Saturday, December 29, 2012

JUMS '12

Bismillah...

Alhamdulillah kerana diberi kesempatan dan sedikit waktu untuk aku sekali lagi menyertai Jalinan Ukhuwah Musim Sejuk (JUMS) buat kali kedua aku di bumi Eropah. Untuk kali keduanya, JUMS tidak pernah tidak memberi aku kesan yang cukup mendalam dengan pelbagai modul dan aktiviti.


Christmas break kali ini diisi dengan musafir ke Edinburgh, Scotland. Kali ini, JUMS berlokasikan di tengah-tengah bandar Edinburgh, berbanding tahun lepas yang diadakan di sebuah perkampungan berlatar belakangkan gunung-ganang yang indah permai di Manchester, England. 

Speaker-speaker hebat; Dr Zainur Rashid, Ustaz Fauzi Asmuni tidak dilupa Akhi Zaim. Kata-kata mereka cukup menggegar, full with information. JUMS kali ini mengetengahkan pengetahuan sejarah Melayu dan Islam serta peranan pemuda dalam lapangan dakwah dan tarbiyah di Malaysia khusus sebagai bekalan para mujahid di bumi Eropah yang bakal pulang ke tanah air. Tema ini jelas dapat dilihat pada tajuk-tajuk kuliyah:

Kuliyah 1 : Islam di Tanah Melayu oleh Ustaz Fauzi Asmuni
Kuliyah 2 : Revolusi Arab dan Umat Sejagat oleh Dr Zainur Rashid
Kuliyah 3 : Ancaman Barat kepada Umat Islam oleh Dr Zainur Rashid
Kuliyah 4 : Pengukuhan Islam di Malaysia oleh Ustaz Fauzi Asmuni

Diselit juga dengan aktiviti explorace yang menghendaki para peserta untuk explore seluruh bandar Edinburgh. Aku tak explore pun sebab kena jaga checkpoint berjam-jam mencecah 4 jam berdiri macam tugu depan National Museum Edinburgh dengan angin beku. Haru. Tidak dilupa forum 'Peranan Pemuda' pada malamnya. Ok time ni aku hanya mampu dengar 2 3 minit then the rest ZzZz, penattt. 

JUMS kali ini mengajar aku betapa susahnya mengendalikan sesuatu program sebab I'm one of the modules and activities teammates. Dan betapa pentingnya memberi informasi yang betul kepada orang yang berurusan dengan anda, because I was the culprit of the chaos ! Ampun tuanku. 

JUMS kali ini juga bermakna sebab dapat join sama-sama usrahmates. Last year, I was alone back then, terkebil-kebil seorang diri tak kenal walau seorang pun nasib baik lah aku ni peramah akak-akak ISMA Eropah ni mesra-mesra orangnya. 


So this is Edinburgh. 

Lepas selesai JUMS, bertolak ke London. Ok yang tu lain cerita.

Miss you JUMSSSS!! Rindu akhawat-akhawat jugakkk!

Semoga ilmu baru dapat dikongsi sesama kawan-kawan Olomouc yang tak berkesempatan.

Friday, December 14, 2012

Travelog




Tetiba addicted buat video. Sebab baru explore animoto.com. 

Travelling is sooo heavenly exhilarating just so some of you prefer staying in front of led screen during 1 month school break. 'Move your butt sometimes' - Lisya. 'And explore the world' - Sara.


Saturday, December 8, 2012

Winter's coming

Assalamualaikum.

Warghh lama nya tak menulis. Terketar-ketar pulak tangan ni. Menipu. Hari-hari mengomen kat facebook tu apekemenda?

Dah Decemberrrr! 7 bulan lagi balik Malaysia. Dear time, please run quickly. Kwang3, padahal baru 3 bulan balik Olomouc dah pikir durian kt kampung. 

And December ni lah the most torturing month in the whole year, in which winter is here. And winter tahun ni I can expect will be very bad and extreme since temperature sangat menggigit tulang sebab eventhough belum officially winter, suhu dahpun cecah -12 degree. 

Kami bebudak 2nd year maka dengan jakunnya main snowfight kat basketball court depan blok N3. Pastu coincidetally ada session jejak kasih antara Meera and her newly-found daughter, Jessica. 

 This is Jessica. =="

View dari basketball court depan blok N3, hostel aku.

 View dari tingkap bilik.

Just so people know winter in Czech is veeery extreme, apa tidaknya Czech is centrally located, a little into east and north in Europe so dapat tempias weather yang sangat extreme just like Poland. Well Russia can be even worse. Maka please consider few times before you come over to Europe during winter as later you'll regret sebab akan hanya terperap dalam bilik, melekat dengan heater, selubung dalam duvet. Not to forget, scenery during winter is not that beautiful, snow yang putih tepi-tepi jalan akan jadi hitam except for snow on mountain, that one is superbly beautiful, subhanallah.

I just came back from Brno, a city 1 hour from Olomouc, the aim is to shop but in spite massive and suspending shops, I can't even find one thing yang berkenan di hati maka lastly beli winter coat kat Terranova which is veeery common shop in Olomouc. Penat je jauh-jauh pegi Brno. Syer is even pitiful, balik Olomouc empty-handed but fortunately with full-stomach. XD.

I should have written about my trip to Budapest, Hungary this time but considering that I'll take more than an hour to describe all things, I'll give it a delay. One fine day, insyaAllah. Senang buat guidance untuk kawan-kawan yang akan visit Budapest nanti even tak banyak membantu. 

Nashle !

Thursday, November 1, 2012

Still breathing

Life has been too hectic these later days. I've looked around which part of 2nd year of medic school in UPOL is relaxing as rumored. But pretty obviously the tests are lesser compared to the previous year and there are less classes to attend, but to me it carries no difference because I used to attend the lectures although they are not compulsory. Still, the subjects are yet hard to encounter and accomplish especially neuroanatomy which is just toooo lot to study. Anterior spinocerebellar tract, hypophysis, anterior external accessory nucleus and hundreds more terminologies awaiting on list. How complex and perfect the body system Allah has created upon us is. Subhanallah.


Wednesday, September 19, 2012

Term baru

Assalamualaikum.

Dah new term, meaning I'm back to Olomouc ! Bunyi macam excited but please don't believe bahawasanya tanda seru tak semestinya symbol excitement or anger sahaja, instead grief pun boleh diekspreskan melalu tanda seru. 

"Jangan kau ingat aku datang sini nak dengar tutorial BM kau ya Sara" kata reader.

Faculty of Medicine and Dentistry UPOL tak siap dibina lagi, one of shocking news is the phonerooms we used to pray in been blocked by cupboards. So officially memang takde tempat proper nak solat lagi before a new spot is spotted. Alhamdulillah masjid pertama Olomouc telah dibuka ! (haa yang ni tanda seru excited) Named al-Firdaus. Semoga al-Firdaus menjadi syurga interaksi warga Islam Olomouc horizontally and vertically terutamanya.  

Bila ditanya, "co jste delala o prazdninach?" time kelas Czech, nothing seriously crossed my mind. Goyang kaki. I did spend the whole time with mama and abah. Inilah advantage jadi anak tunggal. The disadvantages, takde orang nak ditarik rambut and dipicit jerawat, adik-adik semua belajar jauh dari rumah. Selama hampir 2 bulan setengah tu, favourite spot kat rumah ialah couch depan TV di family room. Makan maggi kat situ, tidur kat situ, main komputer kat situ, sampai timbul lekuk kat tempat duduk tu sebab terlampau berat.

Kawan baik aku di rumah :

(Gambar Beruk 2 tahun yang lepas. Sekarang dia dah kurus)

I miss my mom's cooking walhal sepanjang cuti tu aku yang banyak masak. Nampak sangat rajin. Tolonglah market sikit. 

Minggu depan nak pergi Budapest insyaAllah. Siapa suruh Czech cuti. 

Saturday, August 25, 2012

Top wishes

I'll be back to Olomouc in very less than a month.

So sekarang kena set target untuk term baru.

1.   Passed all the 2nd year punya exams.
2.   Paris
3.   Amsterdam
4.   Copenhagen
5.   Budapest
6.   Warsaw
7.   Venice and Rom
8.   London kena consider 2 3 kali before pergi sebab boxing day too congested dengan manusia.
9.   Kak Akiey kata nak bawak pergi Istanbul.
10. Balik jumpa mama abah.


Ok 1/10 je masuk bab belajar, yang lain travel. Dasar langkah panjang. Siapa suruh MARA bagi elaun banyak sangat. 


Ingat nak jelajah Scandinavian countries includes Norway tapi Oslo macam jauh sangat and probably sangat costly so bila account Euro Ceska Sporitelna aku dah penuh dengan fulus baru boleh letak dalam top list. So far still dalam tangga bottom list. The same case with Spain. Alang-alang jelajah Spain, jejak Portugal sekali. 

Helpless.

Btw, SELAMAT HARI RAYA !


Salam Aidilfitri daripada kami di Salzburg, Austria kepada sanak-saudara di Selangor, Sarawak, Pahang,     Kelantan dan KL, juga kepada guru-guru di SEMASHUR, SMS Kuching, SBPI Pekan, MRSM Kuala Krai dan SMK Seri Keramat dan rakan-rakan yang mengenali kami.

Kejadah letak gambar time winter padahal raya time summer.

Wednesday, July 18, 2012

Neuschwanstein, Germany '12

Assalamualaikum wbt.

Sara Hanapi is now in her motherland for 3 weeks. Berat pun dah naik 2 kg. This is serious (muka serius) Spell me food that I don't swallow yet. 

Terasa skill memblog kian terhakis akhir-akhir ini. Ehem maklum lah, part-time blogger famous bersara awal gara-gara exam. Bila dah berhenti, momentum harus tinggi untuk start balik. 

Duduk rumah jadi anak tunggal ni, segala drama berjela-jela aku buat roundtable, tak kira lah Filipina ke, Indon ke, Melayu ke, Hindustan belum lagi. Movie omputeh aku tak layan, tak sanggup mak. Ohoh sekarang tengah syok dengan Dingdong Dantes. Haritu Christian Sugiono. Kalau dah namanya orang Asia Tenggara sejati, orang Asia jugak lah mata sedap memandang. Mark Foster letak tepi. "Sara, jangan pandangan", kata Kak Kina. Hee. Padahal si Dantes tu, dua kali tengok macam pakcik-pakcik je, dah la kurus-kering macam tak cukup zat, harap tinggi je. Kategori tinggi harus masuk dalam list.

To make sure that this entry looks aimed, aku nak tulis journal pasal journey to Germany tempoh hari. Takyah nak tempoh hari sangat lah, exactly 5 months ago. Rentetan daripada entry Munich-Salzburg dulu-dulu


Neuschwanstein, nak sebut pun susah, nasib baik ejaan dia aku ingat. A must-visit spot in Germany.  Sebelum ni, memang aku tak pernah tahu langsung pasal tempat ni. Kalau sesiapa berhajat nak jelajah tempat ni, naik intercity train then berhenti di station Fussen. Serious cantik wa cakap lu. Subhanallah. Kebetulan kitorang pergi time winter, snow covers the entire place, sebijik macam imaginary castle in any Disney cartoon series. 



Before actually reached Neuschwanstein Castle which is exactly located on a hill, ada lagi sebuah castle colour kuning, tapi kitorang tak jelajah masuk castle tu. 

Neuschwanstein Castle or in Deustch called Schloss Castle was once owned by King Ludwig II of Bavaria. Info hasil ehsan encik Wiki selepas lupa explanation si tourist guard. Castle ni dibina selama 17 tahun to finish one, tapi si King Ludwig ni hanya sempat bersemayam dalam tu less than 100 days. (penat otak aku fikir word 'semayam' tu)

Untuk sampai ke castle, perlu meredah lereng bukit bersalji kira-kira 45 minit. Don't stop walking or you'll freeze. If not mistaken, the temperature that day was -20 degree something. Don't dare tu put your gloves off, tangan rasa sakit nak mati. Dengan gloves tebal dua lapis, nak ambik gambar pun susah. Kalau ada yang berkulit sensitif, mesti kena frost bite, muka merah-merah macam kena gigit serangga. Bagi sesiapa yang rasa tak larat panjat gunung, kereta kuda disediakan free. 


The castle's entrance. 

Bila dah sampai ke puncak gunung, haruslah queue up tunggu turn nak masuk castle dulu. Punya lah ramai tourists time tu. 

Dalam castle, kitorang dibawa ke balai utama istana, bilik raja beradu, dapur diraja, teater dan macam-macam lagi lah. So unfortunate that we couldn't take pictures inside the castle. Seriously, awesome gila. Tapi macam horror jugak lah sebab si raja tu duduk sorang-sorang besides dia punya pekerja-pekerja, sebab dipercayai King Ludwig II tu homoseks, so tak kahwin. 

Time paling epic ialah time nak solat. Kitorang solat dalam tunnel on the way nak turun dari castle. Tunggu line clear bagi tourists lain keluar dulu then bentang muffler masing-masing buat sejadah. Dengan berhimpit-himpit nya, dengan sorang-sorang pakai wintercoat kembung nya, dengan jalan berbatu, sakit dahi. Time nak bangun untuk rakaat seterusnya, aku terlanggar jemaah sebelah, Fateen kot, sampai nak terduduk balik, kaki berselirat nak bangun semula. Time tu berserah je lah, solat Allah terima ke tak, tak kusyuk langsung, lol. 

 Walking down the slope. 

Alhamdulillah. It was an exciting journey. Really hope one day boleh jadi tourist guard untuk kawan-kawan or maybe my family ke sana. Terima kasih Allah kerana nikmat alam yang Kau berikan. 

Saturday, July 14, 2012

After 10 months

Alhamdulillah exams went well. Tu semua kurniaan-NYA. Seriously kalau bukan rahmat DIA, I don't think I would be able to accomplish one. I'm talking about the Czech system. Alhamdulillah memang Allah nak tolong aku especially untuk anatomy. I've been given a wonderful gift in form of a magic card yang mengandungi 3 soalan anatomy which I can consider them veeery easy compared to others' cards yang aku rasa akan menyebabkan si pengjawab produce hundred drops of sweat sebelum bertemu si examiner. Bersyukur tak dapat fascia, lymph nodes and joints. Fuhh. 

I finally stepped on Malaysia soil dan absorb Malaysian's heat more than 2 weeks ago. Bersama 4 other batchmates. I could feel the difference, no doubt dengan apa yang seniors cakap. First thing you'll notice once you touch down is the temperature difference and what's produced is the odour ! 

I took almost 2 weeks to adapt with the weather. Selsema, demam, batuk. Ayat bajet matsaleh sikit ya.
Hehh kau Sara, baru 10 bulan tak balik Malaysian dah gedik ala-ala Paris Hilton, belum 10 tahun.

Selesai proses balik, followed with proses stay di rumah menjadi anak tunggal. Kerja tetap aku untuk 2 months and more ini ialah makan, tidur kemudian makan kemudian tidur lagi. Ohh sebelum tidur jangan lupa gosok gigi. Hehh sebelum balik aritu, gigi boleh pulak buat hal. Time exam pulak tu. Nasib baik ada panadol, menghilangkan kesakitan dan melegakan. Tidak dilupa bunga cengkih juga.





Thursday, June 7, 2012

Peranan kita

Dalam satu kelas Malay A1 ketika di KMS dulu, aku pernah mengajukan satu soalan kepada Kapten Azman, pensyarah Malay A1 ketika itu :

"Cikgu, apa peranan kami, golongan muda sekarang untuk kembalikan Islam macam dulu?"

Waktu itu, Malaysia kecoh dengan isu kelahiran anak-anak luar nikah yang mana hampir setiap hari pembaca akan dihidangkan gambar bayi-bayi yang ditinggalkan dalam semak, tandas, surau, blablabla di dada-dada akhbar.

Dan aku masih ingat jawapan Kapten ketika itu :

"Jadi pemimpin di peringkat yang kamu mampu"

Sungguh. Hanya jawapan itu yang buat aku puas hati. Sebab itu bukan kali pertama aku ajukan soalan yang sama kepada orang lain. Typical answer would be, "Belajar bersungguh-sungguh dulu". Ya memang betul. Dan sememangnya 'belajar bersungguh-sungguh' itu paling tepat dengan keadaan seorang 'pelajar' yang memang tugas hakikinya 'belajar'. Tapi, it didn't really meet my desire. Dan logiknya, hasil 'belajar' tu hanya akan berbuah puluhan tahun akan datang, lamaaa lagi. Well, logik manusia kadang-kadang tak boleh pakai jugak, lagi-lagi logik seorang 'aku' yang seringkali bercampur emosi. 

Kalau ada yang membaca entry ni ialah seorang LELAKI lebih-lebih lagi seorang ISLAM, saya merayu agar saudara persiapkan diri saudara menjadi seorang PEMIMPIN. Bercita-citalah untuk menjadi seorang pemimpin di peringkat paling tinggi yang saudara rasa mampu. Jadikan ALLAH sebagai matlamat dalam setiap perjuangan yang saudara bawa, junjunglah QURAN sebagai rujukan pimpinan teratas, SUNAH NABI sebagai panduan bukan mengikut nafsu semata.

"Tetapi aku mengimpikan rijal seperti Abu Ubaidah bin al Jarrah, Muaz bin Jabal dan Salim, hamba Abu Huzaifah. Lalu aku meminta pertolongan dari mereka untuk meninggikan kalimah Allah". - Umar Al-Khattab


Bagi muslimah, pimpin diri-sendiri dulu yang paling utama, solat, aurat perlu dijaga. Bagi yang mampu, pimpinlah rakan-rakan, saling nasihat-menasihati. Ini tidak lebih daripada nasihat diri-sendiri sebenarnya.  Di peringkat aku sekarang, yang termampu dibuat ialah saling ingat-mengingat sesama rakan sebaya.

Lahirnya pemimpin yang baik, insyaAllah masyarakat akan menyusul ke arah positif, lihat saja kepimpinan Nabi, bahkan orang bukan Islam pun kagum. Subhanallah. 


Semoga peristiwa di akhir video takkan berulang dengan lahirnya seorang pemimpin berjiwa hamba 10 atau 20 tahun akan datang. Aku bukanlah seorang pengikut tegar perkembangan politik negara, tapi keadaan makin parah, tidak betah untuk berdiam diri. Akal sentiasa memberontak. Tapi sampai bila? 

Retorik. 

Sunday, June 3, 2012

Di mana rakan2 kita

Assalamualaikum. 

Akhir-akhir ini, jiwa aku terasa memberontak. Ya, sejak event K-Pop di Himpunan Jutaan Belia (HJB) yang lepas. 

K-Pop disogok untuk anak-anak muda. Dan, aku seorang belia. Aku tahu ramai kawan seusia yang tergila-gilakan artis-artis Korea, segelintir menjadikan mereka sebagai idola, tapi kerajaan TIDAK PERLU untuk menambahkan lagi kegilaan ni. Cukuplah sebagai hiburan individu yang sederhana, tidak salah berhibur tapi ada batasnya. Batas pergaulan lelaki perempuan perlu dijaga. Tapi kalau dah buat event macam ni, perkara agama diketepikan, bertindih lelaki perempuan, terkinja-kinja, pekik-lolong tanpa rasa malu, adakah ini yang dikatakan event yang paling efektif untuk membentuk peribadi belia? Adakah ini belia yang akan mencorakkan kepimpinan negara pada masa depan?

Para ustaz dok sibuk buat ceramah untuk anak-anak muda, sibuk pula 'dia' buat konsert free. Adakah dengan kedatangan artis bernilai RM2 juta tu boleh menyelesaikan masalah sosial kalangan anak muda sekarang? Haih. Kesal dengan 'dia'. Maaf kalau kata-kata ini sedikit mengguris hati kawan-kawan yang membaca sebab aku tahu ada segelintar kawan dari latar keluarga yang bergiat dalam politik, regardless from my school, college or university. 

Sekarang, kita boleh berfikir. Dah pandai menilai mana baik mana buruk. Yang mana SALAH secara ZAHIR. Tidak perlu menilai apa yang dalam hati, niat atau sebagainya, kerana itu urusannya dengan Allah. Yang jelas salah, yang itu harus kita perbaiki. 

" Sesiapa yang melihat sesuatu kemungkaran, maka hendaklah mencegahkannya dengan tangan, sekiranya tidak mampu maka dengan lidahnya, sekiranya tidak mampu, dengan hatinya. Yang demikian itu adalah selemah-lemah iman. (Riwayat Muslim)

Memetik kata seorang menteri "Inilah belia yang kita mahu. Merekalah yang akan mencorakkan kepimpinan negara pada masa depan dengan cara mereka sendiri." 

Maaf Dato' menteri, sepatutnya kerajaanlah yang perlu membimbing anak muda yang bakal memerintah 10 atau 20 tahun akan datang. Dan jangan dilupa, sebuah pimpinan dan teraju itu tak lain tak bukan mesti bertunjangkan ALLAH SEBAGAI MATLAMAT. Tidak perlu risau tentang penerimaan non-muslim sebab mereka menghormati orang yang mentaati agama dengan sebenar. Aku sendiri ramai kawan non-muslim dan mereka sangat menghormati amalan agama kita. Ditambah lagi, bila kita tunjukkan akhlak dan pencapaian akademik yang baik.

Rujuk sendiri pimpinan Rasulullah, di mana di bawah pemerintahan baginda bukan sekadar golongan Muslimin, malah Yahudi serta Nasrani. Even mungkin timbul pemberontakan kerana ego untuk menerima Islam sebagai agama utama, kerajaan perlu bijak menanganinya. Itulah gunanya agama sebagai guideline hidup, bukan setakat untuk ibadat, munakahat juga digariskan secara jelas. Lainlah kalau ilmu agama pun tunggang-langgang. 

Ya aku bukan sesiapa. Tapi aku dah 21 tahun ni ya, haha. Sebelum kita berkata, mengkritik orang, diri sendiri yang perlu dibetulkan dulu. Solat, yang paling utama. Hubungan dengan Allah perlu sentiasa dijaga. Hubungan dengan manusia juga jangan diambil ringan. 


MasyaAllah, sungguh aku rindu zaman sekolah. Terasa jawatan dan kuasa pimpinan pelajar yang aku pegang ketika itu disia-siakan, walhal mungkin aku mampu membawa 'pencerahan' kepada pelajar sekolah aku walau sedikit. 

Sungguh aku rindu zaman aku boleh bersuara dengan bebas. Even it's just a school, tapi setidaknya aku yakin aku berperanan even sedikit, bukan hanya berpeluk tubuh tengok dari jauh tapi langsung tak bertindak apa-apa. Ya, tiada manusia yang sempurna, tidak semua yang dilakukannya betul, included me yang kadang-kadang bertindak mengikut emosi, tapi kawan-kawan yang meneutralkan keadaan. 

Kerana yang menegur tak semestinya wajib elok tingkah lakunya. Tapi sekurang-kurangnya dia menegur ke arah kebaikan. Tak ada yang sempurna kan. - The Afiqah, my childhood friend.

Jomlah perbaiki solat kita kawan-kawan, kerana solat itulah titik permulaan hidup beragama. Dengan agama, insyaAllah, kita mampu melihat mana yang hak mana yang batil. 

Dekatkanlah diri kita dengan Quran, kerana Quran itulah perlembagaan hidup kita bukan Perlembagaan Negara, hee. Dengan Quran, juga, hak dan batil dapat dipisahkan.

"Kalau nak lihat masa depan negara, lihatlah pemuda hari ini" -Saidina Ali

Monday, May 28, 2012

Salzburg, Austria '12

This post is delayed due to busy-ness. Cewah.

*Sheesh, I don't have better idea to kick off.

I went to. Well actually it was 'we'. We went to Germany and Austria during lasssttt winter break, which was approximately 3 months ago. *Worgh lame nya kau Sara baru nak cerita* 6 of us. It was an usrah project. The plan's constructed even before I stepped in Vienna.

We started walking out of Neredin (students' lodging area) early in the morning because we had to transit in Prague before actually moved to Munich. 

The journey from Olomouc to Prague was nostalgic, I can say. Everyone here knows that Prague is extremely insecure from pickpocketing, but none of us was being aware that it could also happen in the train. I'd rather say the term 'pickpocket' is no longer applicable and that was a pick-backpacking. It happened when we all fell asleep (on the way to Prague) and nobody noticed when exactly the culprit sneaked into our cabin. 

The view inside the train. Harry-Potter-to-Hogwart-train style. Each cabin can allocate 6 or 8 persons.

Outside the train. Subhanallah sangat cantik. You could see more than an inch layer of snow outside. Wahh miss winter already. 

Then sampai-sampai Prague, the train heading to Munich had already departed, in other word, we missed the early train and had to wait for 4 hours for another one. In the mean time, Kak Kina, Syer and Tiqa went to lodge a police report regarding the money loss. Epic ! Frust jugak la sebab terpaksa tinggalkan Tiqa kat Prague because she lost her biomatrix card. You can't cross the country's border with no biomatrix card in hands. 

Overall journey took approximately 12 hours. Fuhh penat giloss. Should be 8 hours but we missed the earlier train. Dah rugi masa untuk walk around Munich time tu. Sampai-sampai main station Munich, mata melilau cari restoran halal sebab perut dah nyanyi lagu Like a G6. Alhamdulillah there in Munich, it's not very hard to find a restoran kebab halal so haruslah dengan rakusnya order durum kebab dengan daging melimpah-limpah sebab kebulur. Then, headed to our hotel. 

Well, it's actually a hostel, with very good amenities I can say.

Malamnya, melilau Marienplatz, a must-visit spot here in Munich. Takde apa sangat waktu malam, tengok lampu-lampu je la. Coincidentally time tu, ramai pulak teens Deustch melilau-lilau jugak kat situ, it's a weekend I guess, lupa. So rasa a lil threatened jugak lah tapi alhamdulillah policemen were everywhere to keep their eyes.

Marienplatz is a resident, used to be a cathedral kot. Superb. The building is untouched from modern influence. Completely preserved since it was early built.

 Me and Kak Kina, my naqibah aka buddy.

Esok, pergi rumah Kak Mima di Rosenham, masa tu still pregnant, sekarang anak dia dah keluar dah pun, haaa kira berapa lama dah entry ni hanging. And met other sisters from Russia. Lepas tu, headed to Salzburg, Austria. Jerman and Austria kan berjiran, so Rosenham and Salzburg tak jauh mana. 

Salzburg is also a tourist center. Kalau nak jumpa architecture Europe yang gah-gah macam di Munich, Salzburg is not the choice, tapi kalau nak tengok bangunan Eropah Timur yang ancient, yang diperbuat daripada tanah liat plane takde colour, this place can meet your desire. 

Before actually arrived at the castle. The bridge is awesome. Awesome tak awesome, sejuk beku hidung merah kalah Rudolph the Red-nosed Reindeer dah ni. 

 In a park. The pond water was frozen. Siap boleh jalan-jalan atas tu.

Shopping souvenir before actually arrived at the castle. Mozart kan asal dari Austria so almost all souvenirs mesti ada gambar Mozart. Mozart chocolates are sold too. Tapi kawan aku cakap rasa dia macam lipas. LOL.

Salzburg castle. Not really nicely-seen during winter. Macam Fort Margerita. Memang feeling Eastern Europe habis. 

View dari Castle. 



Subhanallah serius cantik. Bukan yang wintercoat pink kat tengah-tengah tu, yang tu semua pun tahu dia cantik. Bukit kat belakang tu yang cantik. Ok time ni memang senyum paksa sebab tak tahan sejuk weehhh. Aku dah pakai 6 lapis baju, 3 lapis seluar, 3 lapis stokin, 2 lapis gloves dah ni, tapi still gegar-gegar ketar-ketar lagi. Tak pernah terfikir akan pakai 6 lapis baju sebelum experience the true winter. Up to that moment, rasa nak tambah 2 lapis lagi. 

Castle tu seolah-olah macam kubu pertahanan negara. Kitorang nampak satu pintu kayu yang besar, dipercayai tempat keluar tentera berkuda kerajaan Austria time tu kot. Overall view kat castle ni, bagi aku agak scary sikit sebab terlalu ancient. Macam tempat berhantu pun ada. Dalam castle, ada muzium. Yang best, dalam castle ada heater, hee. 

Aku ingatkan nak tulis entry Germany-Austria sekaligus, alih-alih describe pasal Salzburg pun dah berjela belum masuk Neuschwanstein and Munich betul-betul lagi. Till the next entry !


Thursday, May 24, 2012

(-_-)V

It has been a hectic life lately. Currently I'm in a dissection week where all medicine students have to devote their 5 hours per day exploring the cadavers. Penat tak terkata lah. Only 30 minutes maximum is provided for break, time tu lah solat, makan, tidur (memang tak pernah sempat). What makes thing worse is that the main foyer of faculty building has been closed due to construction so solat lah di mana-mana yang dirasakan bersih, and my favourite spot is a small corner near the photocopy machine. It used to be a busy place but since the computers are not anymore usable for this time being, it is the best secured place I can think of compared to larger spaces where others students are staggering around. Yes this is a challenge here. For many years, the seniors have been requesting for a small room for ritual purposes but they never stop using the reason that Palacky University is a free institution in where religions are meant to be another part separated from study, in other word, secular. Oh yeah, for your information, we've been performing our solat in two veery small telephone rooms all this while. 

Semakin hari semakin dekat dengan final exams. This is something we should be happy about sebab it means the days of going home is closer. In fact, my first final exam is going to be on this Monday and the rests follow. I've targeted to settle all the exams within this one month, let's only plan, Allah determines. Here in Czech, unlike students in other countries, we mostly don't take risk to book flight tickets before the exams officially finish even some of the seniors do. They are those with very high confidence, haha. Here, it's all about rezeki. Well, of course effort plays a very large part as well. Believe in both, everything will go smoothly. When everyone is asking, "Sara, bila balik Malaysia?", the typical answer would be "Taktaw lagi la, tengok la exam dulu macam mana" and I feel like copy-pasting the same line. For those who aren't yet familiar with Czech-universities systems, all the exams here are in oral, there'll be three attempts and if we don't pass through any of the attempts, we'll be in a hot soup. Dead ! 

Ya Allah, tidak ada kemudahan kecuali sesuatu yang Engkau permudahkan, Engkau menjadikan kedukaan itu mudah sekiranya Engkau kehendaki.



There're much more things to do before I can step on Malaysia's soil. Can't wait, seriously.



Ok it's a relief enough to have this blog finally updated. Caw !

Sunday, April 29, 2012

Keamanan tergugat

Ini tiada kaitan dengan sebarang demonstrasi ya, hee.

Hampir sebulan bilik sebelah ni tak berpenghuni, hinggalah satu pagi Sabtu yang hening, kala aku dikejut oleh suara-suara cengkerik (sila percaya) untuk bangun Subuh pada jam 4.30 pagi, hidung mancungku terbau sesuatu. 

Pappp. Perfume lelaki !!

Merana. Batinku menjerit.

Sekali lagi, Erasmus hinggap di rumah ni. Erasmus itu bukan sejenis binatang, ia sejenis program exchange student. Dan sekali lagi, sejenis makhluk bernama lelaki. Tak dapat nak digambarkan kekecewaan aku masa tu, frust menonggeng. Ku sangka panas hingga ke petang, hujan di tengah hari. Ku sangka perempuan yang masuk, lelaki jugak yang kau sumbat masuk rumah ni. Sia-sia je selama ni sekolah aku mengharamkan pencerobohan lelaki ke asrama perempuan, padahal bila masuk universiti, duduk serumah dengan lelaki. Hmm.

Kali ni. orang Chile. Dulu Polish and Russian. Semua lelaki. Rimas. 

Part yang lain dari yang lain dengan housemate kali ni ialah dia ni terlebih peramah pulak. Aku alergik betul la dengan lelaki terlebih peramah ni, serabut je. First day jumpa, dia ajak kitorang housemate keluar lunch. Ok then tak jadi lunch, dinner pulak. I was like "Boleh tak kalau taknak join, buat-buat demam". Tapi apakan daya, dah janji. 

Ok that was still okay. Yang buat aku makin reluctant adalah bila dia ketuk bilik kitorang, and unexpectedly mintak Fateen yakni roomate aku belikan air mineral kat reception sebab dia mabuk.  Aku tengah tidur time ni, so Fateen jadi mangsa. Urghh what a nuisance. Kalau sebab pening kepala ke, sakit perut ke, takpe jugak, ni mabuk. Then Fateen without any hesitation, ikut je apa dia mintak. Luckily you met Fateen, man. If it was me, "Sorry I'm busy right now. Why don't you drink the pipe water. It's drinkable". Malas aku nak layan. 

Bila pikir-pikir balik, aku pernah cakap kat mamat tu, "If you need our help, just knock the door". Ok mulut manis sangat masa tu. Ambek hati je pun, tak sangka buat betul. Grr. Patutnya aku tambah "Except when you're drunk". 

And disebabkan peristiwa tu, aku maaalaaas nak keluar bilik, malas nak masak, anything yang possibly makes us bumping each other. Unfortunately, kena jugak keluar bilik sebab toilet kat luar, share dengan dia pulak tu. Arghh jiwa kacau !

Ok habis sesi luah perasaan yang sia-sia ni. Back to books. Nashle !

Saturday, April 21, 2012

Knowledge is power



Malcolm X was an Afro-American Islamic Activist. 

Sangat setuju dengan kata-kata beliau. 

Seorang perempuan akan nampak cantik (I'm not sure whether the word is compatible) apabila dia berpengetahuan. Selari dengan kata-kata Wardina. Bukan make-up or pakaian yang dipakai. Pengetahuan yang membezakan seorang perempuan dengan perempuan yang lain. I prefer to use 'pengetahuan' instead of 'ilmu' sebab 'pengetahuan' seems lebih general. Walhal 'pengetahuan' dan 'ilmu' tu bermaksud perkara yang sama, just perbezaan bahasa. Tak semua boleh terima bahawa 'Vaclav Klaus ialah presiden Czech Republic yang ke-2 dan Brazil terletak di benua Amerika' sebagai ilmu tetapi sebagai satu pengetahuan. Hakikatnya, the same thing.

Feel blessed dibesarkan oleh Mama and Abah yang menekankan prinsip penerapan pengetahuan am untuk anak-anak. It may because of their education-career background more than 22 years which made they think that 2 academically-excellent students are distinguished by general knowledge. 

"Kalau setakat belajar kat sekolah je pandai, tapi tak pandai nak aplikasi yang belajar tu tak guna jugak" ayat Abah yang aku selalu dengar. And I was veeery offended everytime he says the sentence. 

"Baca paper pastu tahu isu-isu semasa" Mama says.

Kalau dulu before masuk medical school, memang senang nak ikut cakap Mama tu tapi sekarang, Thieme Anatomy pun tak habis khatam lagi manakan lagi ada masa nk bukak NST or Berita Harian online. Ya, memang alasan. Padahal Allah dah cipta 24 jam sehari tu cukup untuk kelengkapan hidup manusia. Kita hidup bukan setakat nak tuntut ilmu akademik pastu kerja best-best tapi general knowledge zero. That's how tagline "Golongan Profesional Berpengetahuan" arises. Profesional tapi apa yang jadi kat dunia langsung tak ambek kisah. Maaflah, aku lebih respect taxi driver yang luas pengetahuannya daripada seorang doktor yang tak tahu nama Menteri Kesihatan Malaysia. Ada yang terasa? Sila klik di sini. Hehe. 

I'm sorry if this sounds offensive, but it's annoying when all people around are talking about an issue and you don't even know a little bit of it. In spite, you don't even know basic things everyone should've known. And it looks not less that an ignorance. In a certain condition, it is laughable when someone talks without knowledge and pretend to know everything. It portrays immaturity!

*Sara, tak baik annoy annoy dengan orang*

Rindu zaman di KMS hatta zaman sekolah. Semua orang berlumba-lumba nak baca newspapers which are provided for each class. Kalau bercakap tentang sesuatu isu, hampir semua orang tahu and boleh komen. Tak semua pengetahuan itu bermanfaat tapi tak salah untuk sekadar 'tahu'. Contoh : Tak salah untuk seorang ustazah X tahu lagu Plane - BOB and Hayley Williams so that she can initiate a conversation dengan seorang remaja yang hanyut dengan dunia hiburan and probably ustazah X boleh tarik si remaja tu untuk tinggalkan perkara-perkara lagha dan lebih dekat dengan DIA. Sekadar personal opinion. 

Parents role itu saaangat penting. Cess bajet aku dah ada anak je. Nehi nehi, ini sekadar point of view seorang anak terhadap peranan ibu bapa. Ya sekali lagi aku bersyukur sebab Mama and Abah ialah parents yang sentiasa mahu melengkapkan anak-anak mereka dengan pelbagai kemahiran bukan sekadar ilmu akademik mahupun general knowledge and I believe almost all parents do the same. They want their children to be independent. Sangat. They never set the limitation or to which certain extent or how far we can go, as long as we can top-up our own self-values. And sebagai anak, kita sendiri yang harus tahu batasnya. 

In conclusion (cewah macam karangan English sekolah menengah) read something that will make you know what's happening, so when you get into a conversation, you can sound intelligent, bak kata Malcolm X. Add something constructive into your mind, bukan setakat hari-hari baca Thieme or Junquiera saja. Know a little bit of history sebab Yahudi dakwa orang Islam mundur sebab tak kaji sejarah. 


Lastly, academic knowledge is not everything but what do we apply from the knowledge can change loads of things.

Orang yang berkata ni tidaklah sempurna dan tahu segala tapi sedang meng'upgrade' kan diri. Terlalu banyak benda harus diperbaiki and terlalu banyak pengetahuan yang tidak diketahui. Terlalu. 

Nabi (saw) bersabda: "Ketahuilah bahawa ilmu itu lebih baik dari amal. Seorang alim ialah yang mengamalkan ilmunya meskipun sedikit."


And !
Imam Ali bin Abi Thalib (as) berkata: "Janganlah mencari ilmu kerana 4 sebab berikut:
1. Untuk membangga diri di hadapan orang yang alim,
2. Untuk berdebat dengan orang yang jahil,
3. Untuk mempamerkan diri kepada manusia,
4. Untuk menarik perhatian manusia demi menjamin kedudukan.

 Nauzubillah min zalik. 

Tuesday, April 17, 2012

I'll Love You Forever

Dengar lagu ini dan luahkan bait-bait kata dalam lagu pada KEKASIH anda. 


Ya ini bukan entry jiwang. Belum masanya. 

Iman turun dan naik. Ada masa kita rasa naaaak sangat ALLAH dekat dengan kita, which is memang DIA sentiasa ada dekat dengan kita. Tapi. In the other time, kita yang jauhkan diri daripada DIA.

Another thing, terlalu banyak nikmat yang DIA bagi tapi banyak mana lah kita terdetik untuk bersyukur. 

#PeringatanUntukDiriSendiri

Friday, April 13, 2012

Hectic

Salam alayk.

Just escaped from a veryyyy hectic week, which was composed of 3 continuously tests. Alhamdulillah all things went well. Not to be forgotten, I still have another Biophysics test next week, which means, a weekend is not yours Sara ! Sooo not me. At least Saturday should be the best time to browse some blouses in Olimpia since the spring collection is here !  "Who's the geek studying during the weekends", the question which overwhelmed me when I was in college. And now, I AM that geek. Grr.

In this state, I'm on my toes working hardly for Anatomy since people even a teacher herself claimed it's one of the tactics be made to expel students out of university instead of Med Chem. Yeah, this is the system in Czech. They intentionally terminate students regardless on which year we are in. There's even 4th year student got expelled. Please don't reckon she/he didn't study hard or brilliant but how hard we DO revise, there's still a probability to fail the exam. Don't blame the syllabus because all what I know medical students all learn the same, but what makes Czech different is the system. And this is the time we managed to learn how to handle a failure which may not be something often occur previously. And the most importantly, this is the true time we realized ALLAH is the best ONE to be relied on. Yes, HE is always by our side.

In the middle of chaos, cewah, I indeed planned to go to France or Poland next week BUT something came out and I need to pathetically cancel the plan. To make it sounds more pathetic, next week is the only week we are free out of tests. And loads of tests in the list ahead. Plan B is rolling down. Amsterdam before Malaysia ! Come on Sara, there're only 2 months in between and you'll step out of the 1st year torture later.

I was initially triggered  to write something about my previous visits to Germany and UK a few months ago, unfortunately time constrain ceases. I would probably need to find a new site to write a travelogue. And stealing some time to start writing is another thing. 

Need to start positioning my eyes over Biophy now. Nashle !

Friday, April 6, 2012

Baten dan Sara

Gambar 1001 makna.


Tengok, Baten Lizana si blogger famous tu pun tanya kenapa aku tak update blog. Nampak sangat hotsetap.  Kalah PM you. Kalau PM bawak dokumen hal negara, MOU itu ini, aku bawak Thieme ke mana-mana. Nak aje bawak masuk toilet sekali macam yang biasa adik aku buat, bawak masuk Harry Potter dalam toilet sebab sem sem sem... sambung sendiri. 

Ok chow. Ahoj !

Thursday, March 8, 2012

speechless thursday

Happy International Women Day to all ! Encik-encik yang melangut depan blog ni sila keluar sekarang. 

I never knew that today is so-called women day until someone posted in the twitter. As what I remembered, it was in August three years ago which was the same day with my brother's birthday. Is the date irregular? That's not important anyway, with people being forgetful about this very women's day doesn't mean that my mom is gonna stop her nagging-hobby. 

I've been overwhelmed by a question. That's the women's day, would I be celebrated too then? 
Thanks to a Czech guy who surprised me with a red rose. *ok dah, Sara sila sedar dari mimpi.




Thank you Allah for letting me be around wonderful women especially my MAMA !

Saturday, March 3, 2012

tukar karier

Eh koranggg (gaya Fateen cakap) Sara has changed her field. Terjun ke bidang kulinari. Ewah.

Atas permintaan ramai, entry kali ni bertemakan makanan *sound poyo macam banyak follower* Hey budak batch, kalau korang tak baca entry ni, siap lah, penat aku menaip.

Taraa.... Fruit cheese chocolate cupcake. Hmm nama tak boleh panjang lagi? Ni nama aci letak je. 

Ingredient untuk kek (compatible for approximately 20 cupcakes)

1/2 ketul butter
2 biji telur
1 cawan tepung gandum (aku measure pakai bekas blender)
1 cawan gula
1/2 serbuk koko
1 full teaspoon baking powder
1 full teaspoon soda bicarbonate
2 sudu makan yogurt natural
1/2 cawan susu segar (adjust ikut keadaan acuan)

Ingredient ni hasil influence Mama dan Nureen. Thanks to both of you sebab I learnt this through your words. 

Cara-cara :


Blend gula. Then, blend telur, ganti method pukul, penat kot nak pukul telur maka blend je, mudah. Campur keduanya, kacau sampai sebati pakai whipper. Pastu taruk butter. Kacau sampai butter betul-betul cair dan sebati dengan mixture tadi. Then, letak baking powder and sodium bicarbonate, tepung, dan kacau. Letak yogurt, serbuk koko dan susu. Kacau sampai sebati. Curahkan adunan ke dalam cup dan bakar dalam oven sampai masak. Suhu kasi taram je asal masak. Nak cepat, guna high temperature tapi kalau takut hangit, pakai 10 degree, haaa lusa baru masak.


Untuk frosting, aku pakai whipping cream (smetana) and cheese cream (tvaroh). Gula, smetana and tvaroh (ini bahasa Czech, malas nak tulis English sebab panjang sangat. Lagi satu, nak show off dah hebat bahasa Czech) Blend gula, campur smetana and tvaroh, kacau sampai kental. Kandungan gula depends pada cita rasa masing-masing. Frosting ni akan bagi rasa masam-masam effect daripada tvaroh.

Untuk tambah rasa masam manis, letak sos jem. Panaskan jem epal/strawberi/blueberry/plum/aprikot dan campur sikit air. Tunggu sos jadi pekat baru curah atas frosting. 

Lastly susun buah. Buah ikut cita rasa masing-masing. Memandangkan Czech takde buah durian, aku pakai kiwi, strawberi dan anggur. Balik Malaysia nanti, nak cuba pakai durian and cempedak. 


Siap untuk dihidang !





Model cupcake tak berbayar. 

Terima kasih kepada saudari Eli, Sunarti, Fateen dan Syer semalam kerana sudi membantu. Tanpa korang, memang semput aku nak siapkan cupcake ni untuk 60 kepala. I'm looking forward you guys punya cupcake pulak lepas ni sebab I dah kasi resipi ni. Hee.

Thanks for reading. Nashle !

Tuesday, February 28, 2012

Family Day Olomouc

There was a time I thought living abroad can tighten Malaysians bond among each other. And I was thinking to go somewhere where Malaysians number can only be counted with one hand. Czech is one of the places, precisely Olomouc. Walaupun sebenarnya, Malaysians community here is the biggest compared to Hradec Kralove and Prague.

Seniors were on their toes organizing our very first Family Day of Olomouc. 

Acara siang ialah EXPLORACE !!







Lepas berjaya menghilangkan sekitar 5 kg melalui explorace, berat badan di-top-up semula gara-gara DINNER pada malamnya. Grr. This dinner was held specially to celebrate the farewell of the 6th year. Apa kejadahnya kau kurang asam sangat ni Sara nak sambut pemergian orang? Nehi nehi, in other word, untuk menghargai jasa senior tahun 6 yang membuli berjasa kepada kami para junior. Jangan memain, diorang pioneer yang pertama membuka jajahan Malaysia di bumi Czech ni. Jangan kau ingat Belanda je yang pandai jajah Tanah Melayu.



Bak kata orang tua, sambil menyelam minum air. Dah kalau orang tu tak reti berenang macam mana? Hey takde kaitan dengan entry ni. Ok tulis semula. Bak kata orang tua, sambil menyelam minum air so while those 6th year's farewell were celebrated, we juniors darjah satu ambik kesempatan berposing depan kamera seolah-olah kami yang akan berpisah esok karang. Tidak dilupa perut juga mulut dipenuhkan dengan makanan. Punah ranah diet aku malam tu. Nasib baik farewell dinner buat sekali setahun je, kalau hari-hari? Kalau hari-hari tu bukan farewell dinner lah namanya tu aktiviti harian membina tubuh manusia menjadi gergasi.


Eh ada pelakon tambahan kat belakang. Takde niat takde niat. 


"Saya ni bapak. Sapa nak kawen dengan anak saya, jumpa saya dulu" kata Arnold. Haha.

Nashle !

Saturday, February 25, 2012

Ayam exercise

Rajin pulak aku post new entry akhir-akhir ni. Mentang-mentanglah baru bukak summer sem, takde test lagi. Tunggu la kau Sara, bila masuk je Mac, baru tahu erti gelabah ayam tahap gelupur tak cukup tanah. 

Image Detail
Jom belajar anatomi ayam. Baru tahu ayam pun ada mantel. Ingatkan Harry Potter and the gang je. 

Eh apasal taruk gambar ayam. Sebab dah lama tak makan ayam. Tipu. Minggu lepas baru makan baryani (eh beryani ke baryani?) ayam kat Prague. Kalau nak harap baryani ayam kat Olomouc, tunggu cucu aku lahir dulu lah. Lagi satu, rindu kat ayam. Kat Czech takde ayam hidup, semua nyorok kat basement sebab sejuk. Bulu mantel tak berjaya memberi pelindungan kepada ayam secukupnya. 

Bila cakap pasal ayam, aku teringat kat adik laki aku yakni Muazz. "Rupa dia macam ayam ke?" tanya Raphael Nadal. Nadal takde kaitan dalam hal ni. Bukan-bukan, sebab waktu kecik-kecik dulu, si Muazz ni tak makan nasi kalau takde lauk ayam. Nadal aku tak sure la pulak. Aku rasa dia makan bola tenis masak merah je kot. 

Bila cakap makan, tetiba hati aku menjadi sayu dan hiba. Bukan sebab takde supply ayam halal kat sini. Until now, aku bersyukur (?) supply ayam halal terputus time winter ni. Kerana, kalau ada ayam halal, ditambah dengan beef or mutton halal, berat badan aku mungkin akan bertambah sebanyak 10 kg. Anda yang mengenali saya sewaktu sekolah rendah mungkin takkan cam saya sekarang kerana personaliti saya kini sudah berubah menjadi Shalin Zulkifli. Ya, saya sekarang seorang pemain bowling. Grr. Erm maksud saya, badan saya sudah menjadi seperti beliau. Tough. Tetapi mungkin tak se-tough gadis ini yang katanya berat badan bertambah sebanyak 5 kg. 


Apabila aku risau, aku akan menggelabah. Gelabah macam ayam nak berak kapur.
Nampak kan betapa risaunya aku sampai nak pergi gym. Buang tebiat. Aku tak pernah teringin nak pergi gym. Bab jogging tu pun macam ala-ala hilang waras sebab aku jogging pun boleh kira sekali dalam setahun. Well I prefer main netball or basketball untuk keluar peluh tapi memandangkan winter (heh alasan), aku malas nak keluar main sebarang game. Jealous dengan Cik Syahirah A'tiqah tu sebab dia dah lose 2 kg, bukan 4 kg.  Typo. Ehh 'budu' tu bukan budu kau makan tu tau, 'budu' tu maksudnya "I will" dalam Czech. Hmm.

Haishh, aku ni risau benda yang tak sepatutnya. Baik risau saudara se-Islam kat Syria. Tu la orang cakap, untuk elak berfikir perkara-perkara kecik, fikirlah perkara yang lebih besar. Bab umat. Haaa amek kau Sara. 

Lastly, rindu mereka !!