Monday, May 18, 2009

Today is Tuesday...

Title post cam nak mengajar budak tadika. Teringat pulak masa aq kerja kat tadika Januari lepas. Uish pengalaman yang cukup mengerikan. Baru aq betapa susahnya nak mengajar budak2 halus ni, macam2 ragam ada so hasilnya, aq hanya mampu merayap kat situ sebulan jek. Cukuplah sekadar ada duit poket nak top-up kredit.
Masuk2 tadika, sebelah kanan jerit..."Teacher!!!", sebelah kiri peluk kaki aq, "sayang teacher". Sayang sangat la tu kat aq. Adoiii...memang memeningkan kepala plus aq bukan jenis yang reti nak melayan. Sengih jelah :) Tapi kadang2 seronok tengok dunia diorang, takde masalah. Tak payah kena suruh buat kerja...hik3. Sara dasar pemalas.


Pikir2 semula, weekends ni kawan2 aq yang dapat UITM Kuantan n UIA dah start register. Seronoknye diorang, dah masuk dunia baru. Sepatutnya aq pun dah patut stand by ke UIA sekarang tapi disebabkan keputusan aq nak terima scholar MARA, so aq terpaksalah memerapkan diri kat rumah kira2 sebulan lagi. Surat MARA pun tak sampai lagi so aq takleh nak confirm bila start register.
Takottt~~Tulah perasaan aq bila pikir aq akan menjejakkan kaki ke dunia pengajian tinggi. Otak dah berkarat. Tangan pun dah cramp, ntah2 tulisan pun mengalahkan cakar ayam. So dengan tekad yang kuat, aq start membelek buku add math semalam...huhu~ Seronok beb. Ternyata otak aq takde lah berkarat mane. Soklan function boleh jawab lagi, kire orait ar tu. Semangat gile aq study plus dengan kehadiran pensel baruku....ngueh3.

Pape pon aq nak wish kat kawan2 aq yang bakal menjejakkan kaki masing2 ke IPT...Gud luck!!! I wish us the best...

2 comments:

awe said...

ow..ari tu jd kindergarden tecer eyh?
huhu...
tape2..
praktis jadi mama la ye sara~

careirra said...

seram~