Saturday, May 30, 2009

Hari ni...

Tadi aq merayau kat Megamall ngan family. Meninjau-ninjau kawasan gadget belakang Megamall nak cari harta baruku..huhu~ Nak study kan mesti ar kena ada gadget ni untuk memudahkan urusan belajar aq nanti. Alhamdulillah aq bukan jenis yang cerewet nak cari gadget2 macam ni asalkan sesuai dengan aq dan harga mesti berpatutan.
Then, solat zuhur kat tingkat teratas Megamall. Pergh...ramai gile golongan muda melepak kat situ, main pool, tengok wayang, bowling, lepak-lepak dan tak kurang menggatal dengan pasangan..(oopss aq tak sengaja tertengok). Perasaanku, ermm, aq terkilan sebenarnya. Tu semua golongan sebangsa, sebaya aq. Apa yang diorang enjoy aq pun tak tahu. Aq bukanlah nak mengata semua yang ada kat situ sebab mungkin ada yang pergi untuk merehatkan minda lepas berpenat-lelah bekerja mencari rezeki or whatever so on. Tapi yang aq sedih, ada segelintir yang terlalu kerap sangat mencari hiburan dunia tanpa mempedulikan matlamat hidup, (entah la aq tak reti nak transform pandangan aq ni dalam bentuk kata-kata). Aq bukan nak kata aq ni baik sangat sebab aq pun tak tahu apa akan jadi pada aq pada masa depan sebab aq pun manusia biasa, sukakan hiburan. So apa yang boleh aq buat setakat ni, doa banyak2 dalam hati supaya aq tak tergolong dalam golongan yang terlampau obses mencari hiburan duniawi. Amiin..

Ok..settle pembelian gadget merangkap harta baruku. Kitorang pun beransur balik. Tiba2 abah sebut, "Tu Aril tu"..huhu~ Aril AF7 datang Megamall. Mungkin tu sebab ramai muda-mudi di lepak kat Megamall kot. Terkejut kejap. Yang bagusnya, aq jatuh hati dengan sikap pemenang ke-2 AF7 ni. Dia sempat lagi tunduk dan lambai kat ayah aq yang dalam kereta ni. Memang peramah. Bagus la artis kalau macam ni, menghargai orang sekeliling yang memandang. Aq pulak sempat lambai kat dia...hik3. Adik perempuan aq yang selama ni minat sangat dengan Aril ni diam jek. Haha die terlampau terkejut sampai tergamam, tak terkata. Aq harap Aril dapat la mengekalkan sikap baik terhadap peminat2 agar kariernya dalam industri hiburan dapat diterima dan berkembang baik.
In short, hari ni, aq gembira(walaupun ada sikit perasaan terkilan). N ucapan ribuan terima kasih kepada abah n mama atas hadiah yang tidak ternilai maknanya kepada aq hari ni. Lurv u!

No comments: