaan sejak kecil. Di Eropah, enthuatisme yang tinggi dalam menuntut ilmu melalui membaca mendorong rakyat Belanda, sebuah negara kecil mempunyai kepakaran dan teknologi yang tinggi sehingga mampu menakhluki negara besar Indonesia. Konklusinya, ilmu menguasai segalanya, puncanya membaca.

Marilah kita menyahut seruan kerajaan sempena kempen membaca....

1 comment:

FarisPharmacistMuslim said...

xmau....nak tido....hehehehe